Showing posts with label something for lunch. Show all posts
Showing posts with label something for lunch. Show all posts

Thursday, May 26, 2011

Cita-cita nasi sepinggan

dulu kecik-kecik, cita-cita kamu, kamu, dan kamu nak jadi apa?
mesti nak jadi posmen, cikgu, suri rumah kan? (lame..) haha
tapi rasanya time saya, kawan-kawan saya dah advance sikit.maklum lah.kanak-kanak 90-an, dah kenal tv, dah kenal game boy, kalau dah ada komputer kat rumah tu memang kira (wah!!buat muka kagum)...oh wait, ini dari perspektif kanak-kanak luar bandar ye.kalau anda urban, perspektifnya mungkin kona ada komputer, ada internet dial 1511 ke apa.kan?(wah!!buat muka kagum).. hehe

lepas tu cita-cita pun masing-masing dah advance..nak jadi saintis la, engineer la, tapi cikgu memang popular (gamaknya karier cikgu ni memang popular dari zaman wujudnya perkataan cita-cita) eh, rasanya sampai sekarang budak-budak nak jadi cikgu bila dah besar. (alolo sweet je..) tapi antara rakan-rakan ku yang berhingus tu...yang paling popular cita-cita bagi kaum adam nak jadi pilot.glamour weh, taktau asal...rasanya ada dua sebab;

1. testosterone mereka terangsang dengan pramugari cantik, hot, letops. (ceh padahal tak pernah naik kapal terbang pun.huehuehue)
2.eleh, sebab duit lah.apa lagi..serious,sepatutnya sebab no 2 ni jadi sebab no 1..

okay, nak kupas reason no 2.saya faham sebenarnya, bila kita kecil, 7-6 tahun..itu adalah saat crucial mak apak kita mengenalkan kita dengan dunia, maksudnya tu..macam mana nak lentur budak ni, jadi senget ka, jadi lampai ka, yelah, kalau ingat diri sendiri or tanya balik, mesti mak apak kita akan cakap kita paling banyak tanya itu ini waktu umur-umur ni lah, waktu baru pandai nak susun ayat. kalau mak apak kita kata waktu kita menengah rendah or menengah atas..tu maksudnya kita ni rebel.kojaq bahasa lembutnya. (eh jap,cermin diri sendiri.) tapi takpa.ada rebel bersebab.ada rebel mendatangkan kebaikan.tu kita kupas lain kali ye.

berbalik kepada topik asal...kenapa mak apak kita,kakak abang kita, cikgu-cikgu kita tolong kita decide kan cita-cita kita waktu kita kecil untuk jadi pilot,jadi peramugari walau kau kontot, jadi engineer, jadi arkitek (ehem), jadi tentera udara (heleh,nak yg up-up aje...).kenapa.mengapa. (kalau ibu bapa anda tidak mempengaruhi/influence SAMA SEKALI/NO/NEVER/NEHI keputusan cita-cita anda,TAHNIAH bete.)

dan lagi sekali penekanan, (saya cuba berlaku adil) namun ini biar kita kupas dari perspektif luar bandar, sebenarnya, yang boleh diperhatikan, it differ, antara ibu bapa itu sendiri.i mean, kalau ibu bapa tu jenis 'celik mata'..mostly akan suruh anak-anak mencari kerja berorientasikan duit.maka pilot,engineer,doktor, (yang konon-konon nya KAYA tu) memang jadi favourite lah among ibu bapa yang 'celik mata' ni...kalau mak ayah yang ermm, 'cool'..selalunya tak kisah.ayat cliche 'tak kisah la nak, janji tak jadi perompak,perogol sudah'
sebenarnya kalau bicara soal ini memang tak akan habis since if we trace back the roots, semua pun akan mengangguk, ini semua permainan dunia.yang berorientasikan wang ringgit dan darjat.kalau tak masakan di jaman P.Ramlee sudah pun timbul antara dua darjat kan zabedah?masakan Asiah dimurkai firaun akibat anak dari sungai kan zakaria? (err tiba-tiba),

maksud saya tu..ibu bapa semua nak yang baik-baik, molek-molek, intan berlian, syurga untuk anak mereka.ini semua kerana hukum dunia.benar nggak.benar kan?? (asal rasa cam da melalut je niii) maka dalam mind set ibu bapa ni..pekerjaan-pekerjaan seumpama contoh diatas lah yang mampu menjamin masa depan anak mereka, hakikatnya, pekerjaan-pekerjaan itu belaka mengerah kudrat, menjadi kuli manusia lain, namun iya, ingat kata kuncinya!pekerjaan tetap = gaji bulanan tetap = masa depan terjamin.cliche' kan.tapi itulah.reality bites.roar!

