Thursday, December 31, 2009

BAGAIKAN PUTERI

saya rasa sangat stress sekarang,,,,
sebab akhirnya saya tak tahu macam mana nak buat praktikal report saya...
bukan saya tak tahu...
tapi saya memang tak tahu lah senang cerita...
sebab report tu kena buat dalam bahasa inggeris...saya malas....

apalah saya ni kan....
dah masuk semester akhir...tapi masih malas hendak melakukan yang terbaik untuk diri saya..saya rasa kadang-kadang Tuhan dah bagi banyak peluang kepada saya...tapi saya masih jugak dengan perangai pemalas saya...
phew....patut lah pointer tak naik-naik...padan muka saya :D

saya sebenarnya galau...gundah gelana kerana saya baru sahaja terserempak dengan satu bahan bacaan yang membuatkan saya terkenang balik perangai saya dua tiga menjak ni yang sungguh kurang sopan pada hemat saya.maklum,, saya akan bertukar menjadi gadis baik yang super duper sopan lagi ayu apabila balik ke kampung dan duduk dengan mak dan abah.(sok akan temankan aiman adik bongsu saya ke sekolah untuk membeli buku so mak dah pesan awal-awal jangan hendak buat perkara mengarut-ngarut)(sighed)

saya baru sudah membaca BAGAIKAN PUTERI daripada Ramlee Awang Murshid.Dorongan membaca buku ini sekali lagi datangnya daripada maznah (thank you) dah lama saya tidak membaca novel melayu yang ada 'isi'...selepas membaca tu,saya tiba-tiba rasa macam nak jadi Haryani,watak dalam novel tu yang kembali ke zaman lampau (penghujung kurun ke 15) dan bertemu lelaki se ber iman Saifudin yang mampu menahan saya dari kembali ke zaman kini yang serba canggih manggih ni.(karut,,,,)

Tapi sebenarnya saya lebih berharap yang saya dapat menjadi sekuat Saifudin, mampu mendahulukan yang maha esa berbanding perkara-perkara atau hal-hal lain.Maklum, saya hanya seorang gadis yang sangat biasa dan terkadang tak lepas dari membuat kesilapan dan maksiat. (semoga Tuhan merahmati saya)....

Jadi saya harap anda-anda yang membaca post ini agar sentiasa mengingatkan saya tentang keutamaan saya harus di dahulukan kepada siapa,,,kerana saya sangat lemah dan saya tahu tahap iman saya,,,,bersamalah kita mengingati satu sama lain (tiba-tiba aku macam ustazah apehal?)

Dan yang lebih utama saya hendak buat report.
bye for now....
salam sayang.ahaks,,

No comments: