Sunday, October 4, 2009

Suatu Hari Di Hari Raayaaa..(Part 1)

Pada suatu hari ,tanggal 5 Syawal...



Gadis sedang menikmati sarapan pagi bersama kedua oran tuanya.Gadis itu berasa sangat tenang kerana rumahnya sudah berkemas dan kain basuhan sudah bersidai.




Ketenangan gadis bertambah lagi apabila adiknya sudah keluar mengikut rombongan marhaban di kampungnya.Kakak gadis pula keluar ke bandar bertemu teman.Tambahan pula tetamu belum berkunjung untuk beraya.




Sedang gadis berborak bersama orang tuanya tentang kehidupan kampusnya,telefon gadis berbunyi!




Gadis berkejar-kejar mendapatkan telefonnya.Orang tua gadis hanya menggeleng kepala melihat tingkah anak dara mereka yang bongsu. 'Macam budak' getus bapa gadis.




Selepas melihat nombor yang tertera di skrin gadis menjawab pangilan telefon




Gadis : Hello Assalamualaikum,,




Rakan Gadis : Waalaikumsalam..Gadis! nak beraya dengan kami??




Gadis : (muka girang) Nak.nak.bila?




Rakan Gadis : Lepas zohor.sekarang kami di rumah Cinderella




Gadis : Okay..




klik.panggilan dimatikan




Gadis segera memberitahu kedua orang tuanya tentang rancangan nya hendak beraya




kedua orang tua gadis mengangguk memberi izin selepas gadis memberitahu hendak beraya dengan teman-teman sepengajian di menengah rendah.




Selepas zuhur ibu gadis menyuruh nya ke pasar sebentar membeli barang keperluan membuat kek buah.Gadis yang baru sudah solat mengangguk seraya berkata "baik bonda,nanti gadis nak isi minyak motorsikal sekali untuk pergi beraya ya bonda ya??"




Lalu gadis pun pergi ke pasar..setelah membeli keperluan membuat kek dan mengisi minyak motorsikal,gadis segera pulang kerana berjanji dengan rakan selepas zuhur.sesampai di rumah gadis melihat sebuah kereta dan tiga biji motorsikal di laman rumahnya.




Gadis masuk dengan gembira kerana pasti rakan-rakannya sudah tiba.Selepas masuk rumah gadis segera meletakkan bahan-bahan kek di dapur dan bergegas ke biliknya bersalin tudung..gadis melilit tudung dengan kemas dan memakai bedak.Gadis membelek penampilan dirinya yang berbaju kurung di hadapan cermin beberapa kali untuk memastikannya nampak kemas dan teratur di hadapan rakan-rakannya.




Kemudian gadis segera keluar ke ruang tamu mendapatkan rakan-rakan dan kedua orang tuanya.Sebaik sampai di depan gadis melabuhkan duduknya bersebelahan ibunya.




tiba-tiba gadis ternampak 'sesuatu'.

'sesuatu' tersenyum..

air muka gadis berubah secara mendadak..

gadis sungguh tidak menyangka 'sesuatu' ada di rumahnya,,

dengan kehadiran kedua ibu bapa gadis pula!

BERANI KAMU!! ungkap hati gadis




kemudian ibunya menegur "eh,rakannya datang tak disalami?"




Gadis tersipu-sipu mendengar teguran ibunya.perlahan-lahan gadis bangun menyalami seorang demi seorang rakan-rakannya.apabila terpandang 'sesuatu', gadis cepat-cepat memalingkan mukanya.




Tiba-tiba gadis rasa malas hendak pergi beraya.tiba-tiba gadis rasa sakit hati.sampai hati rakan-rakannya tidak memberitahunya akan kedatangan 'sesuatu' dalam rombongan mereka.




Namun gadis cepat-cepat tersedar,bukan semua rakan-rakannya tahu sejarah gadis dan 'sesuatu'. Gadis tidak patut sakit hati dengan rakan-rakannya.Gadis perlu minta maaf terhadap mereka.MESTI!



