Thursday, January 14, 2010

~~kemaafan adalah dendam yang terindah''''

kehilangan bukan satu perkara asing untuk umat manusia.tiap satu pasti pernah kehilangan sesuatu dalam hidup mereka.terpulang kepada individu untuk mengatasi kehilangan itu.Kehilangan orang tersayang pastinya bukan sesuatu yang menarik apatah lagi menggembirakan namun saya terdetik untuk menulisnya,untuk merawat luka di hati saya akibat pemergian seseorang yang bermakna dalam hidup keluarga saya Allahyarham Anuar Bin Jumain.

pemergian itu sesungguhnya sesuatu yang memedihkan buat saya...dan ahli keluarga,keluarga arwah pak cik apatah lagi. kematian itu PASTI bagi tiap umat manusia.makanya saya juga redha,WAJIB! walaupun terkilan kerana tidak sempat melihat arwah buat kali terakhir.

arwah sepanjang saya mengenali..seorang yang cukup penyayang,sangat sukar untuk menutur tidak. seorang suami ideal dan seorang bapa bertanggungjawab, arwah juga rapat dengan bapa saya abangnya,,tutur katanya lembut,jarang meninggi suara dan pendiam saya kira..makanya apabila seruan Ilahi telah sampai kepadanya dalam usia yang masih muda,belum mencecah 50 tahun..saya sangat terkesan dan sebak.bukan saya hendak menidak janji Allah ke atas semua umat manusia, namun melihat mata-mata kecil sepupu-sepupu saya membuat air mata saya mengalir tanpa di pinta-pinta...

penyakit arwah tidak sempat di kesan,,kerana arwah terlebih dahulu meninggalkan kami..betapa pedih mendengar arwah mungkin terkena buatan orang. Nauzubillah, dalam keredaan saya sungghu-sungguh berharap apa yang saya dengar salah dan apa yang saya lihat khilaf...sesungguhnya kita sesama manusia tidak berhak menilai apatah lagi menghukum.

Dalam saya bersedih-sedihan, saya terkenang arwah nenek saya, arwah nenek meninggal kala usia saya menjengah 13 tahun, saya insan yang sangat sedih waktu itu kerana saya sangat rapat dengan nenek,,waktu arwah nenek pergi, seolah-olah ada satu bahagian dalam hati saya telah di tebuk,,meninggalkan satu ruang kosong yang saya ,entahlah tidak dapat menggambarkan.Ya ruang kosong itu semakin mengecil..namun ia tidak pernah penuh-penuh lagi,,,dan saya juga tidak hirau untuk menutupnya kerana kepedihan itu,kekosongan itu,keadaan itu yang mengajar saya untuk jadi manusia tabah untuk berdiri menghadapi hari-hari pedih kehilangan insan di cintai...untuk belajar melupakan wujudnya satu ilmu asing bernama sihir di dalam dunia ini,untuk memaafkan pelakunya , untuk memadamkan dendam yang di bawa bersamanya,,,,untuk meyakini janji Allah bahawa tiap yang hidup pasti mati meninggalkan amalan dan doa anak-anak yang soleh.Yaa saya akan melupakan semua itu dan berdoa dengan cara itu pelaku akan tersedar bahawa Allah akan membalas hatta sekecil zarah amalan seseorang manusia.

Al-Fatihah buat pakcikku, Cik Nu,,
moga-moga kau aman di sana...
titis air mata ku tidak akan sia-sia...
kau lelaki budiman yang akan tersemat di ingatan selagi nyawa di kandung badan.



sometimes when we hope for something better,,,things turn out to be what we hope wouldn't be,,,walk,walk,walk and keep walking..~~kemaafan adalah dendam yang terindah''''

2 comments:

Maz Samurai said...

Harap bersabar.. Takziah buat anda dan keluarga

yenyenpreng said...

tengs~~