ini, meneruskan kesinambungan hidup berorientasikan wang ringgit dan darjat, maksudnya bila mindset ibu ayah dah macam tu..maka anak-anak pun terdidik pekerjaan-pekerjaan inilah yang mampu menjamin hidup mereka, mampu meng 'kaya' kan mereka, unfortunately..not all of us have lucky genes sculpted at our bones, anda boleh panggil 'ia' sebagai, pemalas..tidak mahu berusaha,tiada rejeki, tiada cita-cita malah..namun..itulah,   tidak semua antara kita bertuah untuk menjadi apa yang kita cita-citakan.tak timbul istilah malas dalam hal ni.sebagai contoh,

           anda seorang pelajar lepasan matrik sains hayat, kerana anda bercita-cita menjadi doktor anda berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan terbaik, as fate play its roles, it turns out your final result is 4.00 (weehoo) anda pun apply perubatan di UKM kerana kerana keputusan anda itu melayakkan anda, kemudian anda letak UM dan UiTM sebagai pilihan kedua ketiga.yang lain-lain anda letak jurusan kejuruteraan,matematik kerana anda walaupun takut-takut itu ada, anda pasti akan diterima oleh UKM.and..as fate play its roles again..ya, anda memang layak masuk UKM jurusan perubatan, malangnya..kerana kuota telah penuh..anda tidak dapat masuk..(hello did i remind you about fates?) maka tercampaklah anda di USM melakukan kursus Matematik Statistik.yang anda buat separa hati kemudian result anda macam gampang, terpaksa repeat beberapa subjek,dan oh, anda end up lulus, kemudian anda berkeadaan unemployed selama satu tahun setengah sebelum berjaya mendapat jawatan sebagai trainee penolong pengurus di Pizza Hut cawangan Jaya Jusco Ayer Keroh.bidang tidak berkena mengena dengan kursus anda.cita-cita zaman sekolah?err jauh sekali.deh.complicated cerita anda.

oh well, maka apakah yang boleh kita buat dengan dunia kejam ini?(ah maaf, penulis dipengaruh emosi golongan pekerja) anda tidak boleh menyalahkan takdir.tidak boleh menyalahkan diri sendiri.ibu bapa jauh sekali..eh jap,kenapa nak salahkan ibu bapa?mereka cuma menolong menunjuk jalan.okay itu pun nak kena mintak tolong saya simpulkan?mana boleh salahkan shiapa-shiapa.loser namanya tu.salahkan diri sendiri! itu pun loser!!

redha lah,,betul.nasib tu belum nak dekat.yang penting kan kita priorities keutamaan hidup kita.duit kah?darjat kah?syurga kah?neraka kah?atau mati kah?ehem.yang pasti kan semua akan mati.tinggal macam mana nak meneruskan hidup ke saat kematian je kan.tu je.pilihan di tangan anda!!!nak hidup dengan gucci ke,prada ke, alexander mcqueen ke (ehem), takpun hidup berfalsafahkan sun tzu ke, karl max ke, taoism ke, imam hanafi ke, seriously..its your choice.nak makan nasi sepinggan..kena ada rm 1.00 paling kurang, mana nak dapat rm 1.00 tu..nak merompak, nak duk mintak kawan, nak kerja.,.

eh penat.
k bye sayang.
xoxo.


eh tiba-tiba rasa benar kata-kataku ini.hehe..tapi memang betul kan, ibu bapa mana tak mahu yang terbaik untuk anak mereka?
Alexander McQueen.slrpppppp ;)

Monday, November 15, 2010

Jiwa

ini BUKAN pengakuan ikhlas ku

mungkin kau sudah tahu
tapi dia belum.

oh jejak, jarak, terputus,
aku malah lalang
dibuai di tiup angin.

dia malah menjadi besi
seampuh pewaja
Lithium Amy Lee barangkali belum ampuh mengikis jiwa grunge nya.

Lamestain di bilang dirinya.
Aku bantah.keras.
Lamestain.kau sedarkah?

Mulut mu bicara sufi
Hati mu irama indie

Eh penat aku berdiri.
masih the girl next door aku kira
mungkin,
ya mungkin
You Just Havent Met Me Yet (oh versi michael buble itu pasti kau tidak sadar)

Lamestain menurut URBAN DICTIONARY  mengikut kaca matanya  (pemikir kanan ini kira) "Someone who is uncool or not in with current trends."  