Setengah jam kemudian, rakan-rakan gadis bangun seorang demi seorang bersalam dengan kedua orang tua gadis kemudian gadis.Masing-masing menghulur salam hari raya dan kemaafan.Gadis turut tidak melepaskan peluang bersalam dengan rakan-rakannya dan meminta maaf zahir & batin.Namun gadis pura-pura tak tahu dan pura-pura tak nampak 'sesuatu' .




Kemudian gadis meminta izin kedua orang tuanya untuk pergi beraya.tidak sampai hati gadis melihat muka rakan-rakan nya yang telah sampai jauh-jauh ke rumahnya hendak mengajaknya beraya tetapi gadis hampakan.



Gadis kemudian masuk ke perut kereta rakannya.sebaik kereta bergerak,perasaan gadis berubah tenang semula.rakan-rakan adalah pengubat duka gadis.mereka buat gadis gembira dan tertawa walau tidak tahu apa yang melanda hati gadis.



Destinasi seterusnya ialah rumah thumbelina..
Thumbelina kurang sihat,begitu yang di khabarkan rakannya.Namun sebaik bertemu thumbelina,thumbelina sudah kebah dari demam dan thumbelina akan ikut beraya!
yea!gadis gembira...



Sedang thumbelina bersiap-siap, gadis menerima SMS.Gadis tanpa prasangka membuka SMS.Alangkah terkejut gadis,SMS dari 'sesuatu'.



'sesuatu' : tak nak tegur sesuatu ke?



Gadis tiba-tiba sentap!
Gadis terus SMS rakan yang tahu kisah untuk melepaskan rasa geram dan marah



Gadis :"Pergi beraya bersama rakan-rakan
sekali ada
'sesuatu'
WTF kan?"



Rakan Gadis : "Sabar Gadis.Ha..Ha..Ha
'sesuatu' cakap apa?"



Gadis : "Ada ke
'sesuatu' suruh SMS suruh gadis tegur 'sesuatu' ?? F**k!"



Rakan Gadis :" Ala..gadis tegur je cakap hai suda.."



Gadis : "Thanx for the advice sayang!"



Rakan gadis : "Gadis..gadis..orang pergi beraya..gadis mencarut-carut pulak"



Gadis : "Ha..ha..ha.. tau tak apa, hilang paha
la beraya gadis"




Kemudian gadis pun SMS 'sesuatu' "hai!"




'sesuatu' balas "haiiiiii"
Gadis buat muka,dalam hati berkata "wtf?"
gadis harap
'sesuatu' nampak reaksi gadis
kemudian gadis memutuskan tidak membalas SMS
'sesuatu'



Gadis buat muka ala-ala biasa walaupun hati gadis sakit.Kuih raya yang digemari gadis iaitu tempe goreng pedas rasa tawar.Sedih gadis di buatnya.




Selang beberapa minit,Laila Majnun mengajak gadis ke rumahnya dahulu untuk Laila Majnun bersiap menerima tetamu. (destinasi beraya selepas rumah thumbelina ialah rumah laila majnun)




Gadis segera bersetuju..

Sebaik menyarung kasut raya dan bergerak setapak dua tapak

ada suara menegur gadis.gadis menoleh.'sesuatu'!

"gadis!berkilat kasut.."

wtf?

gadis rasa marah meluap-luap.

kenapa 'sesuatu' ni? cari pasal ?peduli apa kalau kasut gadis polish ke,merah ke, biru ke?

ada gadis kesah????tak ada
tahu!!!!

walaupun marah, gadis mengamamalkan cara orang bijaksana

gadis lantas mengucapkan "terima kasih"

dan berpaling ala-ala model syampu lalu melangkah pergi.



Sesampai di rumah laila majnun, satu lagi SMS gadis terima



'sesuatu' : "Gadis masih marahkan 'sesuatu' ya?"



gadis : "kamu berhutang penjelasan terhadap saya"



'sesuatu' : "bagaimana hendak jelaskan?gadis tidak pernah beri 'sesuatu' peluang"



gadis : "peluang?maafkan gadis..tapi pertamanya apa
'sesuatu' kisah kalau gadis maafkan 'sesuatu' atau tidak.keduanya, tegasnya 'sesuatu' tidak berhak mendapat peluang kedua.tegas cakap.tidak gadis berbohong."


