Showing posts with label hari ini dalam sejarah. Show all posts
Showing posts with label hari ini dalam sejarah. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

SUZUKI swift!

dulu.saya memang suka tengok Ronaldo gelecek bola.tapi sekarang tidak lagi.

ingat ini? ya entri ini
bila Piala Suzuki AFF, Malaysia masuk ke final pun.saya tidak menonton.excited jauh sekali.
and lucky enough, though my officemates memang lelaki belaka.tak pulak mereka tergila-gila atau over excited dengan bola-bola itu hingga menyebabkan saya rasa nak toreh kepala mereka.haha sungguh tak patriotik bukan?tapi itulah..tak excited pun.tak cool kan saya.erghh...haha the thing is.saya rasa orang yang emosi dengan bola sepak ni annoying actually.annoying sangat.macam gila gelabah kau.hehe (emosi plak)

sebenarnya saya kesian kat housemate saya nih.Tok Cha namanya.dia macam excited gila nak tengok bola...tapi RTM tak dapat pulak kat tv rumah ni....o kesian~ dah lah tak jadi meniaga nasi lemak esok gara-gara hendak menonton bola malam ini.oh.oh.

kenapa i dont get it yang people sanggup sampai ke tahap pakai jersi bolasepak pergi kerja sebab kunun-kunun nak sokong Malaysia?eyh weh..kalau betul pergi indonesia sana lah.SOKONG.baru betul.(eh sapa yang emosi sekarang?.)haha..i think i get it now..why i dont love bolasepak anymore..sebab estrogen.haha

dah lah.
k bai.


sume orang pun nak tukar profile pic facebook jadi gambar nih.
apesal ntah (- -")
i dont get it.
oh yea
ESTROGEN.

Friday, December 3, 2010

KONVO!

sudah bergraduasi
.
.
.
.
Alhamdulillah. (;
.
;

.
.
.
.
.
;
special thanks to mak, abah, family,tenaga pengajar,besties, friends and sure.
those who read this :)


happy family! :)

Thursday, October 28, 2010

Paloh and Me

I tell you what....
Life...with all....."Ha Tan Sri,"   "Ala Abang angkat kau datang tu"
is scary.

but yet FUN!!!

haha

i got a new nickname.
YANTI.
and u know what.
they did it purposely.

But t'was okay..
i used to afterall :D

eh,today...
i went to Paloh.
to check on my firm's project there.
SMK SERI KOTA PALOH 2

aii dont tell me u didn't know where is Paloh
alright..alright...
click HERE

and u know what? i couldn't find any trace of 'komunis' leftover there
only a big house with a small family with few puppies
that make me feel err yeah..creepy.haha
everything else was absolutely normal okay u.
and oh.

RAILWAY TRACKS HERE AND THERE,,,

what???
u dont understand???
fine...
go back open your history textbook.

Okay?
Bye.
Assalamualaikum :)

27/10/2010-PERTAMA BUKAN HATI

pstttt
pernah tengok tak iklan kfc tu

ala...mamat comel rambut kembang macam maggi (pfftt tak sedar diri kau pun sama yenyen)

YANG CAKAP

"JOM!Sayaaa Belanja!!"

heavennya kalau saya boleh cakap macam tu kat semua orang sekarang (- -'')

""JOM nasi lemak daun pisang Tok Cha! SAYA BELANJERRR!!!""
(Noted: Double Bracket :D)

Friday, October 22, 2010

Magic October! ALWAYS!!

ok 22 OKTOBER.sudah masuk usia 22 empat hari...

mari lihat apa yang sudah terachieve..21 wish yang lalu...

eh ingat??

mesti lah tak ingat..dulu punya post mana ada orang baca kan?kan?  (- _-")

BAIK.boleh rujuk SINI.ya SINI

baiklah..ayuh potong dan comment.heee :D


1.tamat mengaji ikut waktu. (seriously memang tak larat dah!)   ALHAMDULILLAH..INI BENAR SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH :)

2.belajar satu bahasa asing
i.e;~tagalog
~france
~japanese        SUDAH!FRANCE!  "BONJOUR!!"  (PFFTTT)

3.belajar ice skating..HEH,TAK JEJAK-JEJAK LAGI PON TEMPAT ICE SKATING ITU.1 MALU

4.perkara ke 4 adalah perkara yang dah lama dan senang je nak buat tapi taktau kenapa tak buat-buat…actually saya sangat TAKUT tengok cerita hantu..so nak tengok cerita hantu banyak-banyak he..he..he..
HEH NAK MUNTAH-MUNTAH TENGOK CERITA HANTU SEKARANG.TAK SERAM LANGSUNG.NAIK HAIRAN KERANA DALAM SETAHUN INDUSTRI FILEM HANTU TELAH MERUDUM TERUK..TAK KISAH LAH...DALAM NEGARA KE..LUAR NEGARA KE.HAISH

5.nak jadi volunteer SEEKERS .siyes.(weh..apesal tiba-tiba tahap keberanian menjulang-julang neh???)
TAK SEMPAT LAH SINCE HETZEL TUNJUK VIDEO INI.



KANG TIBE-TIBE SAYA JADI BITCHES PLAK!MENGANGA..HAHAHA

6.tindik telinga…kesian kan, dah 21 tahun pun belum tindik telinga he..he..he
INI JUGA BELUM SEMPAT...(DAN TIDAK DI SEMPATKAN) TAPI BUDAK VERDUA ITU SUDAH (- _-") GERAM SEHH

7.mengurangkan tidur….sumpah..rasa macam bantal penoh berisi angin everytime bangun dari tidur yang panjang
ERR SUDAH BERJAYA RASANYA.TIDAK LAH BERJAYA SANGAT PON..TAPI KURANGLAH!YEAY FOR ME :)

8.mengamalkan gaya hidup sihat (no 8 baru kau letak gaya hidup sihat?patutlah tak sehat je kau ni.ha..ha..ha…)
8.1 minum 8 gelas air sehari BERJAYA!
8.2 berjalan 10000 langkah sehari OH SUDAH TIDAK DAPAT :(
8.3 bergelek sekurangnya 2 kali seminggu (yeeeehaaaa) HAHA ANGAN-ANGAN MAKAIHHH
8.4 7 hours sleep  DOUBLE YEAY YEAY :)
8.5 SIR.MILE=)  OH YEAH!!! :)   :)  :)

9.speak out my mind..sebab sangat banyak senyap apabila orang berkata sesuatu,,,,  ERR,DAH BERJAYA KOT??HEHE NEVER MIND..WILL UPDATE LATER BILA SUDAH PRESENT PROPOSAL KA.CONDUCT MEETING KA :)

10.nak belajar 21 resipi masakan arab..(apesal arab ar? ahahaha) TAK BOLEH PANGKAH!URGHH BARU DUA JE KOT!HAHA.OKEY2 NANTI I MASAKKAN U NASI ARAB DENGAN HALWA YANG AUNTIE SHARIPAH TU AJAR OK?NAK?NAK? TAKNAK!

11.nak menulis dengan lebih banyak..saya rindu penulisan…=) BERJAYA WEH!BANYAK JUGA SUDAH AKU TULIS..WEEHU!

12.belajar memandu..(aduh!malunya mengakui diri belum reti memandu walaupun usia sudah boleh mendapatkan seorang anak ecececeh)   WAH JUGA!SUDAH!RASSA BAGUSS!RASSA DEWASA!MIAHAHAHA LEMPANG LAJU-LAJU

13.belajar pakai eyeliner dengan mascara.maklum lah tangan tak bedung memang keras bab-bab melukih neh weee=)  EH BELUM LAH..BILA NAK JADI WANITA BEKERJAYA NI?? (- -")

14.kumpul duit nak pergi Jepun..eh tak…kumpul duit pergi Mekah dulu kan?kan?
PUN BELUM!TERLUPA...HUTANG PTPTN WAJIB DI BAYAR (- -")..

15.nak belajar baca not lagu,,,TAK BERJAYA.DAH BYE!

16.memperbaiki skill sosial ha..ha..ha..OK DAH ELOK SIKIT WALAUPUN PERGI TEMPAT BARU MESTI MULA-MULA MALU-MALU AYAM!HIHI LAMA-LAMA MALU-MALU HANTU.WARHAHAHAH

17.belajar jahit..so I can jahit dress I sendiri lah! HAA.TUKAR-TUKAR.TENGAH BELAJAR CROSS STITCH :)

18.pergi Sarawak lepas habis mengaji.heh tak sampai-sampai?? WAH!!TUNGGU AKU HETZEL!

