Friday, February 18, 2011

Freak

perut lapar.okay sekarang sudah hampir jam 1 pagi.
masalahnya bila saya dengan internet.
memang susah hendak tinggal.kadang-kadang liat adalah perkataan yang tidak sesuai.
berakar umbi lebih tepat.

lepas tu dekat telivision tengah tayang lagu 'sepohon kayu' pula.
adeh.tepek dekat dahi sekali.
"supaya Allah menjadi sayang..kami bekerja hati lah riang"
hoh.haruslah esok rangkap nih sangkut di minda selama 9 jam waktu bekerja.heh.
naif kan?

okay.tahu apa yang teruk?
teman sepejabat sekarang bukan main lah giat mengusik saya sebagai 'gadis dengan berat lebihan 5 kilo'
aduhaii.mentang-mentang lah saya seorang yang akan senyum sahaja.
sebagai seorang gadis adalah bohong sekiranya saya tidak terasa.
tapi adalah bodoh kepada diri saya juga jika membiarkan usikan-usikan itu masuk ke dalam akal tunjang saya.kan? (ya saya tahu anda bersetuju)

oh ya, my long term best bud sedang bercuti dengan enaqnya di malaysia.
sebab akan kembali ke Mesir dijangka awal bulan Mac
saya harap dapat bertemu beliau sebelum keberangkatan nya pulang ke sana.
hajat bertemu ada isi.
hehehe.

dan ya.firma ini sedang mempertimbangkan hendak mengambil lagi seorang 'bunga' untuk menghias di taman.pftt.
baguslah.benci saya kena buli je okay!
siap lah kau budak!!bersiap sedia untuk menangis.hahaha

and.urgh..selsema semakin teruk
demam tak kebah-kebah
esok bercadang hendak ke pasir gudang
tengok layang-layang
dah bai!

Wednesday, February 16, 2011

tuan.

tuan...
ampunkan bicaraku..
angkuh nadamu
kiranya memang aku bukan jagoan..

tuan..
barangkali mentah lakuku
bawa jelek padamu..
tapi aku tidak bertuan kan mu

tuan..
rangkap ini..
kukarang bukan untuk mu
jangan kau tarik senyum bongkakmu..

maafkan aku tuan-tuan hati bertuhankan syaitan.

Sunday, February 13, 2011

Niat Angan Minah Jenin

saya tak tulis lagi azam februari kan? hehe

baru-baru ni rasa cemburu sangat dengan wanita bijak.bijak yang super bijak. dan cantik pulak tu.
bila cemburu tu, ada orang ingatkan. "dont envy, compete!"

heh betul lah. nak cemburu kenapa kan? useless. lebih baik menjadi diri sendiri dan terima diri sendiri.terlupa goal dalam hidup ni apa. kadang-kadang bila keadaan macam ni jadi dalam hidup, the only solution yang boleh fikir untuk pujuk diri sendiri cuma review balik niat tu. awak nak jadi cantik, bijak, matang, kaya, sebab apa? sebab siapa? untuk orang lain? untuk mak abah? untuk boyfriend? sebab apa? sebab diri sendiri? okay then tanya diri sendiri..kalau saya dah duduk dekat tahap perempuan bijak yang lawwar itu..will you satisfied? mesti tak kan. sebab lepas tu mesti nak jadi lebih pulak dari perempuan cantik yang bijak tu (sekarang dah jadi cantik dulu hehe) naa. so tak kan cukup kan? so cuba review balik, eh tak, cuba betulkan balik niat tu, instead of nak kepuasan diri sendiri..cuba capai sebab nak redha Dia.(Allah S.W.T pastinya)..

naa jangan kata nak ceramah ke apa lah.tapi sebenarnya bila kita buat benda sebab yang terang macam tu.lebih tenang kot hati ni..macam contoh saya nazar if i grad ikut  masa, saya nak puasa seminggu berturut (eh boleh ke cerita ni?) then Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan (though i believe it was my mom's doa that made it happen- under Allah will).so sekarang kena lah bayar nazar tu kan? rasa macam berat. tapi bila kita buat benda mintak redha Allah ni..rasa mudah je.sekejap je dah habis seminggu tu. (saya sound macam ceramah kan?sorryyy)


lepas tu berangan nak boyfriend kaya, baik, beriman sebab apa? sebab nak menumpang? instead of finding the perfect boyfriend why dont you be a perfect girlfriend right? terus laju-laju ingat cerita orang pasal "would you marry you?" hah terduduk hang! mesti lah rasa berat hati sebab diri pemalas, kuat tidur, kuat nangis. the theory was simple actually.reflection.if you think you deserve that kacak guy who went to the mosque every fajr prayer. think again! are you worth that much?reflect!reflect! 'lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya'!!


lepas tu berangan nak jadi arkitek terkemuka ada firm sendiri so that boleh tolong adik beradik cari rezeki..itu ke goal utama u nak jadi arkitek? pastu senyap-senyap teringat doa waktu tingkatan 3 "kalau saya jadi arkitek saya nak tolong orang miskin bina rumah yang affordable untuk mereka duduk" lepas tu rewind balik eh nak tolong adik-beradik ke nak tolong orang miskin.ya, both pun niat yang betul, niat yang ikhlas kan? tapi sekarang priority awak sudah di mana izyan? haa. kena betulkan tu kan.tu tak kira lagi secret wish nak gaji naik paling koman pun RM300 setiap 6 bulan.(hahhh over kau) maksudnya banyak benda yang saya niatkan sekarang dah menyeleweng dari niat asal. kena betul kan lah kan? so turn balik hadap kat Allah lah semula. such a relief kan? asal wat salah je turn to Him mintak betulkan, luruskan jalan kita.Sweet =)

saya tahu..dua tiga minggu lagi mungkin saya akan tergelincir balik dari apa-apa yang saya cakap harini. saat ni. tapi saya pun manusia biasalah. manaada yang sempurna. and as much as i wish benda ni melekat dalam kepala (intention-niat-nawaitu mengejar redha Dia) sampai bila-bila..kadang-kadang saya kalah dengan godaan syaiton. worst saya gagal dengan emosi nafsu saya. (aduh sound angelic lah pulak) tapi setidaknya i make an effort to write this so manala tau nanti-nanti saya lupa ada orang ingatkan "cuba kau baca balik entry kau yang bulan february 2011 tu.cuba BACA!tak malu ke wat perangai macam ni?" haa macam tulah harapnya.kan kena pesan-pesan.

so my resolution for february senang je.satu je.

-stop trying too hard, to be somebody else.

 k, chiaow =)

Public Figure

Assalamualaikum and good morning, sebenarnya nak buat konon-konon disclaimer dekat blog ini. tetapi tiba-tiba oh, tersentak dengan satu suara (hati) mengatakan itu semua poyo. poyo gila.heh.awak menulis ni kenapa sebenarnya izyan? bukan nak sharing ker?? (hey memang lah kau menulis untuk kepuasan diri but u enjoy the audience sebenarnya kan?) no? (tipu!) awak ni izyan sebenarnya bak kata seorang kawan G.E.D.I.K kan. (baiklah mengaku) kalau tak gedik dah lama dah private blog.tulis sorang baca sorang. baiklah saya mengaku saya suka attention kamu.terima kasih peoples!

sebenarnya bila dah terfikir nak buat disclaimer tu, baru terfikir, pasal artis-artis dan cetak rompak. eh terfikir sebenarnya benda jadi hal sebab copyright kerja tu jadi hasil cari makan kan. sebab tu rasa tersinggung gila bila ada orang tiru ka, kopipes kerja kita. sebab benda dari otak ni ingat senang ke nak kuarkan? lagi kalau kerja dekat creative industries. fuhhh memang berasap lah nak keluarkan idea gila-gila pastu nak kejar dateline lagi. fuhhh memang azab la kalau ada orang lain senang-senang je tiru hasil otak akal kita tu kan?kan?kerja kitaaa tu. otak kitaa tu,, terlupa jap yang akal kita tu siapa yang kurnia? (dah jawab sendirik) but again i pun taknak jadi makhluk yang nak senang-senang je patah hujah, teori dan opinion orang sebab 'alasan i alim u kena dengar cakap i nii'. sebab Allah pun tak bagi la kita fikir lagu tu.benar tak?

