Showing posts with label kupu-kupu. Show all posts
Showing posts with label kupu-kupu. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Draft nak tulis.tapi tak reti tulis.saya bukan Stephen King

Bila seorang dari member kahwin.kami yang bujang-bujang pun mula..ha kau next, kau next, eh..tak ada calon pun next...ah bicara soal jodoh, memang tak akan habis.duduk kedai minum kopi berjenama cool blog itu pun belum tentu habis walau minuman kopi itu sudah 2 kali habis..maklum lah, perempuan.kalau dah lama tak jumpa..memang gebang harusss melebih-lebih.jadi wahai kaum adam sila lah faham.ini fakta.(no wonder lah perempuan lebih ramai di neraka.dush.oh well currently my brain setting ada putus fius/i’m not one who love to tell something unrelated.yeah.boo yen)

Dulu waktu belajar..asal berjaga malam...minuman yang paling kerap diteguk memang nescafe.dan lagi waktu itu, sedang branding nescafe strong, mild dan normal..ala..yang kaler hijau, kuning dan merah itu...maka hari-hari memang teguk yang kaler hijau.cukop.memang tak tido sampai pagi.esok kalau ada submission..memang terbaik.teguk 2-3 kali.balik submission kau pengsan akibat migrain.terbaek dari ladang!(oh tahu tak bekerja dengan creative industries does really have an impact to your health.because it so stressful..u akan pernah rasaa mati itu barangkali lebih baik.oh ya.Alexander McQueen mati bunuh diri.ftw.great loss)

Arwah nenek yang saya gelar Mbah, seorang yang sangat rajin.a true landscaper.dulu keliling rumah Mbah tanam pokok.Mbah bataskan dan pagarkan dengan botol-botol minuman soda, pepsi yang memang jarang nak jumpa sekarang.di hujung sudut, Mbah tanamkan pokok sukun yang tinggi dan berdaun rimbun..buah nya lebat, namun jarang dirasa oleh Mbah, banyak jadi rezeki saya..cucu kesayangan (ehem, perasan) paling tak boleh lupa..bunga melur arwah mbah..warna putih berlatar daun hijau gelap.ah RINDU.sungguh );

Tahun ni, anak saudara saya sudah 9, eh, pantas..sudah melebihi bilangan adik beradik.hik.syukur, rezeki Tuhan.Alhamdulillah..yang sulung.paling kerap dikata seiras saya.paling kerap dikata saling tak tumpah saya..kuat tidur (sama), kuat berinternet (sama), kuat berangan (sama), kuat melukis.oh dengar kata bercita mahu menjadi arkitek. (oh,sama jugak!!) though i try to prevent her from gettin such career as an ambition..tapi apa nak buat..(mana la tumpah kuah.cehhh) 

perenggan ini adalah perenggan keluhan.sila percaya.kadang-kadang saya memang tak tahu nak terangkan dekat orang bagaimana saya boleh bergraduasi dengan degree tanpa sijil STPM, matrikulasi, hatta diploma sekalipun..sijil SPM je.ya.sijil SPM je saya ada.dan degree yang dua helai tula.. kerana proses penerangan itu payah.(benci sebab taktau nak pilih yang mana bila isi borang SPA.ftw.terus tawar hati nak kerja kerajaan.haha) maka terkadang saya lebih gemar mengaku saya baru bergraduasi diploma.kerana hakikatnya sesuatu yang di luar batas normal agak sukar diterima oleh masyarakat yang sudah  menanam persepsi di dalam kotak fikiran. (now u get why they told you think out of the box right?)

saya melihat masyarakat kita semakin kembali ke zaman Jahiliyyah.beragama kerana nenek moyang..dont u think so?banyak benda jadi kalut.but i refuse to be typical who question, who argue, tapi berjalan serong.mengundur kengkang.NO.i'm not that person.dot.


saya bersyukur, Allah (yang masih saya cari.yang masih saya cuba letakkan sebagai yang pertama saya ingat selepas bangun, dan yang terakhir saya ingat sebelum tidur) masih mengizinkan ingatan saya yang semakin lemah mengingat belakangan ini, no matter how much raisin i took, how many Surah i try to memorize.Alhamdulillah.Allah masih mengizinkan saya menulis.untuk jadi memoir.satu hari nanti.InsyaAllah.

k,bai

Assalamualaikum. =)


Sunday, February 13, 2011

Etika Entry

okay, asyik merapu agak boring kan? rasa nak menangis kan?hehe

baiklah.pernah kah anda pergi ke majlis kahwin, kemudian tiba-tiba rasa out place? pernah? sebab saya baru pulang dari majlis kahwin anak jiran merangkap bff sekolah rendah kakak tadi. Alhamdulillah. segala berjalan dengan lancar dan member tu selamat menjadi seorang puan dengan sekali lafaz nikah sahaja.