19.hidup dengan lebih baik..megurangkan kadar pertumpahan air mata.. YE SUDAH :)

20.mula menabung…..melabur…..maklum lah dah tua-tua nih baru nak sedar BELUM.AGAIN.MULA SALAHKAN PTPTN.OH ALASAN 

21find ‘my other half” hehehe PUN BELUM.TADI ADA CUBAAN HENDAK MATCH MAKE I.TAPI KAN..ERR TAPI KAN..EH TAK MENGAPA LAH.TIBA-TIBA RASA COMMITMENT PHOBIC PULA!


TENGOK!tidak sampai separuh pun sudah tercapai!!
macam mana hendak buat 22 wish ini?aduyaiii


KESIMPULAN : ukur baju di badan sendiri.


ok bye Assalamualaikum!

Thursday, July 29, 2010

Berat Dowh (cakap gaya kl)

gambar ihsan google

pernah x rasa macam ni?

rasa macam ada batu/beban berat yang nak dilepaskan?

tapi..

susah..sebab dia berat

bila kita lepaskan rasa senget badan sendiri

rasa macam nak campak jauh-jauh

tapi bila berat..

kita rasa..

bila ringan..

kita leka..


oh well, semalam satu beban berat dah berjaya di lepaskan
berbulan kot tanggung..
seksa tapi rindu orang kata
duka dan merana
tapi kini mungkin tak lagi (cewah..)

pelahan-lahan la kan..
step by step
lepas ni okay lah..
apa susah..kata maaf..
yang susah..
yang perit..
RINDU TU
MIMPI TU
AIR MATA TU
ego..sometimes bring us nowhere
tapi..itu saya
lain orang..lain cara


eh,jom karaoke nak?
**dulu selalu confuse antara Aisyah dengan Nora apesal ntah kepala ni

hey listen, this is so trueeee

Kekasih/Kawan/Mak/Ayah/Adik/Kakak/Abang Ku

ku Rasakan Perlu
Menitip Surat Buat Tatapan Mu
Sekali ini aku Rela Merendah Diri Beralah
Agar Perhubungan Terjalin Semula

betul kan Nora eh Aisyah..
"Kemaafan Dendam Yang Terindah"
tak percaya?
u can try this at home :)

"Awak,terima kasih eh..maafkan kita.."

sumpah lagu ni saya tujukan untuk seorang wanita
yang mungkin baca catatan ini.mungkin tidak


Saturday, January 2, 2010

Alvin & The Chipmunks!!!!!



Senyap-senyap je tahun baru dah masuk,,post pertama saya selepas New Year :),,apa pun selamat tahun baru 2010, moga-moga kita mendapat lebih banyak rezeki dan kegembiraan tahun ni.Okay saya tak akan bercerita tentang azam tahun baru yang pastinya telah banyak di perkatakan oleh orang lain.Lagipun saya jugak tak memasang niat atau azam untuk tahun baru ini melainkan mendoakan diri sendiri menjadi lebih berguna..

Tapi saya suka nak berkongsi kisah tahun baru saya yang saya rasa ha..ha.. biasa je…Saya ke Bandar Batu Pahat siang tahun baru tadi kerana hendak men deposit wang sewa rumah ke akaun bakal teman serumah saya bernama Husna,,Husna juga ex-roommate saya semester lepas. (Owh saya terpaksa duduk menyewa kerana tidak mendapat kemudahan penginapan kolej )..kerana akaun bank teman saya ini ialah public bank maka saya terpaksa juga ke Bandar kerana tidak terdapat kemudahan bank Public Bank di pekan koboi Yong Peng ‘kecintaan’ saya.

Saya pergi berdua dengan kakak Zati saya kerana beliau gian hendak berjalan-jalan ke Bandar.ha..ha..jakun kakak saya tu…macam tak pernah jejak Bandar pulak…semua tempat dia nak round…saya pun menurut jela..maklum lah…saya pun kalau pergi ke Bandar selalu nya ada satu tujuan sahaja iaitu pergi ke bus stand menaiki bas samada ke >Shah Alam > Melaka >Parit Ya’ani ku chenta…(destinasi-destinasi keberadaan saya semenjak dua menjak ini.) Selepas mendeposit wang dan terjumpa encik polis trafik handsome tengah saman orang dalam kereta besar (buatan luar negara) kerana menghalang laluan orang ramai... kami pergi makan dekat stesen bas lama batu pahat , saya tak tahu nama jalan tapi dekat dengan Summit Parade..

so sesiapa berkesempatan sila singgah kerana mee rebus dia memang terbaik…(kepada mereka yang tidak allergic dengan gerai-gerai tepi jalan sahaja ya…) juga rojak di situ..(trust me..worth trying)..selepas kenyang gendang gendut tali kecapi maklumlah kakak belanja..yuhuuu kami ke Batu Pahat Mall konon nak meronda lah kan…lagipun semenjak BP Mall tu menjalankan operasinya sejak dua tahun lepas,,,ya,,,boleh di kira dengan jari berapa kali saya menjejak kaki ke situ..10 kali tak sampai tipah! (heh buat malu orang batu pahat saya ni…)

Dalam perjalanan tu, tiba-tiba pulak kannn ada polis buat raid. Haish,,,tak boleh tengok orang bawak motor sikit tahun-tahun baru ni…dia ingat semua orang nak lumba haram gamaknye..ada ke patut..( saya cakap dengan diri sendiri).Sebelum sampai raid polis tu, ada dua orang mamat dekat depan kami ni menaiki motor RXZ buruk zaman bila aku taktau…tiba-tiba buat U-Turn betullll depan kumpulan polis ni..saya pun tergamam sikit sebab motor diorang betul depan motor saya, nasib baik lah kan saya menunggang motor dah lama so tak adalah kelam kabut bila mamat dua ekor tu buat macam tu, nasib baik je saya tak mencarut-carut dekat diorang (jalan tu dah lah one way)..hari dah lah panas cam hape…(waktu itu jam menunjukkan tepat ke angka 12.30 tengahari!).Lepas tu bila dah sampai depan bapak-bapak polis tu saya pun berenti lah motor saya dekat tepi jalan bawah pokok rendang,,,(PANAS….)

lepastu seorang bapak polis tak berpangkat (dia tak pakai uniform jadi saya tak tau pangkat dia sebenarnya :P)ni pun datang lah dekat kami,,saya pun terus bukak seat motor sebab saya letak purse saya dekat situ sebagai kaedah mengelak ragut. saya pun bagi lesen motor P saya tu dekat beliau..then polis tu buat muka macam nak makan saya..saya dah pelik..apehal kan,,lesen saya bukan dah mati pon..pastu beliau dengan kerek cakap “i.c dik” laah cakaplah i.c…jangan lah buat muka macam tu,kang saya bertukar menjadi ‘mighty boo’ baru kau tau..hari dah la panas..(ok..mungkin beliau pun panas..tak terpikir pulak saya tadi..) lepastu beliau mencatat ntah hape kebende dari i.c dan lesen saya dekat buku kecil di tangan nya..saya dah cuak..alamak nak saman ke? Rasa-rasa tak ada pulak saya melanggar lampu merah ke, menunggang laju ke hatta mengurat polis trafik hensem tadi pun saya tak buat…pastu saya dengan ala-ala makcik kepoh pun tanya la.. ”kenapa ni bang?” (ada ke patut..patut cakap enchek kan?kan?ngeng!) pastu kan tiba-tiba dia cakap “taktau tanya…” haih orang tua ni…motif? Sah-sah la saya baru tanya… beliau boleh pulak bilang lagu tu…menyirap lah saya kan saya pun cakap lah kuat-kuat “eh,kan saya baru tanya tadi?” sampai member-member bapak polis ni tengok beliau.Nasib baik la ada kakak saya yang menyelamatkan keadaan dengan bertanya,, “nak buat bancian eh?” then baru dia cakap “hmmm” saya dah buat muka menyampah..lepastu beliau mintak tengok road tax…dan saya pun tunjuk jelah kan…tiba-tiba dia cakap.. “5 jan..4 hari lagi” saya dalam hati ‘oh my god..saya hengat 10 haribulan mati…seb bek ada raid ni..kalau tak tau lah next week dah lah nak bawak motor pergi shah alam’ then tiba-tiba saya punya mood berubah balik ceria…ha..haa..ada ke????? (pstt pak polis tu cakap baik-baik bila kitorang nak gerak ke Bp Mall)

*kira berapa banyak lepastu

Lepas tu kami pun ke BP Mall dan terus tengok wayang,,,kakak saya nak tengok Duhai Si Pari-Pari saya mati-mati tak nak tapi tak ada filem inggeris best pulak.Avatar start pukul 3 sedangkan kami kena balik sebelum asar) Sudah-sudah kami tengok Alvin & The Chipmunks,,,Sebab saya tidak begitu bagus membuat ulasan cerita so saya taknak lahkomen pasal cerita itu ataupun keadaan di panggung..but what I can say is Alvin & The Chipmunks is really good if you are taking a break from babysitting..(Sighed).

Tuesday, October 6, 2009

ADUH ! Malu Saya Di Buatnya…

Al-kisah…pada suatu hari..bersamaan tarikh tertera di atas (semalam),,

sedang saya bersiap-siap untuk pergi ke kelas bersama-sama rakan-rakan seperjuangan
( hari ini adalah hari kelas subjek major iaitu designnnn).

akibat sudah terlambat kerana waktu telah menunjukkan jam 11.30 tengahari, pengumuman ya tuan-tuan..kelas bermula pada jam 9 pagi

CAUTION : Jangan tiru aksi ini di rumah!

Maka saya pun menyarung sahaja baju paling atas di atas lipatan baju-baju di dalam locker saya iaitu sepasang t-shirt lengan panjang kaler ijo a.k.a GREEN dan memuatkan sepasang kaki saya ke dalam seluar jeans kaler hitam yang baru sahaja di basuh semalam selepas seminggu di peram..kemudian saya pun menyarungkan tudung krim sulam bunga-bunga sebagai pelengkap gaya.chehhhh

Setelah menyandag beg laptop saya dan memikul butter pad yang tidak berapa beban bebannya maka saya pun membelek-belek diri di hadapan cermin sebentar lalu saya pun berkata di dalam hati “ah ok lah ni..serabut pun serabut lah bukan nak tunjuk kat sape-sape ponn he..he..he..”

Selepas itu saya pun melangkah keluar bilik dan menyarung sepatu saya yang berkelip-kelip

*blink*blink*


lihat sepatuku ku...
menarik kannnnn.....(aksi manja)



dan berkata sekali lagi di dalam hati “inilah my confidence booster untuk hari ini ” alahh ape orang cakap? Fashion statement? Yaa itulah dia,sepasang sepatu kaler emass.meletop!! (kann dan dan..tadi sape cakap bukan nak tunjuk dekat sape-sape??)


tak aper...saya tauu...
tapak sepatu saya paling meletop!!


Tapi saya memang memerlukan sepatu itu untuk meninggikan tahap keyakinan saya.maklumlah hari ini hendak pergi crit dengan Cik N sebab tak jumpa-jumpa beliau lagi dari crit 2..maka yakin itu perlu untuk menjawab dan menangkis segala persoalan-persoalan yang keluar dari mulut beliau kelak..

Kemudian rakan seperjuangan saya cik arafirtup berkata “uish yenyen..” sambil membuat mimik muka kagum ke arah saya kerana beliau bersepatu jepun sahaja ke kelas..saya apalagi..bertambah-tambah yakin dan senang hati kerana fashion statement saya nampak macam nak berjaya.(macamm yaaaa anak-anak)

Maka kami pun bergerak bersama-sama seorang lagi rakan seperjuangan cik haqifa ke studio.sepanjang perjalanan saya semua bergerak dengan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang boleh mendatangkan malu kepada saya.

Sesampai di studio…saya mendapat berita..Cik N crit budak-budak Jelatek.Budak-budak Paramount crit dengan Puan Z.

