sedang saya bersiap-siap untuk pergi ke kelas bersama-sama rakan-rakan seperjuangan
( hari ini adalah hari kelas subjek major iaitu designnnn).
akibat sudah terlambat kerana waktu telah menunjukkan jam 11.30 tengahari, pengumuman ya tuan-tuan..kelas bermula pada jam 9 pagi
CAUTION : Jangan tiru aksi ini di rumah!
Maka saya pun menyarung sahaja baju paling atas di atas lipatan baju-baju di dalam locker saya iaitu sepasang t-shirt lengan panjang kaler ijo a.k.a GREEN dan memuatkan sepasang kaki saya ke dalam seluar jeans kaler hitam yang baru sahaja di basuh semalam selepas seminggu di peram..kemudian saya pun menyarungkan tudung krim sulam bunga-bunga sebagai pelengkap gaya.chehhhh
Setelah menyandag beg laptop saya dan memikul butter pad yang tidak berapa beban bebannya maka saya pun membelek-belek diri di hadapan cermin sebentar lalu saya pun berkata di dalam hati “ah ok lah ni..serabut pun serabut lah bukan nak tunjuk kat sape-sape ponn he..he..he..”
Selepas itu saya pun melangkah keluar bilik dan menyarung sepatu saya yang berkelip-kelip
*blink*blink*
dan berkata sekali lagi di dalam hati “inilah my confidence booster untuk hari ini ” alahh ape orang cakap? Fashion statement? Yaa itulah dia,sepasang sepatu kaler emass.meletop!! (kann dan dan..tadi sape cakap bukan nak tunjuk dekat sape-sape??)
Tapi saya memang memerlukan sepatu itu untuk meninggikan tahap keyakinan saya.maklumlah hari ini hendak pergi crit dengan Cik N sebab tak jumpa-jumpa beliau lagi dari crit 2..maka yakin itu perlu untuk menjawab dan menangkis segala persoalan-persoalan yang keluar dari mulut beliau kelak..
Kemudian rakan seperjuangan saya cik arafirtup berkata “uish yenyen..” sambil membuat mimik muka kagum ke arah saya kerana beliau bersepatu jepun sahaja ke kelas..saya apalagi..bertambah-tambah yakin dan senang hati kerana fashion statement saya nampak macam nak berjaya.(macamm yaaaa anak-anak)
Maka kami pun bergerak bersama-sama seorang lagi rakan seperjuangan cik haqifa ke studio.sepanjang perjalanan saya semua bergerak dengan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang boleh mendatangkan malu kepada saya.
Sesampai di studio…saya mendapat berita..Cik N crit budak-budak Jelatek.Budak-budak Paramount crit dengan Puan Z.
Saya pun “Oo okayy” walaupun rasa rugi sedikit kerana agak macam nak sia-sia fashion statement saya
Pada waktu itu puan Z sedang crit enchek Chinese look, kemudian selepas enchek Chinese look,enchek Curl hair…woah macam ramai ni kata saya kepada diri sendiri.maka saya segera berebut-rebut mendapatkan que untuk crit.
berjaya!!
saya mendapat que selepas enchek Curl hair..malangnya…selesai sahaja enchek Curl hair crit puan Z hendak pergi berehat kerana jam sudah menginjak ke angka 1.15 minit tengahari.
Saya pun mengangguk-angguk muka selepas puan Z memberitahu akan crit saya selepas jam 2 di bilik beliau.maka saya pun duduk-duduk menyetelkan master plan saya yang bulum siap.
Tepat angka 2.15 minit tengahari, enchek kopiah berhadapan partition saya memberitahu Puan Z memanggil sesiapa yang belum crit agar turun crit.maka saya sebaik mendengar butir-butir bicara enchek kopiah saya segera menyudahkan baki-baki terakhir kerja saya. Meng ‘stan-by’ mode kan laptop saya dan mengumpul stationary saya yang berselerak di atas meja.
Sejurus kemudian saya bangun sambil membetul-betulkan baju dan bergerak keluar studio dengan mengendong (laptop,mouse,butter pad bersaiz A4 dan pencil case yang sedabak itu) di belah kiri badan saya dengan kedua-dua tangan
Saya pun bergerak dengan tenang keluar studio membelok ke kiri dan begerak 10 langkah ala-ala model catwalk ke depan hingga sampai ke tangga untuk turun ke bawah.
Namun sebaik sahaja sampai ke anak tangga PERTAMA!
Sepatu saya yang bekelip-kelip itu telah slip dari tempatnya dan menyebabkan saya hilang pertimbangan lantas
Kedebek!
Saya jatuh terduduk dengan kaki kiri terlipat dan kaki kanan terlunjur
AH TIDAK!!!!!!
Saya telah jatuh terduduk di anak tangga pertama dan kedua-dua sepatu saya telah slip keluar dari tapak kaki saya dan jatuh tergolek
Tap (sepatu sebelah kiri jatuh satu anak tangga)
Tap (sepatu sebelah kanan jatuh tiga anak tangga)
Tap (sepatu sebelah kiri jatuh dua lagi anak tangga)
Tap (sepatu sebelah kanan mendarat di landing tangga)
Tap (sepatu sebelah kiri jatuh satu lagi anak tangga)
Tap (kedua-dua sepatu selamat mendarat di landing tangga)
Saya hanya mampu melihat sambil mata membulat melihat nasib kedua-dua sepatu saya
Sedang saya berkira-kira hendak bangun mata saya pantas menangkap sesusuk tubuh,,
ADOYAIII MAK!!!!
Rupa-rupanya dari tangga bawah ada seorang saksi kejadian..
Aaa MALUUUUU!!!!
Beliau dengan mulut terlopong bergegas mendapatkan saya dan bertanya..
“sakit tak?”
Saya yang segan-segan alah mengangguk dan berkata “sakit..nasib baik laptop tak apa-apa” ‘saya sangat bersyukur kerana laptop saya berada kemas dalam genggaman saya dan hanya sepatu-sepatu statement saya yang jatuh bergolek-golek.cuba bayangkan kalau yang jatuh secara dramatic itu ialah laptop saya????
Gadis saksi kemudian berkata : okay hati-hati
(pasti di dalam hati beliau sedang menahan gelak akibat melihat seorang budak yang baru jatuh terduduk macam badut sarkas namun tak sampai hati nak gelak kerana budak itu buat muka kelat!!)
Saya mengangguk sambil tersenyum dan bergegas turun menyarung sepatu dan berjalan ke bilik Puan Z.
Dalam perjalanan saya tidak habis-habis menggosok bontot yang sakit akibat jatuh terduduk dan menyebut-nyebut ADUH ! Malu Saya Di Buatnya…
Moral of the Story : Jalan jangan berkhayal
**sila beli kasut bertapak kasar..tapak licin tidak digalakkan sama sekali
*terima kasih kepada gadis saksi kerana anda membuat saya tak rasa malu sangat
No comments:
Post a Comment