okay. menjadi sebahagian dari 'creative people' (perhatian quote di situ ya) yang bekerja dalam 'i'd love to say abusive rather than creative industries' saya adalah sangat aware kot dengan aktiviti tiru-meniru nih. especially time belajar. ceh bersepah lah kot plagiarism. since benda ialah abstract and kadang-kadang anda di judge base on your end product..susah kot nak differentiate benda tu betul ke dari kita or adalah ambik idea member tu sikit..member ni sikit. (heh i cakap base on experience kay. i memang suka pun tengok kerja member yang terer. inspiration (tiru?) nak menggoreng.haha) dan masalah akan timbul bila ada orang notice kerja you ni sama lah macam si polan nih (si polan merujuk kepada studiomate yang dapat design A je.tak pernah B , ngehngehngeh) haa time ni lagi teruk kalau si polan tu melatah. melatah mengikut definisi pusat rujukan persuratan melayu (melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb) maksudnya. pardon him, dia tak sengaja okayy sebab dia terperanjat!! kau tiru kerja dia. heheh.but again, tiru ke?? si pelaku sahaja boleh jawab kan? kadang-kadang benda kita buat absent minded lah. tahu tak pemikiran pra sadar tu apa? tahu tak perkataan unconsciousness tu berasal dari apa? gi google kalau taktau ye.

kadang-kadang kita cakap, "oh saya dapat idea ni dari dalam mimpi encik, semalam saya mimpi saya makan jelly dengan krim kastad dengan altromen dan lady medusa sebab tu dapat idea api-api dengan rumpai laut jadi bangunan bentuk piramid kaler krim ni encik" ceh, padahal semalam kau baru pas tengok lantern kawan kau lawa gila bentuk 3d segitiga.pastu kau tengok bangunan hospital yang Hijjas design tu lawwar gila kaler krim.tapi bila dah goreng-goreng tu..mana nak ingat dan mana boleh cakapp kita dapat idea tu dari situuu.meniru tu namanya! and again. mana boleh meniru kalau creative industries kan?kan? absurd!

tapi teringat pula seorang pensyarah gue kata "takpe, mula-mula memang lah macam tu..star architect tu pun ada tiru-tiru kerja orang lain jugak" (not exactly macam tu lha beliau cakap tapi maksudnya seperti itu dari pemahaman saya) so cheers lah guys. i rasa tak payah pun nak melatah-latah ni kalau ada orang kopipes kerja kita yang sebenarnya kita ada ambik idea orang jugak.kan? betul ka kita boleh claim benda tu memang 135% idea kita? basically luahan rasa kita? i doubt nabi Adam je kot boleh kata macam tu.hehe.sebab kalau u nak claim benda tu memang u yang lahirkan memang tak boleh sebab perkataan-perkataan tu mesti lah ada orang terdahulu pernah pakai kan?kan?

okay benda yang nak highlight kat sini sebenarnya bukan copyright ke apa. sebab semua pun tahu. globally accepted yang plagiarism is a big NO.forbidden.

in fact dalam Islam sendiri pun Allah melarang kita mengambil hak orang lain kan?apa tu hukumnya adik-adik? Haram kan?kalau haram tapi kita buat dapat dosa.setiap dosa akan dapat apa? ya pembalasan dari Allah.tapi ulang balik apa yang kakak dah cakap tadi, pemikiran separa sadar. kalau kita buat apa hukumnya? kakak pun tak tahu apa hukumnya. tapi one thing worth to ponder

"Sesungguhnya sesuatu yang halal dan haram itu nyata dan antara keduanya itu syubhah (samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia"  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

eh, baik la, mungkin boleh mengurangkan kopipes dalam assignment sekarang. (- -'')