Saya pun “Oo okayy” walaupun rasa rugi sedikit kerana agak macam nak sia-sia fashion statement saya

Pada waktu itu puan Z sedang crit enchek Chinese look, kemudian selepas enchek Chinese look,enchek Curl hair…woah macam ramai ni kata saya kepada diri sendiri.maka saya segera berebut-rebut mendapatkan que untuk crit.

berjaya!!

saya mendapat que selepas enchek Curl hair..malangnya…selesai sahaja enchek Curl hair crit puan Z hendak pergi berehat kerana jam sudah menginjak ke angka 1.15 minit tengahari.

Saya pun mengangguk-angguk muka selepas puan Z memberitahu akan crit saya selepas jam 2 di bilik beliau.maka saya pun duduk-duduk menyetelkan master plan saya yang bulum siap.

Tepat angka 2.15 minit tengahari, enchek kopiah berhadapan partition saya memberitahu Puan Z memanggil sesiapa yang belum crit agar turun crit.maka saya sebaik mendengar butir-butir bicara enchek kopiah saya segera menyudahkan baki-baki terakhir kerja saya. Meng ‘stan-by’ mode kan laptop saya dan mengumpul stationary saya yang berselerak di atas meja.

Sejurus kemudian saya bangun sambil membetul-betulkan baju dan bergerak keluar studio dengan mengendong (laptop,mouse,butter pad bersaiz A4 dan pencil case yang sedabak itu) di belah kiri badan saya dengan kedua-dua tangan

Saya pun bergerak dengan tenang keluar studio membelok ke kiri dan begerak 10 langkah ala-ala model catwalk ke depan hingga sampai ke tangga untuk turun ke bawah.

Namun sebaik sahaja sampai ke anak tangga PERTAMA!

Sepatu saya yang bekelip-kelip itu telah slip dari tempatnya dan menyebabkan saya hilang pertimbangan lantas

Kedebek!

Saya jatuh terduduk dengan kaki kiri terlipat dan kaki kanan terlunjur

AH TIDAK!!!!!!

Saya telah jatuh terduduk di anak tangga pertama dan kedua-dua sepatu saya telah slip keluar dari tapak kaki saya dan jatuh tergolek

Tap (sepatu sebelah kiri jatuh satu anak tangga)

Tap (sepatu sebelah kanan jatuh tiga anak tangga)

Tap (sepatu sebelah kiri jatuh dua lagi anak tangga)

Tap (sepatu sebelah kanan mendarat di landing tangga)

Tap (sepatu sebelah kiri jatuh satu lagi anak tangga)

Tap (kedua-dua sepatu selamat mendarat di landing tangga)

Saya hanya mampu melihat sambil mata membulat melihat nasib kedua-dua sepatu saya

Sedang saya berkira-kira hendak bangun mata saya pantas menangkap sesusuk tubuh,,

ADOYAIII MAK!!!!

Rupa-rupanya dari tangga bawah ada seorang saksi kejadian..

Aaa MALUUUUU!!!!

Beliau dengan mulut terlopong bergegas mendapatkan saya dan bertanya..

“sakit tak?”

Saya yang segan-segan alah mengangguk dan berkata “sakit..nasib baik laptop tak apa-apa” ‘saya sangat bersyukur kerana laptop saya berada kemas dalam genggaman saya dan hanya sepatu-sepatu statement saya yang jatuh bergolek-golek.cuba bayangkan kalau yang jatuh secara dramatic itu ialah laptop saya????

Gadis saksi kemudian berkata : okay hati-hati

(pasti di dalam hati beliau sedang menahan gelak akibat melihat seorang budak yang baru jatuh terduduk macam badut sarkas namun tak sampai hati nak gelak kerana budak itu buat muka kelat!!)

Saya mengangguk sambil tersenyum dan bergegas turun menyarung sepatu dan berjalan ke bilik Puan Z.

Dalam perjalanan saya tidak habis-habis menggosok bontot yang sakit akibat jatuh terduduk dan menyebut-nyebut ADUH ! Malu Saya Di Buatnya…

Moral of the Story : Jalan jangan berkhayal

**sila beli kasut bertapak kasar..tapak licin tidak digalakkan sama sekali

*terima kasih kepada gadis saksi kerana anda membuat saya tak rasa malu sangat