eh tak..tak..saya tidak bercadang hendak membuka cerita jodoh ke atau 'mak saya nak kahwin'.tak.Bosan kay (note capital B).cuma...kalau kita pergi majlis kan, suppose to dress up according to the events lah kan? i mean kalau pergi majlis kenduri tahlil or doa selamat...kejadah nya nak pakai mini skirt dengan tube kan? i bet kalau perempuan liar mana pun tak sanggup lah nak masuk majlis gaya tu unless dia memang 'ada aku kesah' punya orang.tapi saya memang jahat (warning awal) kalau ada tetamu macam tu datang majlis tahlil di rumah saya, saya akan menghadiahkan kain kapan kepada beliau. okay over. mungkin sekadar jubah atau baju kurung agar nampak lebih sopan.its a matter of respect ya.kalau tak respect tuan rumah. tolong respect majlis dan tetamu-tetamu majlis.

tapi! bagaimana pula halnya untuk tetamu yang over dressed? sampai "oh, ingatkan pengantin tadi" ha, todia... itulah cik kiahhh, tadi tu ada pulak mamat ni pakai baju putih siap sampin siap butang baju melayu penuh lima. tinggal nak tambah songkok senget bubuh kerongsang batu permata ja..heheh haa saya puji lah his effort to dress accordingly. rare kot sekarang nak jumpa orang lelaki pakai baju melayu siap kalau pergi majlis kahwin..abang ipar pengantin pun pakai baju melayu seluar slack saja..tapi mamat ni. dress up macam dia yang nak menikah pula.aduiii. parah weh kalau sampai tok kadi pun tersalah orang nanti, haha!okay.pakai baju melayu.cun.pakai baju melayu kaler putih. putih pearl, putih baju sekolah, putih colgate tak berapa cun sebab anda tetamu. dan anda pengiring pengantin lelaki. okay mungkin tu baju masa anda menikah so anda rasa sayang kalau nak simpan baju tu dalam rak je.so what? tu tetap tidak mensesuaikan anda berpakaian begitu ke majlis orang ya encik.dan lagi tak sesuai sebab i ingat u lah pengantin lelaki!! miahaha.dah bye!

Saturday, January 29, 2011

Saya cakap..

Saya seorang yang mempunyai self esteem yang sangat rendah.sangat rendah as in, kalau pertama kali jumpa orang the first thing and the least thing yang saya akan buat cuma senyum.senyum sahaja.itu pun jika orang itu menunjukkan roman muka ramah kepada saya.kalau tidak memang i kata bolayan lah kau ingat kau lawa, kau kaya?kau tinggi ada aku heran?ada? (memang ada sebenarnya) hehe but that was then lah, masa baru-baru nak kenal dunia, masyarakat dan kehidupan sosial lebih mudah ayatnya, sekarang...better sedikit social skill saya.kini sudah boleh tersenyum dahulu, menegur 'hai', dan etcetera etcetera though the skeptical person in me is still intact.(rasanya lah..eh tak..memang lah masih)

Actually tak tahu pun kenapa benda tu i mean penyakit tu (low self esteem) boleh duduk dalam badan ni. maybe sebab i'm not an achiever kot..yelah masa membesar dulu mana ada pernah dapat nombor satu dalam kelas..tak pernah okay.okay lah..pernah.sekali jekot.tu pon sekolah agama..huhai!darjah 1 pulak tu.darjah-darjah, tingkatan-tingkatan lain tu memang pakat nombor belas-belas lah.takpun atas 5 bawah 10.favorite no 8.entah.seingat memang no 8 rajin lah lekat dalam buku rekod tu.

Naik pentas ambik hadiah kecemerlangan belajar pun tak pernah.naik ambik pingat syarahan ke.menang main catur ke.pun sama jugak.tak pernah.dulu orang belajar menari zapin pun tak pernah ikut, end up kaki tangan memang keras lah kalau suruh menari zapin tarian kebanggaan orang joho tuh.ehhe.saya orang batu pahat keturunan jawa.so boleh lah kot pengecualian eh?haha

Dekat sekolah dekat universiti pun i'm not a popular girl.bukan athlete.bukan top student. bukan si polan si polan pengerusi kelab sekian sekian.secret admirer.huh.jauhhhh lah sekali.comot sememeh serabai makdang.kulit muka minyak-minyak.celah mana orang nak suka.(gemok pulak tu peah!) haha.family pun average-average je.tak kaya.tak miskin.simple cakap normal lah.u got nothing to brag about or nothing for people to talk about (apa jenis ayat ni??).

So itulah sebab-sebab kenapa saya sakit low self esteem kot.(kottt) and haaa ada lagi, saya ni macam perempuan average yang totally average.average jane pun lagi okay kot sebab average jane selalu cantik kan.haha (omigod.i memanggg lah gila ape membebel-bebel nih??) saya ni macam orang tak kenal and kalau ada borak-borak dengan former schoolmates ke "oh izyan yang sekolah teknik tu dulu?err tapi tak ingat lah, dulu kelas apa eh." (kalau jadi tu mesti confidence level duummmm jatuh zero terus) oh, oh. ada kes paling teruk..tak malu pun tapi macam bengang sikit dengan orang tu sebab cakap kuat-kuat depan studiomates yang lain "oh nama kau izyan?kau batch aku eh?tak pernah nampak pun?" like...what the? i tau lah i tak lepak studio kan.tak fan-ass lecturer kan.tak design gempak dekan macam u kan.tak join majlis-majlis keraian bagai kan.oh please lah. (menyampah pulak bila ingat balik, i know he meant well) but. tolong lah weh.if i ave an effort to know your full name dengan bapak bagai..apeadahal kalau u tak tegur i macam tu depan studiomates yang lain.embarrassed okay.humiliated kalau i emo.seb bek i tak reti emo dengan orang baru kenal.kalau u tu bestfriend i..memang la..bertapa dewa kayangan lah emo 5 tahun dengan u. (oh sebenarnya i sound macam emo gila kan sebab membebel pasal hal ni je berpatah-patah perkataan)  boo diri sendiri yen.

Okay lagi. saya rasa saya ada penyakit ni pun sebab i've nothing special that i could do. i mean, saya boleh sketch.tapi sketch saya macam budak darjah 3. dulu my friends cakap my handwriting cantik.comel.now =( my handwriting are getting rusty.buruk gila!!dulu saya boleh lah nak menulis-nulis..mengarang-ngarang. sekarang!!!hampeh kau.i didn't write well hence there is no one read my blog (>.<) most of the time. saya macam fake.macam nak cerita yang best-best aje.kalau menulis je i try to potray me as if "i'm a good girl dude" not the real me yang bodoh-bodoh, suka control cun, gila-gila, pelik.bongek.haha! padahal dulu bukak blog sebab nak tulis pendapat pasal dunia dari kacamata sendiri (itu yang kepompong kupu-kupuku dulu) ngee :D

oh howw everything was changed.sedihnya.kadang-kadang kalau teringat the old me.and me myself and i sekarang pun rasa macam kesian.rasa macam kenapa dengan kau yen.apa susah sangat nak tegur orang?kalau dia kaya pun dia orang kan?kalau dia hensem pun dia orang kan?kalau she's drop dead gorgeous macam Angelina Jolie sekalipun.tu manusia kan?asal kejadian dia tanah macam you kan? tulah.kesian saya kan?

p/s :err motif sangat nak tulis macam ni eh

Thursday, January 20, 2011

Beg kandung

sneak peek

oh GILA....sekarang sudah pukul dua.menyudahkan kerja-kerja lukisan terperinci jamban eh tandas (??) gila kau!!besok Thaipusam pula.memang pulun kerana esok mahu tarik selimut puas-puas.mencukupkan tidur yang tak pernah cukup.oh ya.OT di public holiday (mind you its triple payment seh) tidak menggiurkan langsung berbanding tilam empuk beradu bantal berlapik satin.eh.HEBAT.huhai!

tapi sangattttt mengantuk, so rather than munch something, smoke or take a nap like certain of my officemates do whenever the body need to recharge after whole day in front of computer screen, i prefer to play around, messing around, and of course blog walking around which is kinda irritate me since it definitely the oblivious reason of my delay workload. (cam haram grammar!)

and here i find some interesting entry from a blogger about what inside his bag!teehee.so yeah.its inspire me (inspire??) to make an entry similar to his entry :P (again pardon my grammar.)

oh his LINK
MOHD HANIFF MOHAMMAD YUSOFF




APA ADA DALAM BEG SAYA!

mostly...sampah.since i find littering is a very bad habit one shouldn't have had. (ey annoying.cakap melayu lah jawa)

jadi secara asasnya.beg saya kandung sampah, sedikit kertas dan sampah, dan beberapa keping kertas bernilai yang boleh ditukar menjadi kfc atau nasi campur barang sebungkus dua dan sedikit cecair, dan sedikit sampah dan sedikit kertas.hohai!kertas je kau...mana lagu nya konon-konon Green Architecture tak tebang pokok.heh!pftttt.ey, kitorang recycle okay semua benda yang boleh recycle.kalau boleh sehelai kertas kena recycle 3 kali though the limit cuma dua!hohai!



cak!!dull nye hohai minah sorang ni.kan? >.<


ha.memang cuma ada ini saja.
wallet-mengisi kertas benilai.agar tidak mudah terkoyak.maka boleh membelah beli kfc.atau Johnny's 

eyeliner-oi.sekarang dah pandai lah sikit nak bereyeliner.kira wanita bekerjaya lah konon.heh

compact powder-basic lah.agak semua 'wanita' ada kot. :) (flawless skin tak kira aAa..)

henpon.tak sempat lagi nak beli baru eversince former handphone jatuh dalam lubang jamban (karma, malam ni tengah buat detail jamban eh tandas eh toilet eh whatever~ )

organizer-have to.kind of therapy and prioritize my hectic workload 

a novel i bought for RM10 at KL Sentral (Dinosaur Days by Jill Laurimore)

the best part!ever!heheh.RM10 PILOT stationaries (ok lah RM 9.90)
actually this set come with a Gel Pen and Ball Pen but i left it at home and my ball pen was with my colleague which is normally in architecture world, u may not see it again.eh u get what i mean kan?

i love how my organizer actually have a world map inside
super exciting!since i love Geography =)

they also have conversion table inside it which make my work life much easier and tolerable lah! :)


 note : u should bring a red ball pen, notes pad, 3 different color highlighter, scale, and sunblock to be a good assistant architect.U SHOULD ladies :)

k sekian sahaja.dari saya melaporkan dari bilik bekerja sebuah firma di Johor Bahru.


Friday, December 24, 2010

Disember, oh.Disember

Wah.sudah hujung disember.few more days and its 2011!voila. :)
Alhamdulillah. (whispering and hoping i'll still strong and healthy to go through sunny 2011.InsyaAllah.)

pelik ye.singkat je kan.dah nak masuk tahun masihi baru.the aura of celebration macam sangat hot dekat johor bahru ni weh. everyone's going for holiday!!!oh weeww.jealous lah sangat,SUNGGUH. tapi cukup lah cemburu tu kan.takdelah sampai demam nak balik jadi penganggur dulu (- -").haha. u guessed right!sebenarnya bila dah mention tu memang lah ada rindu dekat zaman carefree saya seorang pengganggur tegar!

Bila muhasabah balik memang banyak kot benda yang 'take for granted'.sangat banyak.sampai tak sedar Allah dah tarik balik benda tu satu-satu dari dalam diri, sedih pun ada lah.tulah kan.selalu lah lupa  the 5 things before comes 5 things."waktu sihat sebelum sakit".paling kerap lupa kot.suka sangat kot minum nescafe sampai kepala pening pusing, suka sangat kot tidur larut-larut malam kadang-kadang tak tidur nak siapkan 'so called' design works.suka sangat lah devote life dekat benda bukan-bukan dan tak patut sampai abaikan benda-benda wajib ni semua kot. (berapa banyak nak 'kot' sampai baru perasan banyak sangat pakai 'kot')

But, that was okay lah. At least Allah still spare me masa nak taubat. nak sedar diri.Alhamdulillah, that one i surely wont take it for granted.InsyaAllah, ingat-ingatkan lah ye.mana lah tau, dok sibuk kang tiba-tiba dah completely senile.ha!lagu mana?nanti sapa-sapa tolong lah jangan admit i dalam asylum pulak.heheh.okay yen.exaggerate lah pulakkk!!berani yen.BERANI!

oh 2011.instead of having new resolutions which surely  tak boleh nak buat or keep up sebab high expectation dekat diri sendiri. (haha yekk :P) i'd rather make it short and simple which is monthly 'to do list' starting from January.ngee :D

ini sudah semestinya benda baru yang sangat mengujakan (yekk!)
hah konon-konon P/S I Love You lah!haha

okaylah.as theraphy actually.doktor cakap, eh ahem..bakal doktor cakap..(yes..my ill are not confirmed by doctor in practice yet.so yeah!!hail to healthy and stronger me!) (- -,)

eh, kan bakal doktor kata kan,
"kena buat check list, then tick whenever done.or letak notes dekat depan laptop or meja tentang barang-barang yang sangat mudah misplaced itu.(ya itu.kunci.butang.fail).ini pon therapy gak
lagi satu, untuk lebih mudah.rajinlah membaca Al-Quran.petua sheikh Arab, memang tajam minda InsyaAllah.cuba k :)"

(haha dang.satu tembakan right through my brain.mana lah tak lupa, tak nyanyuk, kalau asyik lupa je kat Allah kan.baca Quran malas!!mana lah nak kuat ingatan tuh.haish yen.pastu kuat mengeluh.kuat membebel.ish.ish.)

actually writing have been my long times theraphy to distressed since i bukanlah hebat sangat nak sketch-sketch kalau stressed macam orang lain.stress je pastu siap satu bangunan.haha.nyampah ah.
tengok.i kalau cerita pasal architecture mesti stress.nampak sangat kena tukar bidang kan.nampak!
so sad lah me.i've to write this.sebab nanti tiba-tiba i lupa..i hope you.yess you...akan sit me in front of desktop and read me or make me read this to make me realize that my life actually is full of bubbles and colourful colours!     (o yeah?)

eh apa nak cakap tadi.lupa pulak.



Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571




Wednesday, November 24, 2010

Don Giovanni a.k.a Don Juan!

penduduk kelantan diminta waspada! gelombang kedua mungkin melanda!

haha tacky gila ayat buletin utama.ohhoo finally, sudah dapat broadband kembali.Alhamdulillah :)
tapi tiba-tiba tak tau nak cerita apa pulak. :)
okay-okay...

malam ini kita beremosi romantis.bisa?
maaf.ketagihan romanticsm belum surut

currently,oh no..malam ni..saya sedang study Don Giovanni (kejadah?)
okay-okay...
jangan lah marah...saya sudah kehabisan stok buku-buku maka terpaksa lah ku telah sahaja tulisan-tulisan internet.oh world's heaven!

Don Giovanni, as my 'tutor' described;

compared to Don Giovanni, all other existence is merely secondary.
WAH KAN?
He knows nothing of remorse.
His intellect is inflexible; he is an evil idealist
WAH KAN?
No earthly power can reform him; he can only perish
WAH KAN?

hee..oh ye..ye..anda patut baca dengan muzik ini sebagai iringan! lupe plak nak bagi tau tadi.soriii 
(^  ^)


                      
baik pergi baca balik!

cool kan Wolfgang Amadeus Mozart? (nama pun dah cool!!hehe)


oh ya..Don Giovanni.cuma satu watak.inspirasi.kepada Mozart.dalam opera agungnya.
dan ya..saya masih mendalami, Leporello si kambing hitam, Elvira, Anna, Ottavio, Zerlina dan Masetto


dan ya..saya prefer Don Giovanni berbanding Don Juan
lebih klasik..dan lebih real..


ada siapa-siapa boleh ganti my tutor Wojceich G. Lesnikowski?
i love to learn more :)

oh my,,saya benar kedengaran seperti diacu Liberal bukan?


Monday, November 15, 2010

Jiwa

ini BUKAN pengakuan ikhlas ku

mungkin kau sudah tahu
tapi dia belum.

oh jejak, jarak, terputus,
aku malah lalang
dibuai di tiup angin.

dia malah menjadi besi
seampuh pewaja
Lithium Amy Lee barangkali belum ampuh mengikis jiwa grunge nya.

Lamestain di bilang dirinya.
Aku bantah.keras.
Lamestain.kau sedarkah?

Mulut mu bicara sufi
Hati mu irama indie

Eh penat aku berdiri.
masih the girl next door aku kira
mungkin,
ya mungkin
You Just Havent Met Me Yet (oh versi michael buble itu pasti kau tidak sadar)

Lamestain menurut URBAN DICTIONARY  mengikut kaca matanya  (pemikir kanan ini kira) "Someone who is uncool or not in with current trends."  

Iye.mungkin aku yang lamestain.kau yang grunge.tidak lamestain. (penyalahgunaan tatabahasa).
tolong kau jangan menganggap dirimu begitu tidak boleh?iya.aku dengar nasihatmu.chop.aku nak duduk.betul,penat menjadi gadis pintu sebelah..eh, tapi curi-curi lihat, curi-curi pandang, meraup dalam diam sebenarnya menarik.terkesan.weh.sangat cool.baik lah.aku tidak lamestain.kau iya.hah kan :)

kau sedar.betapa engkau itu sebenarnya diam-diam menjadi MUSE orang ramai.aku.diri aku dan jiwa.cukup ramai kan?hah sekali lagi.lamestain kah kamu?perindu gadis kalis peluru?penyorak hatikolam (kah3)
eh.aku masih ingat, ah tak mengapa.SUDAH.

aku sebenarnya benci terpengaruh menjadi lain.maka aku anggap kau eh bukan,, menjadikan kau bahan perindu ku.hah kan! :)

Tuesday, October 26, 2010

Romantic Philosopher

Semenjak saya bekerja...
saya semakin mengambil serius keadaan sekeliling...
ye..baru muda usia bekerjaya saya
tidak boleh deras memutus simpul

tapi SUNGGUH!

saya rindu zaman sekolah.belajar...
sekarang baru nak rasa rugi tak belajar architecture betul-betul
RUGI...

because i've spent almost 4 years to learn architecture and yet...
saya boleh dikatakan sebagai 0
terpaksa belajar kembali
mendaki dari bawah.

eh dont worry..ini bukan entry keluhan hati.
i'm happy with my own fate :)

sekarang..melihat adik-adik praktikal itu (err adik-adik?)
saya yang merasa
rasa rugi mereka tidak merebut peluang di hadapan mata

baru terkenang barangkali dulu senior-senior di tempat praktikal
maksudkan ini
dengan "merebut peluang tak terbelajar di tempat mengaji"

BENAR.

saya sedang berfalsafah.
dirasuk puitis Romanticsm.

rebellion of poetry against intellectual

anak-anak harus dididik nilai moralnya.agamanya.
baru di dedah ilmu dunianya.

