Gadis sedang menikmati sarapan pagi bersama kedua oran tuanya.Gadis itu berasa sangat tenang kerana rumahnya sudah berkemas dan kain basuhan sudah bersidai.
Ketenangan gadis bertambah lagi apabila adiknya sudah keluar mengikut rombongan marhaban di kampungnya.Kakak gadis pula keluar ke bandar bertemu teman.Tambahan pula tetamu belum berkunjung untuk beraya.
Sedang gadis berborak bersama orang tuanya tentang kehidupan kampusnya,telefon gadis berbunyi!
Gadis berkejar-kejar mendapatkan telefonnya.Orang tua gadis hanya menggeleng kepala melihat tingkah anak dara mereka yang bongsu. 'Macam budak' getus bapa gadis.
Selepas melihat nombor yang tertera di skrin gadis menjawab pangilan telefon
Gadis : Hello Assalamualaikum,,
Rakan Gadis : Waalaikumsalam..Gadis! nak beraya dengan kami??
Gadis : (muka girang) Nak.nak.bila?
Rakan Gadis : Lepas zohor.sekarang kami di rumah Cinderella
Gadis : Okay..
klik.panggilan dimatikan
Gadis segera memberitahu kedua orang tuanya tentang rancangan nya hendak beraya
kedua orang tua gadis mengangguk memberi izin selepas gadis memberitahu hendak beraya dengan teman-teman sepengajian di menengah rendah.
Selepas zuhur ibu gadis menyuruh nya ke pasar sebentar membeli barang keperluan membuat kek buah.Gadis yang baru sudah solat mengangguk seraya berkata "baik bonda,nanti gadis nak isi minyak motorsikal sekali untuk pergi beraya ya bonda ya??"
Lalu gadis pun pergi ke pasar..setelah membeli keperluan membuat kek dan mengisi minyak motorsikal,gadis segera pulang kerana berjanji dengan rakan selepas zuhur.sesampai di rumah gadis melihat sebuah kereta dan tiga biji motorsikal di laman rumahnya.
Gadis masuk dengan gembira kerana pasti rakan-rakannya sudah tiba.Selepas masuk rumah gadis segera meletakkan bahan-bahan kek di dapur dan bergegas ke biliknya bersalin tudung..gadis melilit tudung dengan kemas dan memakai bedak.Gadis membelek penampilan dirinya yang berbaju kurung di hadapan cermin beberapa kali untuk memastikannya nampak kemas dan teratur di hadapan rakan-rakannya.
Kemudian gadis segera keluar ke ruang tamu mendapatkan rakan-rakan dan kedua orang tuanya.Sebaik sampai di depan gadis melabuhkan duduknya bersebelahan ibunya.
tiba-tiba gadis ternampak 'sesuatu'.
'sesuatu' tersenyum..
air muka gadis berubah secara mendadak..
gadis sungguh tidak menyangka 'sesuatu' ada di rumahnya,,
dengan kehadiran kedua ibu bapa gadis pula!
BERANI KAMU!! ungkap hati gadis
kemudian ibunya menegur "eh,rakannya datang tak disalami?"
Gadis tersipu-sipu mendengar teguran ibunya.perlahan-lahan gadis bangun menyalami seorang demi seorang rakan-rakannya.apabila terpandang 'sesuatu', gadis cepat-cepat memalingkan mukanya.
Tiba-tiba gadis rasa malas hendak pergi beraya.tiba-tiba gadis rasa sakit hati.sampai hati rakan-rakannya tidak memberitahunya akan kedatangan 'sesuatu' dalam rombongan mereka.
Namun gadis cepat-cepat tersedar,bukan semua rakan-rakannya tahu sejarah gadis dan 'sesuatu'. Gadis tidak patut sakit hati dengan rakan-rakannya.Gadis perlu minta maaf terhadap mereka.MESTI!
Setengah jam kemudian, rakan-rakan gadis bangun seorang demi seorang bersalam dengan kedua orang tua gadis kemudian gadis.Masing-masing menghulur salam hari raya dan kemaafan.Gadis turut tidak melepaskan peluang bersalam dengan rakan-rakannya dan meminta maaf zahir & batin.Namun gadis pura-pura tak tahu dan pura-pura tak nampak 'sesuatu' .
Kemudian gadis meminta izin kedua orang tuanya untuk pergi beraya.tidak sampai hati gadis melihat muka rakan-rakan nya yang telah sampai jauh-jauh ke rumahnya hendak mengajaknya beraya tetapi gadis hampakan.
Gadis kemudian masuk ke perut kereta rakannya.sebaik kereta bergerak,perasaan gadis berubah tenang semula.rakan-rakan adalah pengubat duka gadis.mereka buat gadis gembira dan tertawa walau tidak tahu apa yang melanda hati gadis.
Destinasi seterusnya ialah rumah thumbelina.. Thumbelina kurang sihat,begitu yang di khabarkan rakannya.Namun sebaik bertemu thumbelina,thumbelina sudah kebah dari demam dan thumbelina akan ikut beraya! yea!gadis gembira...
Sedang thumbelina bersiap-siap, gadis menerima SMS.Gadis tanpa prasangka membuka SMS.Alangkah terkejut gadis,SMS dari 'sesuatu'.
'sesuatu' : tak nak tegur sesuatu ke?
Gadis tiba-tiba sentap! Gadis terus SMS rakan yang tahu kisah untuk melepaskan rasa geram dan marah
Gadis :"Pergi beraya bersama rakan-rakan sekali ada 'sesuatu' WTF kan?"
Rakan Gadis :" Ala..gadis tegur je cakap hai suda.."
Gadis : "Thanx for the advice sayang!"
Rakan gadis : "Gadis..gadis..orang pergi beraya..gadis mencarut-carut pulak"
Gadis : "Ha..ha..ha.. tau tak apa, hilang paha la beraya gadis"
Kemudian gadis pun SMS'sesuatu' "hai!"
'sesuatu' balas "haiiiiii" Gadis buat muka,dalam hati berkata "wtf?" gadis harap'sesuatu' nampak reaksi gadis kemudian gadis memutuskan tidak membalas SMS'sesuatu'
Gadis buat muka ala-ala biasa walaupun hati gadis sakit.Kuih raya yang digemari gadis iaitu tempe goreng pedas rasa tawar.Sedih gadis di buatnya.
Selang beberapa minit,Laila Majnun mengajak gadis ke rumahnya dahulu untuk Laila Majnun bersiap menerima tetamu. (destinasi beraya selepas rumah thumbelina ialah rumah laila majnun)
Gadis segera bersetuju..
Sebaik menyarung kasut raya dan bergerak setapak dua tapak
ada suara menegur gadis.gadis menoleh.'sesuatu'!
"gadis!berkilat kasut.."
wtf?
gadis rasa marah meluap-luap.
kenapa 'sesuatu' ni? cari pasal ?peduli apa kalau kasut gadis polish ke,merah ke, biru ke?
ada gadis kesah????tak ada tahu!!!!
walaupun marah, gadis mengamamalkan cara orang bijaksana
gadis lantas mengucapkan "terima kasih"
dan berpaling ala-ala model syampu lalu melangkah pergi.
Sesampai di rumah laila majnun, satu lagi SMS gadis terima
'sesuatu' : "Gadis masih marahkan'sesuatu' ya?"
gadis : "kamu berhutang penjelasan terhadap saya"
'sesuatu' : "bagaimana hendak jelaskan?gadis tidak pernah beri'sesuatu' peluang"
gadis : "peluang?maafkan gadis..tapi pertamanya apa'sesuatu' kisah kalau gadis maafkan'sesuatu'atau tidak.keduanya, tegasnya'sesuatu' tidak berhak mendapat peluang kedua.tegas cakap.tidak gadis berbohong."
'sesuatu' : cakaplah gadis, apa yang perlu'sesuatu' lakukan untuk gadis maafkan sesuatu. 'sesuatu' sanggup buat apa sahaja untuk tebus salah'sesuatu' terhadap gadis.
Gadis rasa bosan.tiba-tiba gadis rasa gadis duduk di dalam alam drama melayu.sudahlah sakit hati,kini rasa nak muntah pula.gadis pusing-pusing kepala fikir ayat drama kemudian menaip ayat yang terlintas di kepala gadis.kemudian gadis gelak seorang-seorang membaca SMS yang berbunyi
gadis : sudahlah'sesuatu'. bosan tahu SMS dengan'sesuatu'ni.rasa nak muntah.ada caranya...sabar.mungkin itu sahaja caranya untuk gadis maafkan'sesuatu'.mungkin tahun depan atau tahun depan tahun depan gadis akan maafkan'sesuatu'.
waktu gadis menaip SMS itu..gadis dan rakan-rakan telah keluar dari rumah peter pan (rumah selepas rumah laila majnun) dan bergerak ke rumah puteri diana.
mungkin kerana takut dengan gertakan gadis'sesuatu' tidak lagi menghantar SMS.gadis gembira kerana kepala otaknya tidak di bebankan lagi dengan perkara memualkan.
selepas rumah puteri diana..gadis dikejutkan lagi!
rumah seterusnya ialah rumah'sesuatu'!
OMG!! desis hati gadis.ini tidak boleh jadiiii...
gadis berfikir-fikir cara untuk mengelak ke rumah'sesuatu' namun buntu.
akhirnya gadis memutuskan untuk pergi sahaja ke rumah 'sesuatu' dan berlagak biasa.gadis maklum,sudah tentu keluarga 'sesuatu' sudah tahu tentang gadis dan'sesuatu'.
sesampai di rumah'sesuatu' gadis biasa-biasa sahaja.tidak ada perasaan sakit hati atau kurang senang namun sudah tentulah gadis geram tengok'sesuatu'.tambahan pula tuan rumah bermanis muka..tidak elok jika gadis buat perangai.
Gadis bersorak atas ketenangannya.kemudian mereka pergi ke rumah rakan-rakan yang lain.mereka turut singgah ke rumah seorang rakan yang sakit.sungguh gadis terharu melihat rakan itu.selepas sakit,berat badannya jatuh mendadak..betapa gadis bersyukur atas nikmat kesihatan yang di kurnia terhadapnya.
Sampai di rumah rakan terakhir, hari sudah menghampiri senja.selepas menjamah kuih dan minum-minum,gadis dan rakan-rakan meminta izin pulang, tambahan orang tua rakan tidak ada maka tidak elok berlama-lamaan.Gadis pun bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang akan pulang ke hala berbeza.maklum tidak merancang untuk beraya kali kedua pula esoknya kerana berjaya menghabiskan maraton raya pada hari itu juga.
Sebaik menyarung sepatu dan melangkah keluar.gadis melewati 'sesuatu' yang duduk di luar rumah rakan itu.gadis terus berjalan.pura-pura tidak nampak.
kemudian'sesuatu' memanggil
"gadis! ayuh bergambar.."
gadis menoleh seraya berkata "haa?"
'sesuatu' kata lagi "ayuh bergambar sama.."
gadis tersentap.gadis jerit "haaaa?????" 'sesuatu' ini tidak faham bahasa kah? atau dungu?atau berpura dungu?
lantas segera gadis berpaling dari 'sesuatu' dan berlari-lari anak masuk ke kereta
thumbelina yang menyaksikan drama sebabak itu berkata
"wahh,bercinta pulak"
bulat biji mata gadis lantas mengacukan penumbuk ke arah muka thumbelina. thumbelina tersenyum dan masuk ke dalam perut kereta captain hook.
gadis pun masuk ke perut kereta shizuka dan pulang tanpa menoleh-noleh lagi ke arah'sesuatu'
........
*nama,dialog dan cerita tidak ada kena mengena dengan anda.kalau hendak terasa,terminum,termakan, yaa terserah......
Dah bulan 10 dah….whoah…umur dah menginjak ke satu angka lagi…
Sempena kenaikan pangkat nih suka lah saya memajukan diri seiring pertambahan umur dan pertambahan kematangan pemikiran saya.jadi saya akan menggunakan kata ganti nama diri sebagai SAYA.Waahh gitu..he..he..he…
Azam saya untuk ulangtahun kali ini :
~~kahwin tahun ini jugak..(wah yenyen,,)
Ok gurau..tapi rasanya dah sampai masanya untuk move on..melupakan yang lalu dan mencari arah tuju hidup (yela kan orang cakap kalau dah berkahwin hidup lebih focus..)
Jadi itulah matlamat hidup lepas ini..HIDUP LEBIH FOKUS!! Man JaddaWa Jadda...Yeahh!!
Macam magic..sekejap je umur dah 21…rasa macam baru semalam belajar ABC…
*blink*blink* 21 hopes n wishes must do before I turn 22 next year =)
1.tamat mengaji ikut waktu. (seriously memang tak larat dah!)
2.belajar satu bahasa asing
i.e;~tagalog
~france
~japanese
3.belajar ice skating
4.perkara ke 4 adalah perkara yang dah lama dan senang je nak buat tapi taktau kenapa tak buat-buat…actually saya sangat TAKUT tengok cerita hantu..so nak tengok cerita hantu banyak-banyak he..he..he..
5.nak jadi volunteer SEEKERS .siyes.(weh..apesal tiba-tiba tahap keberanian menjulang-julang neh???)
6.tindik telinga…kesian kan, dah 21 tahun pun belum tindik telinga he..he..he
7.mengurangkan tidur….sumpah..rasa macam bantal penoh berisi angin everytime bangun dari tidur yang panjang
8.mengamalkan gaya hidup sihat (no 8 baru kau letak gaya hidup sihat?patutlah tak sehat je kau ni.ha..ha..ha…)
8.1 minum 8 gelas air sehari
8.2 berjalan 10000 langkah sehari
8.3 bergelek sekurangnya 2 kali seminggu (yeeeehaaaa)
8.4 7 hours sleep
8.5 SIR.MILE=)
9.speak out my mind..sebab sangat banyak senyap apabila orang berkata sesuatu,,,,
10.nak belajar 21 resipi masakan arab..(apesal arab ar? ahahaha)
11.nak menulis dengan lebih banyak..saya rindu penulisan…=)
12.belajar memandu..(aduh!malunya mengakui diri belum reti memandu walaupun usia sudah boleh mendapatkan seorang anak ecececeh)
13.belajar pakai eyeliner dengan mascara.maklum lah tangan tak bedung memang keras bab-bab melukih neh weee=)
14.kumpul duit nak pergi Jepun..eh tak…kumpul duit pergi Mekah dulu kan?kan?
15.nak belajar baca not lagu,,,
16.memperbaiki skill sosial ha..ha..ha..
17.belajar jahit..so I can jahit dress I sendiri lah!
18.pergi Sarawak lepas habis mengaji.heh tak sampai-sampai??
19.hidup dengan lebih baik..megurangkan kadar pertumpahan air mata..
20.mula menabung…..melabur…..maklum lah dah tua-tua nih baru nak sedar
And to have something to write is two different thing kan?kan?kan?
Eh mestilah beza pelek…kan satu tu tu cakap satu tu tulih…uhh well aku memilih untuk mengatakan ape yang cube aku ‘sampaikan’ di sini ialah…err ehem
“kalau kita hebat,ramai lagi dekat luar sana lagi hebat”.(yaeh call me lame)ok…opkos lah there’s story behind that..hehe
Is it fair,to judge somebody by his/her educational level? Or to be exact..tempat menuntut?ya..betul..x fair…sape yang cakap fair tu..memang lah termasuk golongan orang2 yang menyebabkan aku berada dalam situasi kesedihan..kemurungan..dan keserba-salahan sekarang nih.
Ok aku mintak maap kalau aku buat sesuatu yang pada dasarnya (aku ghase ia adalah benda bermoral yang ikhlas dan jujur dan naïve kate omputih nye.) mungkin tak patut aku buat which is mengenalkan si polan ni kepada si polan ni…(aku bukan agensi temu jodoh tapi ya..ini si polan laki2 dan si polan perempuan).
ye aku salah..di mana dipendekkan cerita perkenalan itu tidak berlanjutan danaku mintak mahap hampun seribu kali kepada kedua-dua belah pihakatas ape yang berlaku.walaupun aku tak mintak maap terang2 bulan dekat dua2 pihak..
ape yang menjadi kan aku gundah gulana laksana mahu gering saja lagaknye adalah kerana katy perry nyanyi lagu thinking of you dengan sepasang kasut berkabung yang cantik guys…ok melalut..alkisahnye si polan laki2 merasa kemerendahan diri terhadap aku dan si polan wanita kerana aku ini belajar di sebuah tempat bergelar uni lah kononya…aduhai..sesungguhnya semua itu adalah K.O.N.O.Nsemata belaka.
sumpah aku tak pernah terniat pun nak things to turn complicated sampai macam ni.sampai nak tegur pun aku malu dah dekat si polan laki2 ni..aku x penah pilih2 kawan ni..yelah mesti lah mat2 rempit itu tidak pernah termasuk dalam senarai rakan2 kesebelasan utama aku but still..i don’t mind if they want to befriend with me….pada aku semua orang tu adalah sama..pada dasarnya.rambut orang malay asia..kan semua sama2 hitam…jadi jgn lah membuat aku berfikir ada orang yang memang dilahirkan berambut berwarna blonde atau karat bak kata niswatun piah.
yes of course I do judge people..tipu lah kalau tak..tapi tak penah pulak benda2 seumpama menghalang aku daripada berkawan dengan orang ramai.selalunya kalau aku tak berkawan dengan orang itu adalah kerana aku menghidap penyakit ‘rendah diri tahap super karma’.n ble org judge aku sebelum kenal aku..itu akan menyebabkan penyakit aku datang menyerang.yang mengakibatkan kesan2 seperti,tidak mahu mengur,malu utk berbuat ape2 hatta tersenyum sekalipun.
hah x fair kan?aku takde pun pilih2 kawan ni…sampai ati betul wat aku macam nih..dah la aku budak baru dekat tempat tu..aku sesungguhnya bersedih dengan keadaan sekarang ini dan asyik menyalahkan diri akibat perkenalan itu..=(
Orait i have no intention to talk about this in religious way…anyway aku pun bukan lah alim sangat pun… Orang ramai sahaja je ingat aku macam tu.. (uh well jumlah nye dah berkurang rasenya hehe) ok … Lets get this straight…if our leader need a good example…they can take mahmoud ahmadinejad (presiden Iran-now ) as their inspirition..sort of idol perhaps….sebab this humble guy betul-betul dah membawa ku melayang dengan ‘dongeng’ nya…
I heard about him around 2005…and seriously I didn’t pay much attention about this ‘who’s who man’ at that time…I thought he might be just like the others Arab leaders… “Against terrorism but at the same time sending their ‘sejawatan friend at america’ some luxuries gift when Christmas come…but it seems like my judgmental thinking fool me again…this man really not just anybody.
He who stand for Palestin when the others stood quiet seolah-olah merelakan teman sebangsa mereka di gasak dengan teruk oleh Israel ‘x guna’ tu…
*Let me get you clear about something.. aku menentang dan bermusuh dengan sesiapa yang mengatakan tindakan Israel di palestin adalah di boleh kan.aku bukanlah sorang yang teruk..tetapi perbuatan Israel sememangnya boleh buat semua orang muntah darah…(jijik dan mengerikan )
Tapi yang paling memberi inspirasi ialah Mahmoud Ahmadinejad seorang yang berjiwa rakyat..beliau sanggup duduk di rumahnya yang sangat sederhana berbanding tinggal di istana presiden.malah kediaman presiden itu di ubah nya menjadi muzium pula.bukankah pelik tu…beliau menolak kekayaan dunia untuk bersama rakyat..bukan kah itu yang sepatutnya pemimpin kita lakukan? Berbanding bertelagah sesama sendiri.fitnah memfitnah..
Memetik sepotong statement lelaki yang di kagumi aku ini… “Sebagai pelayan rakyat,saya wajib menjaga kebebasan dan kepentingan masyarakat Republik islam Iran dan budaya serta kehendak Islam juga membela hak semua rakyat Iran di dalam dan luar Negara” -nah,apakah anda perlukan keterangan yang lebih dari itu untuk mengetahui mengapa saya mengagumi lelaki ini?