berbalik kepada highlight topic..sebenarnya nak cakap pasal penerimaan bila dikopipes ya.(eh bukan nak cakap pasal disclaimer ke tadi?hahaha inilah namanya design lari niat) maaf intro kopipes panjang gila and sorry,,,we're not talking about your copyright is your copyright, you cannot kopipes me meh sebab nati i marah nak mencarut nak melatah ops terkejut oh mak ada orang tiru kerja i lahhh! haa todia.chill lah.kenapa nak marah-marah sangat orang tiru kerja kita? nak maki hamun orang tu? apa motif? motif bagus? i rasa okay je..i rasa artis-artis tu, despite their anger towards pelanun-pelanun cetak rompak...dia bangga je sebenarnya album dia kena cetak rompak. maksudnya laku lah album tu. ada permintaan kan? tapi kadang-kadang siap ada nak buat drama air mata sebab kena cetak rompak.aish.aish.aish.betul ke lakonannn tu? oh betul eh? o oakay.ala. nama pun public figure kan. sapa suruh tulis blog kalau taknak kena kopipes?awak kan public figure.kalau taknak kena kopipes never publish your work at blogspot at the first place laa.

ini luahan rasa saya saja. cuma agak kelakar la dengan others yang menggelabah gila kalau tulisan dia kena kopipes ka..heh dysfunctional lah right click.apa susah? kata terer. technolgy advance. dan oh ya! memang. MEMANG benda ni tak pernah jadi kepada saya.boleh lah cakap. ye tak?

k chiow!

(sila baca.ini coretan untuk goldilox yang tgh lifeless hahaha dan untuk diri sendiri yang dah lama tak merapu meraban)

okay bye. :)

sila abaikan ayat di bawah, ia untuk diri sendiri sahaja.tapi nak tulis jugak.sebab nanti mesti senyum sorang-sorang bila baca entry ni pada 2 tahun lagi.haha insyaAllah


"tell someone you love, the magis is the music on Radiofm90"


hehe.yeah.harmless flirt, short span romance, memang boleh buat gila. tapi. give me chance lah. enjoy your life at the moment kan? muda pun muda lah.ada saya kesah? (ADA!) hehe.awak memang sangat comel lah budak! i cant resist ur seduction (cehhh memandai je seduction.kejadah.)


Allah ampunkan dosaku (- -')

Etika Entry

okay, asyik merapu agak boring kan? rasa nak menangis kan?hehe

baiklah.pernah kah anda pergi ke majlis kahwin, kemudian tiba-tiba rasa out place? pernah? sebab saya baru pulang dari majlis kahwin anak jiran merangkap bff sekolah rendah kakak tadi. Alhamdulillah. segala berjalan dengan lancar dan member tu selamat menjadi seorang puan dengan sekali lafaz nikah sahaja.

eh tak..tak..saya tidak bercadang hendak membuka cerita jodoh ke atau 'mak saya nak kahwin'.tak.Bosan kay (note capital B).cuma...kalau kita pergi majlis kan, suppose to dress up according to the events lah kan? i mean kalau pergi majlis kenduri tahlil or doa selamat...kejadah nya nak pakai mini skirt dengan tube kan? i bet kalau perempuan liar mana pun tak sanggup lah nak masuk majlis gaya tu unless dia memang 'ada aku kesah' punya orang.tapi saya memang jahat (warning awal) kalau ada tetamu macam tu datang majlis tahlil di rumah saya, saya akan menghadiahkan kain kapan kepada beliau. okay over. mungkin sekadar jubah atau baju kurung agar nampak lebih sopan.its a matter of respect ya.kalau tak respect tuan rumah. tolong respect majlis dan tetamu-tetamu majlis.

tapi! bagaimana pula halnya untuk tetamu yang over dressed? sampai "oh, ingatkan pengantin tadi" ha, todia... itulah cik kiahhh, tadi tu ada pulak mamat ni pakai baju putih siap sampin siap butang baju melayu penuh lima. tinggal nak tambah songkok senget bubuh kerongsang batu permata ja..heheh haa saya puji lah his effort to dress accordingly. rare kot sekarang nak jumpa orang lelaki pakai baju melayu siap kalau pergi majlis kahwin..abang ipar pengantin pun pakai baju melayu seluar slack saja..tapi mamat ni. dress up macam dia yang nak menikah pula.aduiii. parah weh kalau sampai tok kadi pun tersalah orang nanti, haha!okay.pakai baju melayu.cun.pakai baju melayu kaler putih. putih pearl, putih baju sekolah, putih colgate tak berapa cun sebab anda tetamu. dan anda pengiring pengantin lelaki. okay mungkin tu baju masa anda menikah so anda rasa sayang kalau nak simpan baju tu dalam rak je.so what? tu tetap tidak mensesuaikan anda berpakaian begitu ke majlis orang ya encik.dan lagi tak sesuai sebab i ingat u lah pengantin lelaki!! miahaha.dah bye!

Friday, February 11, 2011

Jangan Baca nanti menyesal..

restless night cause by cloudy dreams, err no.nightmares, err no. cuma mimpi biasa tapi tidak detail. i mean. susah. sebab dia tak detail.maka dia menyakitkan kepala bila kita terjaga.and the feeling wasn't mutual since ada kurang lebih..ermm 5 kali lagaknya terjaga akibat mimpi seperti itu.weh penat.and it lead to unproductive day at work which is not good.

sebab akhirnya akan end up merapu-rapu di blog pada petang jumaat.which is not good jugak sebab eh memang tak elok kan cakap benda sia-sia ni.haha.see, clearly tengah lost kan?


okay-okay kalau nak cakap betul-vetul, i mean vetul-betul punya, these past few days memang ada benda tengah mengacau jiwa otak raga fikiran.bukan lah.nothing personal and nothing too public cuma bila persoalan-persoalan tu timbul kat benak ni, memang payah lah weh.tak reti nak jawab..sebab soalan dengan diri sendiri.maka terlalu banyak conflict of interest. bila kita nak cakap benda tu "yes i did" but maybe (i said maybe okayy) i did it the wrong way, so benda yang sepatutnya jadi macam ni turn out jadi macam tu.okay tak faham kan?

cuba bayang anda tengah nak masak maggi goreng.mamak way, so patutnya  tumis rencah dulu baru bubuh maggi yang dah dicelur kan (eh macam tu ke mamak buat?) pastu half way you tengah tumis rencah tu, you baru perasan maggi tak celur lagi. so you pun bubuh air dalam kuali tu, then masuk maggi.tunggu sampai kering.goreng kering hati kering maggi kering whatever tapi end product memang jadi maggi goreng lah kan?
the question now is, cara you tu betul tak?end product you tu jadi tak macam yang awal-awal you bayangkan?sedap tak?eh apa?mana ciliii.mana ayam.oh nak bubuh telur dadar ke nak masuk telur dalam maggi????

nak tambah lagi pening. u actually goreng maggi tu nak bagi dekat somebody makan.to please that somebody that you actually can cook.and you desperately hope 'that somebody' like it.heh.bayangkan sekaranggg!!

susah kan?and mungkin the situation yang saya tengah hadapi sekarang cuma 1% je dari metafor yang saya suruh anda bayang itu.

haha.worst, these past few days,pergi kerja memang rasa macam pergi masquerade party. hari-hari pakai topeng.dan topeng tu hari-hari tukar.kejap vendetta lah.kejap altromen lah.kejap sifu panda.kejap queen elizabeth, sok-sok nya jadi two face pulak.makaaiii parah weh.parah!

betul lah.apa ayat sentimental tu? "muka gembira riang ketawa, dalam hati siapa yang tahu?" betul tu.but i refuse to let my emotional feeling meeling affecting my life now since it's not good. so that's it!

hah lega sikit dah cakap :) 

okay, i know u read my blog sis.so please dont tell abah or emak about this.ni memang takde kaitan langsung dengan kerja ke, rumah sewa ke.in fact.i love my job and my colleagues treat me well, very well actually.and tok cha memang superb lah.pagi ada sarapan.petang ada dinner.so dont worry.that's why i gain another 5kilos as if yang sedia ada tu tak cukup (ada ke.patut kalau aa masalah lah berat badan turun eh?haha) 

tapi.mungkin betul lah kot.mungkin betul.i'm 23 this year.dan tengah menghadapi mid-life crisis.urghh.not good-not good.somebody help me!help me!

okay.mintak maaf lah.pasar habis.sebab benda pusing-pusing dalam kepala.dah tak reti penggunaan grammar bahasa Inggeris dengan tatabahasa Bahasa melayu.cikgu tolong jangan marah eh.kepala i tengah pusing.sorry.

Thursday, February 10, 2011

lost.

hantu mana lah yang kejar

dalam keramaian pun aku masih merasa kosong

kau bukan hantu
kan?