TRUE.

Romanticsm feels like a heroine.

**hey..jangan risau u no one..i tau lagi Romanticsm itu berakar umbikan apa :)

Friday, October 22, 2010

Magic October! ALWAYS!!

ok 22 OKTOBER.sudah masuk usia 22 empat hari...

mari lihat apa yang sudah terachieve..21 wish yang lalu...

eh ingat??

mesti lah tak ingat..dulu punya post mana ada orang baca kan?kan?  (- _-")

BAIK.boleh rujuk SINI.ya SINI

baiklah..ayuh potong dan comment.heee :D


1.tamat mengaji ikut waktu. (seriously memang tak larat dah!)   ALHAMDULILLAH..INI BENAR SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH :)

2.belajar satu bahasa asing
i.e;~tagalog
~france
~japanese        SUDAH!FRANCE!  "BONJOUR!!"  (PFFTTT)

3.belajar ice skating..HEH,TAK JEJAK-JEJAK LAGI PON TEMPAT ICE SKATING ITU.1 MALU

4.perkara ke 4 adalah perkara yang dah lama dan senang je nak buat tapi taktau kenapa tak buat-buat…actually saya sangat TAKUT tengok cerita hantu..so nak tengok cerita hantu banyak-banyak he..he..he..
HEH NAK MUNTAH-MUNTAH TENGOK CERITA HANTU SEKARANG.TAK SERAM LANGSUNG.NAIK HAIRAN KERANA DALAM SETAHUN INDUSTRI FILEM HANTU TELAH MERUDUM TERUK..TAK KISAH LAH...DALAM NEGARA KE..LUAR NEGARA KE.HAISH

5.nak jadi volunteer SEEKERS .siyes.(weh..apesal tiba-tiba tahap keberanian menjulang-julang neh???)
TAK SEMPAT LAH SINCE HETZEL TUNJUK VIDEO INI.



KANG TIBE-TIBE SAYA JADI BITCHES PLAK!MENGANGA..HAHAHA

6.tindik telinga…kesian kan, dah 21 tahun pun belum tindik telinga he..he..he
INI JUGA BELUM SEMPAT...(DAN TIDAK DI SEMPATKAN) TAPI BUDAK VERDUA ITU SUDAH (- _-") GERAM SEHH

7.mengurangkan tidur….sumpah..rasa macam bantal penoh berisi angin everytime bangun dari tidur yang panjang
ERR SUDAH BERJAYA RASANYA.TIDAK LAH BERJAYA SANGAT PON..TAPI KURANGLAH!YEAY FOR ME :)

8.mengamalkan gaya hidup sihat (no 8 baru kau letak gaya hidup sihat?patutlah tak sehat je kau ni.ha..ha..ha…)
8.1 minum 8 gelas air sehari BERJAYA!
8.2 berjalan 10000 langkah sehari OH SUDAH TIDAK DAPAT :(
8.3 bergelek sekurangnya 2 kali seminggu (yeeeehaaaa) HAHA ANGAN-ANGAN MAKAIHHH
8.4 7 hours sleep  DOUBLE YEAY YEAY :)
8.5 SIR.MILE=)  OH YEAH!!! :)   :)  :)

9.speak out my mind..sebab sangat banyak senyap apabila orang berkata sesuatu,,,,  ERR,DAH BERJAYA KOT??HEHE NEVER MIND..WILL UPDATE LATER BILA SUDAH PRESENT PROPOSAL KA.CONDUCT MEETING KA :)

10.nak belajar 21 resipi masakan arab..(apesal arab ar? ahahaha) TAK BOLEH PANGKAH!URGHH BARU DUA JE KOT!HAHA.OKEY2 NANTI I MASAKKAN U NASI ARAB DENGAN HALWA YANG AUNTIE SHARIPAH TU AJAR OK?NAK?NAK? TAKNAK!

11.nak menulis dengan lebih banyak..saya rindu penulisan…=) BERJAYA WEH!BANYAK JUGA SUDAH AKU TULIS..WEEHU!

12.belajar memandu..(aduh!malunya mengakui diri belum reti memandu walaupun usia sudah boleh mendapatkan seorang anak ecececeh)   WAH JUGA!SUDAH!RASSA BAGUSS!RASSA DEWASA!MIAHAHAHA LEMPANG LAJU-LAJU

13.belajar pakai eyeliner dengan mascara.maklum lah tangan tak bedung memang keras bab-bab melukih neh weee=)  EH BELUM LAH..BILA NAK JADI WANITA BEKERJAYA NI?? (- -")

14.kumpul duit nak pergi Jepun..eh tak…kumpul duit pergi Mekah dulu kan?kan?
PUN BELUM!TERLUPA...HUTANG PTPTN WAJIB DI BAYAR (- -")..

15.nak belajar baca not lagu,,,TAK BERJAYA.DAH BYE!

16.memperbaiki skill sosial ha..ha..ha..OK DAH ELOK SIKIT WALAUPUN PERGI TEMPAT BARU MESTI MULA-MULA MALU-MALU AYAM!HIHI LAMA-LAMA MALU-MALU HANTU.WARHAHAHAH

17.belajar jahit..so I can jahit dress I sendiri lah! HAA.TUKAR-TUKAR.TENGAH BELAJAR CROSS STITCH :)

18.pergi Sarawak lepas habis mengaji.heh tak sampai-sampai?? WAH!!TUNGGU AKU HETZEL!

19.hidup dengan lebih baik..megurangkan kadar pertumpahan air mata.. YE SUDAH :)

20.mula menabung…..melabur…..maklum lah dah tua-tua nih baru nak sedar BELUM.AGAIN.MULA SALAHKAN PTPTN.OH ALASAN 

21find ‘my other half” hehehe PUN BELUM.TADI ADA CUBAAN HENDAK MATCH MAKE I.TAPI KAN..ERR TAPI KAN..EH TAK MENGAPA LAH.TIBA-TIBA RASA COMMITMENT PHOBIC PULA!


TENGOK!tidak sampai separuh pun sudah tercapai!!
macam mana hendak buat 22 wish ini?aduyaiii


KESIMPULAN : ukur baju di badan sendiri.


ok bye Assalamualaikum!

Saturday, October 2, 2010

'Amuse'


ada beberapa perkara 'amuse' saya hari ni
1.pagi-pagi pergi tempat kerja ternampak satu sculpture di hadapan rumah seorang berada di kawasan pekan itu,,,eh ayat..

so i went through my 'archidicted blog' just for the sake of my "passion" for architecture :)
(see the inverted comas)
no really.saya takut sebenarnya saya lupa saya pernah belajar architecture
dan saya agak 'amuse' yang agak dalam juga cinta saya kepada senibina.

2.group muse itu sendiri..eh Muse lah! yeah i know you love them too.eh,no?


amazing eh?they really ARE brilliant.
or like stephenie meyer described them "-- And, finally, thank you to the talented musicians who inspire me, particularly the band Muse - there are emotions, scenes, and plot threads in this novel that were born from Muse songs and would not exist without their genius. --"

saya masih ingat bagaimana mereka dan MCR (eh termengaku pula mendengar MCR.hik) setia menemani saya zaman-zaman 'jaga sampai subuh siapkan model'
tapi mereka bukan 'muse' untuk design saya lah...

3.saya agak 'amuse' dengan cara orang desribed saya.hehe.ingat post ini? SINI
yeah saya tagged lagi 8 orang,dan sesetengah mereka telah menjawab tag saya!heh see i told ya..it's worth trying :)

ye..soalan no 16 minta mereka described tentang saya.dan oh.itu buat saya jadi 'amuse'.hee senag rupenya nak buat saya ter'amuse'

few viewpoints that amuse me is

:; Dy pandai bwt lukisan kejuruteraan waktue sekolah
:; Seorang yang periang dan pandai

:; beliau comel dan cute
:; "aku ingat beliau memula keturunan siam"
:; "beliau antara blogger yang agak kreatif"

:; suka kucing
:; creative person sebab ambik bidang arkitek

:; hantu niyang rapik!

:; merempit
;; pelanggan tetap Barra

:; comel

seriously.saya tidak akan comment tentang tafsiran2 mereka terhadap saya.tidak walaupun ada beberapa comel di situ..hehe terima kasih.alhamdulillah..

cuma itulah.ya..pandangan mereka tu buat saya 'amuse'
its true when they said ''it small matter that matters''

okeh sekian cerita 'amuse' saya untuk hari ini

i hope u enjoy reading and thank you very much.

eh tumbok laju-laju kang..dush.dush

Sunday, August 29, 2010

Entri Merdeka.Jangan Komen.Jangan Baca

Sewaktu saya di tingkatan satu..saya diminati seorang pemuda berbangsa India.Pathiban (mungkin nama sebenar) namanya.Saya masih ingat dengan jelas..yang dia pada suatu hari datang kepada saya tersenyum menampakkan barisan giginya (giginya adalah feature utama mukanya yang masih saya ingat hingga kini akibat kontra dengan warna kulitnya ngee.)

Dia cakap dengan jelas dan terang, “Saya suka awak”.saya lantas kelu.maklum zaman cinta monyet siapa tidak suka di bilang begitu walau pun dia berbangsa India.(ya..gelaklah kau racist!) Pathiban kalau di banding dengan Farid Kamil atau Shah Rukh Khan pasti jatuh ke tempat paling bawah..tapi dia dalam kalangan rakan sebaya berbangsa India saya kira seperti hero filem tamil lah..Kamal Hassan versi kulit Rajnikhant.kerana sejak-sejak dia beritahu dia suka saya kawan-kawan perempuannnya dok pakat jeling saya hari-hari nok!saya pun tak arif sebabnya.(bukannya saya terima cinta Pathiban pon..wakaka)

Satu perkara paling tidak boleh saya lupakan tentang Pathiban dan saya ialah soalan seorang rakan saya kepada dia..waktu itu saya dan rakan di kaki lima bangunan sekolah.Pathiban di hadapan kelasnya mengacau-ngacau,mengusik-usik saya

Rakan saya : kenapa awak suka dia? (merujuk kepada saya)

Pathiban ; senyum-senyum

Rakan saya : Mana boleh suka dia..dia Islam awak Hindu

Pathiban ; x apa nanti saya boleh masuk melayu..

cukup di situ saya gelak.dengan agak kurang sopan.kerana kawan saya kelu.kaku.

see..agak sinonim kan? melayu=islam

sekarang..9 tahun sudah berlalu.saya masih ingat.masih segar akan peristiwa itu.cuma kini saya dah tak mampu ketawa untuk memori itu..

cuba...

jadinya..saya berkahwin dengan dia..pastinya orang keliling mengucap syukur.mengucap tahniah.saya berjaya mengislamkan dia..

cuba..

jadinya..saya mengikut dia..berkahwin dan memeluk hindu (nauzubillah)..pastinya orang keliling menghasut ibu bapa saya..berkata pasti saya telah diguna-guna,diberi samsu india.terlupa hakikat CINTA

see..agak sinonim kan? melayu=islam= superstitious (certain)

cuba...

jadinya..anak-anak saya mengikut rupa dia.pasti kelak anak-anak saya ke sekolah dicaci dihina.anak keling..anak keling..terlupa.dulu nabi menjadikan bilal seorang sahabat dari seorang hamba..

cuba..

jadinya..saya berkahwin dengan Peter Abdullah.dari Amerika..pasti anak-anak kamu,kamu, dan kamu juga berebut nak berkawan dengan dia..Pan-Asian katanya!

see..agak sinonim kan? melayu=islam= superstitious (certain)=apartheid

lihat.sinonim tidak bererti sama.tidak bermaksud definitely.

melayu=islam= superstitious (certain)=apartheid

CUKUP LAH ITU UNTUK 53 YANG DAH LALU.

mari bina Melayu baru!

yang idealnya di mata saya

MELAYU=ISLAM=PERIKEMANUSIAAN=SAMA DI SISI NYA!

selamat tidur.53 lalu.selamat bangkit untuk esok

(moga ada lagi esok untuk aku,kau,dia dan kamu.)

Wednesday, August 25, 2010

Undiscovered me!

seorang kawan tag saya di satu post facebook nya semalam..video dari youtube asalnya.saya tengok..tengok..tengok..dan oh..tidak dapat berhenti tersenyum (taktaau lah apesal kan)

mungkin :
1.karikatur manusia lidi itu
2.lagu itu sangatlahh James Morrison :)

ok.ini videonya untuk kamu enjoy orang ramai!


lagu ini menjadi lagu di dalam filem 'She's out of my league'.saya google dan baca review filemnya.common story.tapi macam comel.so nak cari lah :)

mood : comel-comel

Friday, April 24, 2009

hidupku

orait..
kalau ada satu benda yang sangat aku perlu dan dambakan sekarang ialah :
~ 'hidup' saya

sape-sape yang ade jumpa.tolong bagi tau macam mana aku boleh mendapatkannya kembali.

PLEASE!!

Friday, February 20, 2009

kepompongkupu-kupuku

finally
after all the inspiration given..
(terima kaseh kepada maznah,lala)

why kepompongkupu-kupuku?
sebab aku cuba melihat dunia dari sudut kecil diri aku dengan perspective seluas pemandangan kupu-kupu yang terbang bebas..
alam itu indah...








ini semua orkid mak-see itold u..alam itu indah