Iye.mungkin aku yang lamestain.kau yang grunge.tidak lamestain. (penyalahgunaan tatabahasa).
tolong kau jangan menganggap dirimu begitu tidak boleh?iya.aku dengar nasihatmu.chop.aku nak duduk.betul,penat menjadi gadis pintu sebelah..eh, tapi curi-curi lihat, curi-curi pandang, meraup dalam diam sebenarnya menarik.terkesan.weh.sangat cool.baik lah.aku tidak lamestain.kau iya.hah kan :)

kau sedar.betapa engkau itu sebenarnya diam-diam menjadi MUSE orang ramai.aku.diri aku dan jiwa.cukup ramai kan?hah sekali lagi.lamestain kah kamu?perindu gadis kalis peluru?penyorak hatikolam (kah3)
eh.aku masih ingat, ah tak mengapa.SUDAH.

aku sebenarnya benci terpengaruh menjadi lain.maka aku anggap kau eh bukan,, menjadikan kau bahan perindu ku.hah kan! :)

Wednesday, February 3, 2010

Berehat Sebentar Bersama Cik Kat eh K...

semester baru = penyakit baru.hahaha.semester lepas saya dapat batuk-batuk,semester sebelumnya saya dapat mata burung hantu,,haish....semester ni saya dapat gatal-gatal pulak oke...ye...kami serumah baru-baru ini telah di serang penyakit yang menyebabkan timbul bintik2 merah yang apabila digaru...menimbulkan kegatalan...uhhh seksa :( ,,,

menurut info terdekat yang diterima wooh boleh dipercayai sebab mereka jiran sebelah yang dah bermaustautin (menetap suda..wooh jejaka-jejaka amek karen memang keram!!!kah3) di sebelah rumah kami selama beberapa masihi..rupa-rupanya rumah kami sebelum ini didiami oleh manusia-manusia mencari rezeki dari Nepal...(ouh mak! patut lah ada gamba anak Nepal mane aku tatau dalam bilik kitorang waktu berkemas awal-awal masuk dulu...) lepas tu diorang (manusia-manusia Nepal suka bawak kawan-kawan Nepal balik rumah) so rumah kami tu memang rumah tinggalan Nepal.Haa amek kao ada lipas berpuluh-puluh ekor kot kat rumah tu....(macam nak marah je owner rumah ni tau!!!haish...dah la tak inform..) lepas kami dah kemas-kemas rumah tu...kami pun memulakan hidup baru di rumah sewa ku heaven err tak berapa nak heaven sebab masalah-masalah ah tak payah ceritaa..

jadi sebab tinggalan-tinggalan ni..kami syak mereka lah punca kami mendapat penyakit gatal-gatal ni...yelah...dah berjaman daki-daki diorang ni melekat kat dinding rumah,lantai rumah,tingkap rumah...dapat pulak anak-anak dara duduk...haaa terbaek ah kao wahai debu dan hama terbang kat kitorang kan?kan?kan? takpe saya tau kau memang dengki kat kitorang..takpe-takpe...aiman tak kesah.?(aiman kao kesah????) maklum lah kitorang dah take over tempat hama-hama ni melepak iaitu living hall tuh...ish3 sekarang ko marah ah hama?

so selepas semua orang dah dapat gatal-gatal, masing-masing pun berbondong-bondong pergi ke pusat perubatan...dah tu time saya pergi...doktor baik hati lagi lemah lembut kata-kata cakap..ohh ni allergic nih,samada makanan,atau air..ke adik ada pergi padang ke? mungkin ulat-ulat padang ni.(hah memang confirm keje hama-hama si Nepal!!) takpe saya bagi ubat sapu dengan ubat makan.tak ada mc.hehe oke ayat last tipu.

lepas tu saya pun berkobar-kobar dalam hati bagitau semua orang rumah.dan di hari siang semalam yang indah kami pun sepakat mengadakan GOTONG-ROYONG rumah bersama housemates!!!! ngeh3 lalu saya bersama-sama cik erra pajira,cik jambu (ahaha jangan marah awak!!), cik arafirtup dan cik k mengemas rumah bersama-sama...wooh3 SEMANGAT kao yen..

lepas sapu-sapu rumah dan mengemop...3 kali oke...2 kali bersama penaja utama sabun mandian Dettol...Cik K semangaik gila buat kerja-kerja bibik dia..har3



cik k rajin!!!! :P



close up...tengok! sampai nampak bayang-bayang...

then,,sebab kesian dekat cik k saya pun ajak pergi rehat sebentar bersama kit-kat! ngee~~
saya : "k,jom pergi jj aku nak beli buku" (eh2 ini kepentingan sendiri....)

cik k pon jawab oke! (k memang kaki jenjalan!!!)

lalu kami bertolak ke Jaya Jusco bukit tinggi menaiki laki saya yang ensem..encik JJK..

sampai-sampai dekat sana.kami terus lah beli buku yang saya cari...then kami pon tawaf la satu jj tuh...tawaf punya tawaf...cik k ajak saya masuk tempat nih.aha..



cuba teka ada apa dalam ini...

ye betul...close up sebelah kiri...bukan! bukan nyonya tu..

ya mata kao memang tajam.ada secret recipe di situ..

ada ke? bertahun saya pergi sini saya tak pernah sedar kewujudannya.ngeng!

dan-dan ah kan dah la Cik K memang mengidam nak makan kek semenjak dua menjak nih apesal ntah...so kami pun pergi lah meninjau-ninjau secret recipe tuh...

masuk duduk kat dalam tu..hmm interior tak lah buruk pun..tapi sumpah kesian sebab memang tak nampak luar langsung...tapi for those who love privacy oke la kan sebab lepas setengah jam duduk-duduk makan pun kami adalah pelanggan terhormat dekat situ. (tak ada orang lain!!oh sungguh nyaman oh)


minum!


aku cucuk biji mata kao!


tade sape-sape sampai perkerja-pekerja nih sempat begosip uolss!!
tengok! kosong...


uhh uhh suke yeyeayy dapat tiramisu she like!


x..motip gambar ini memang nak tunjuk props belakang tu.maka cik K memang rela menjadi separuh dalam gambar ini



jemput makan!


p/s : hah amek kao cik K nak entry pasal kao ye...nah amek! kao taktau ke aku dengan cik samurai diet???so there's go my day...malam tu aku minum air kosong jer! betul ni.(tipu...)

Saturday, February 21, 2009

antara sardin,telur, dan kedai...

orait...antara sardin dan telur aku pilih kedua-duanya daripada kedai.
kat sini aku senarai kan sebab-sebabnye:

1)kedua-duanya telah di masak oleh kawan baik aku c anak pakcik abd wahid...so tak baik membazir..(padahal aku yang datang mengendeng)

2)sardin dan telur tu sumber protein yang baik utk aku yang konon-konon nak diet nih haha

3)sebab utama nye ialah sardin dan telur tu sedappp..berbanding sesetengah makanan di kedai yang cam hampeh


so get it? (ala cakap jela kau malu sebenarnye nak cakap kau saving yan oiii)

PASTA CARBONARA

Orait…hari ni housemates ku telah memasak pasta carbonara nye…heeee dan aku yang pemalas pun hanya melepek di sebelah tepi beliau kemudian pergi berpura-pura mandi supaya tidak perlu memasak (padahal aku memang belum mandi pun..)


Ape yang hendak di highlight kan di sini ialah…(senang je nak masak pasta ghupenye)

Dan aku yang jakun serta tak tahu menahu tentang pasta telah serta merta menjadi terel...


Pasni boleh lah ku balik kampong dan berlagak ke seantero parit suratman aku neh dah pandai masak western food…uhuhuhu





(ehem…haritu aku masak spageti dengan jayenya ok…) tanpa prego’s..

Jadi rasenya aku neh layak2 ke belom nak kawen?kuang3


aku membangkitkan soklan neh sebab ape..

ade lar seorang hamba Allah ni pernah bagi tau aku..."pompuan tak reti masak tak usah kahwen ler"

adakah?

kenapa musti ada pemikiran-pemikiran seumpama ini di zaman-zaman (jaman-jaman iki orang jawe cakap)

2009 neh.

aku bukan ape aku cume kesian dekat pompuan-pompuan yang tak bape tau nak masak kat luo tu..

sebab nanti peluang-peluang kawen cume akan pergi pade pempuan-pempuan macam aku...haha


tapi sesungguhnye aku nih bukan la reti memasak pon...

tahu adelah...terel ceket dari makcik bedah...

tapi tu pun tak cukup bagus sebab

kekandaku shahrul once said,

"engkau nih kalau kawen kena mintak pembantu rumah 8 orang jadi hantaran "

sioootttt...

hina sungguh ...(sampai begitu skali beliau menyamatarapkan kepemalasan memasak aku)

tapi aku buat tak kesah je...

sebab aku tau

8 orang pembantu rumah pun tak boleh lawan sesuatu yang orang panggil

'air tangan ibu'...eceh


ala dulu mak aku pong tak reti masak jugak sebelom kawen...

dah kawen okayyy je..

orang je demand lebey2..

tapi aku tau still masih ramai lagi orang yang tak meletakkan tahu memasak sebagai syarat nak kawen

so sampai saat itu nanti boleh la aku bersenang-lenang dengan skill memasak aku yang sekarang ini

hehe