'sesuatu' : cakaplah gadis, apa yang perlu 'sesuatu' lakukan untuk gadis maafkan sesuatu.
'sesuatu' sanggup buat apa sahaja untuk tebus salah 'sesuatu' terhadap gadis.



Gadis rasa bosan.tiba-tiba gadis rasa gadis duduk di dalam alam drama melayu.sudahlah sakit hati,kini rasa nak muntah pula.gadis pusing-pusing kepala fikir ayat drama kemudian menaip ayat yang terlintas di kepala gadis.kemudian gadis gelak seorang-seorang membaca SMS yang berbunyi



gadis : sudahlah
'sesuatu'. bosan tahu SMS dengan 'sesuatu' ni.rasa nak muntah.ada
caranya...sabar.mungkin itu sahaja caranya untuk gadis maafkan
'sesuatu'.mungkin
tahun depan atau tahun depan tahun depan gadis akan maafkan
'sesuatu'.



waktu gadis menaip SMS itu..gadis dan rakan-rakan telah keluar dari rumah peter pan (rumah selepas rumah laila majnun) dan bergerak ke rumah puteri diana.



mungkin kerana takut dengan gertakan gadis 'sesuatu' tidak lagi menghantar SMS.gadis gembira kerana kepala otaknya tidak di bebankan lagi dengan perkara memualkan.



selepas rumah puteri diana..gadis dikejutkan lagi!

rumah seterusnya ialah rumah 'sesuatu'!

OMG!! desis hati gadis.ini tidak boleh jadiiii...

gadis berfikir-fikir cara untuk mengelak ke rumah
'sesuatu' namun buntu.

akhirnya gadis memutuskan untuk pergi sahaja ke rumah
'sesuatu' dan berlagak biasa.gadis
maklum,sudah tentu keluarga
'sesuatu' sudah tahu tentang gadis dan 'sesuatu'.



sesampai di rumah
'sesuatu' gadis biasa-biasa sahaja.tidak ada perasaan sakit hati atau kurang senang namun sudah tentulah gadis geram tengok 'sesuatu'.tambahan pula tuan rumah bermanis muka..tidak elok jika gadis buat perangai.



Gadis bersorak atas ketenangannya.kemudian mereka pergi ke rumah rakan-rakan yang lain.mereka turut singgah ke rumah seorang rakan yang sakit.sungguh gadis terharu melihat rakan itu.selepas sakit,berat badannya jatuh mendadak..betapa gadis bersyukur atas nikmat kesihatan yang di kurnia terhadapnya.



Sampai di rumah rakan terakhir, hari sudah menghampiri senja.selepas menjamah kuih dan minum-minum,gadis dan rakan-rakan meminta izin pulang, tambahan orang tua rakan tidak ada
maka tidak elok berlama-lamaan.Gadis pun bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang akan pulang ke hala berbeza.maklum tidak merancang untuk beraya kali kedua pula esoknya kerana berjaya menghabiskan maraton raya pada hari itu juga.



Sebaik menyarung sepatu dan melangkah keluar.gadis melewati
'sesuatu' yang duduk di luar rumah rakan itu.gadis terus berjalan.pura-pura tidak nampak.



kemudian
'sesuatu' memanggil



"gadis! ayuh bergambar.."



gadis menoleh seraya berkata "haa?"



'sesuatu' kata lagi "ayuh bergambar sama.."



gadis tersentap.
gadis jerit "haaaa?????"
'sesuatu' ini tidak faham bahasa kah?
atau dungu?atau berpura dungu?


lantas segera gadis berpaling dari
'sesuatu' dan berlari-lari anak masuk ke kereta


thumbelina yang menyaksikan drama sebabak itu berkata


"wahh,bercinta pulak"


bulat biji mata gadis lantas mengacukan penumbuk ke arah muka thumbelina.
thumbelina tersenyum dan masuk ke dalam perut kereta captain hook.


gadis pun masuk ke perut kereta shizuka dan pulang tanpa menoleh-noleh lagi ke arah
'sesuatu'


........






*nama,dialog dan cerita tidak ada kena mengena dengan anda.kalau hendak terasa,terminum,termakan, yaa terserah......

No comments: