Tuesday, May 31, 2011

Draft nak tulis.tapi tak reti tulis.saya bukan Stephen King

Bila seorang dari member kahwin.kami yang bujang-bujang pun mula..ha kau next, kau next, eh..tak ada calon pun next...ah bicara soal jodoh, memang tak akan habis.duduk kedai minum kopi berjenama cool blog itu pun belum tentu habis walau minuman kopi itu sudah 2 kali habis..maklum lah, perempuan.kalau dah lama tak jumpa..memang gebang harusss melebih-lebih.jadi wahai kaum adam sila lah faham.ini fakta.(no wonder lah perempuan lebih ramai di neraka.dush.oh well currently my brain setting ada putus fius/i’m not one who love to tell something unrelated.yeah.boo yen)

Dulu waktu belajar..asal berjaga malam...minuman yang paling kerap diteguk memang nescafe.dan lagi waktu itu, sedang branding nescafe strong, mild dan normal..ala..yang kaler hijau, kuning dan merah itu...maka hari-hari memang teguk yang kaler hijau.cukop.memang tak tido sampai pagi.esok kalau ada submission..memang terbaik.teguk 2-3 kali.balik submission kau pengsan akibat migrain.terbaek dari ladang!(oh tahu tak bekerja dengan creative industries does really have an impact to your health.because it so stressful..u akan pernah rasaa mati itu barangkali lebih baik.oh ya.Alexander McQueen mati bunuh diri.ftw.great loss)

Arwah nenek yang saya gelar Mbah, seorang yang sangat rajin.a true landscaper.dulu keliling rumah Mbah tanam pokok.Mbah bataskan dan pagarkan dengan botol-botol minuman soda, pepsi yang memang jarang nak jumpa sekarang.di hujung sudut, Mbah tanamkan pokok sukun yang tinggi dan berdaun rimbun..buah nya lebat, namun jarang dirasa oleh Mbah, banyak jadi rezeki saya..cucu kesayangan (ehem, perasan) paling tak boleh lupa..bunga melur arwah mbah..warna putih berlatar daun hijau gelap.ah RINDU.sungguh );

Tahun ni, anak saudara saya sudah 9, eh, pantas..sudah melebihi bilangan adik beradik.hik.syukur, rezeki Tuhan.Alhamdulillah..yang sulung.paling kerap dikata seiras saya.paling kerap dikata saling tak tumpah saya..kuat tidur (sama), kuat berinternet (sama), kuat berangan (sama), kuat melukis.oh dengar kata bercita mahu menjadi arkitek. (oh,sama jugak!!) though i try to prevent her from gettin such career as an ambition..tapi apa nak buat..(mana la tumpah kuah.cehhh) 

perenggan ini adalah perenggan keluhan.sila percaya.kadang-kadang saya memang tak tahu nak terangkan dekat orang bagaimana saya boleh bergraduasi dengan degree tanpa sijil STPM, matrikulasi, hatta diploma sekalipun..sijil SPM je.ya.sijil SPM je saya ada.dan degree yang dua helai tula.. kerana proses penerangan itu payah.(benci sebab taktau nak pilih yang mana bila isi borang SPA.ftw.terus tawar hati nak kerja kerajaan.haha) maka terkadang saya lebih gemar mengaku saya baru bergraduasi diploma.kerana hakikatnya sesuatu yang di luar batas normal agak sukar diterima oleh masyarakat yang sudah  menanam persepsi di dalam kotak fikiran. (now u get why they told you think out of the box right?)

saya melihat masyarakat kita semakin kembali ke zaman Jahiliyyah.beragama kerana nenek moyang..dont u think so?banyak benda jadi kalut.but i refuse to be typical who question, who argue, tapi berjalan serong.mengundur kengkang.NO.i'm not that person.dot.


saya bersyukur, Allah (yang masih saya cari.yang masih saya cuba letakkan sebagai yang pertama saya ingat selepas bangun, dan yang terakhir saya ingat sebelum tidur) masih mengizinkan ingatan saya yang semakin lemah mengingat belakangan ini, no matter how much raisin i took, how many Surah i try to memorize.Alhamdulillah.Allah masih mengizinkan saya menulis.untuk jadi memoir.satu hari nanti.InsyaAllah.

k,bai

Assalamualaikum. =)


Thursday, May 26, 2011

Cita-cita nasi sepinggan

dulu kecik-kecik, cita-cita kamu, kamu, dan kamu nak jadi apa?
mesti nak jadi posmen, cikgu, suri rumah kan? (lame..) haha
tapi rasanya time saya, kawan-kawan saya dah advance sikit.maklum lah.kanak-kanak 90-an, dah kenal tv, dah kenal game boy, kalau dah ada komputer kat rumah tu memang kira (wah!!buat muka kagum)...oh wait, ini dari perspektif kanak-kanak luar bandar ye.kalau anda urban, perspektifnya mungkin kona ada komputer, ada internet dial 1511 ke apa.kan?(wah!!buat muka kagum).. hehe

lepas tu cita-cita pun masing-masing dah advance..nak jadi saintis la, engineer la, tapi cikgu memang popular (gamaknya karier cikgu ni memang popular dari zaman wujudnya perkataan cita-cita) eh, rasanya sampai sekarang budak-budak nak jadi cikgu bila dah besar. (alolo sweet je..) tapi antara rakan-rakan ku yang berhingus tu...yang paling popular cita-cita bagi kaum adam nak jadi pilot.glamour weh, taktau asal...rasanya ada dua sebab;

1. testosterone mereka terangsang dengan pramugari cantik, hot, letops. (ceh padahal tak pernah naik kapal terbang pun.huehuehue)
2.eleh, sebab duit lah.apa lagi..serious,sepatutnya sebab no 2 ni jadi sebab no 1..

okay, nak kupas reason no 2.saya faham sebenarnya, bila kita kecil, 7-6 tahun..itu adalah saat crucial mak apak kita mengenalkan kita dengan dunia, maksudnya tu..macam mana nak lentur budak ni, jadi senget ka, jadi lampai ka, yelah, kalau ingat diri sendiri or tanya balik, mesti mak apak kita akan cakap kita paling banyak tanya itu ini waktu umur-umur ni lah, waktu baru pandai nak susun ayat. kalau mak apak kita kata waktu kita menengah rendah or menengah atas..tu maksudnya kita ni rebel.kojaq bahasa lembutnya. (eh jap,cermin diri sendiri.) tapi takpa.ada rebel bersebab.ada rebel mendatangkan kebaikan.tu kita kupas lain kali ye.

berbalik kepada topik asal...kenapa mak apak kita,kakak abang kita, cikgu-cikgu kita tolong kita decide kan cita-cita kita waktu kita kecil untuk jadi pilot,jadi peramugari walau kau kontot, jadi engineer, jadi arkitek (ehem), jadi tentera udara (heleh,nak yg up-up aje...).kenapa.mengapa. (kalau ibu bapa anda tidak mempengaruhi/influence SAMA SEKALI/NO/NEVER/NEHI keputusan cita-cita anda,TAHNIAH bete.)

dan lagi sekali penekanan, (saya cuba berlaku adil) namun ini biar kita kupas dari perspektif luar bandar, sebenarnya, yang boleh diperhatikan, it differ, antara ibu bapa itu sendiri.i mean, kalau ibu bapa tu jenis 'celik mata'..mostly akan suruh anak-anak mencari kerja berorientasikan duit.maka pilot,engineer,doktor, (yang konon-konon nya KAYA tu) memang jadi favourite lah among ibu bapa yang 'celik mata' ni...kalau mak ayah yang ermm, 'cool'..selalunya tak kisah.ayat cliche 'tak kisah la nak, janji tak jadi perompak,perogol sudah'
sebenarnya kalau bicara soal ini memang tak akan habis since if we trace back the roots, semua pun akan mengangguk, ini semua permainan dunia.yang berorientasikan wang ringgit dan darjat.kalau tak masakan di jaman P.Ramlee sudah pun timbul antara dua darjat kan zabedah?masakan Asiah dimurkai firaun akibat anak dari sungai kan zakaria? (err tiba-tiba),

maksud saya tu..ibu bapa semua nak yang baik-baik, molek-molek, intan berlian, syurga untuk anak mereka.ini semua kerana hukum dunia.benar nggak.benar kan?? (asal rasa cam da melalut je niii) maka dalam mind set ibu bapa ni..pekerjaan-pekerjaan seumpama contoh diatas lah yang mampu menjamin masa depan anak mereka, hakikatnya, pekerjaan-pekerjaan itu belaka mengerah kudrat, menjadi kuli manusia lain, namun iya, ingat kata kuncinya!pekerjaan tetap = gaji bulanan tetap = masa depan terjamin.cliche' kan.tapi itulah.reality bites.roar!

ini, meneruskan kesinambungan hidup berorientasikan wang ringgit dan darjat, maksudnya bila mindset ibu ayah dah macam tu..maka anak-anak pun terdidik pekerjaan-pekerjaan inilah yang mampu menjamin hidup mereka, mampu meng 'kaya' kan mereka, unfortunately..not all of us have lucky genes sculpted at our bones, anda boleh panggil 'ia' sebagai, pemalas..tidak mahu berusaha,tiada rejeki, tiada cita-cita malah..namun..itulah,   tidak semua antara kita bertuah untuk menjadi apa yang kita cita-citakan.tak timbul istilah malas dalam hal ni.sebagai contoh,

           anda seorang pelajar lepasan matrik sains hayat, kerana anda bercita-cita menjadi doktor anda berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan keputusan terbaik, as fate play its roles, it turns out your final result is 4.00 (weehoo) anda pun apply perubatan di UKM kerana kerana keputusan anda itu melayakkan anda, kemudian anda letak UM dan UiTM sebagai pilihan kedua ketiga.yang lain-lain anda letak jurusan kejuruteraan,matematik kerana anda walaupun takut-takut itu ada, anda pasti akan diterima oleh UKM.and..as fate play its roles again..ya, anda memang layak masuk UKM jurusan perubatan, malangnya..kerana kuota telah penuh..anda tidak dapat masuk..(hello did i remind you about fates?) maka tercampaklah anda di USM melakukan kursus Matematik Statistik.yang anda buat separa hati kemudian result anda macam gampang, terpaksa repeat beberapa subjek,dan oh, anda end up lulus, kemudian anda berkeadaan unemployed selama satu tahun setengah sebelum berjaya mendapat jawatan sebagai trainee penolong pengurus di Pizza Hut cawangan Jaya Jusco Ayer Keroh.bidang tidak berkena mengena dengan kursus anda.cita-cita zaman sekolah?err jauh sekali.deh.complicated cerita anda.

oh well, maka apakah yang boleh kita buat dengan dunia kejam ini?(ah maaf, penulis dipengaruh emosi golongan pekerja) anda tidak boleh menyalahkan takdir.tidak boleh menyalahkan diri sendiri.ibu bapa jauh sekali..eh jap,kenapa nak salahkan ibu bapa?mereka cuma menolong menunjuk jalan.okay itu pun nak kena mintak tolong saya simpulkan?mana boleh salahkan shiapa-shiapa.loser namanya tu.salahkan diri sendiri! itu pun loser!!

redha lah,,betul.nasib tu belum nak dekat.yang penting kan kita priorities keutamaan hidup kita.duit kah?darjat kah?syurga kah?neraka kah?atau mati kah?ehem.yang pasti kan semua akan mati.tinggal macam mana nak meneruskan hidup ke saat kematian je kan.tu je.pilihan di tangan anda!!!nak hidup dengan gucci ke,prada ke, alexander mcqueen ke (ehem), takpun hidup berfalsafahkan sun tzu ke, karl max ke, taoism ke, imam hanafi ke, seriously..its your choice.nak makan nasi sepinggan..kena ada rm 1.00 paling kurang, mana nak dapat rm 1.00 tu..nak merompak, nak duk mintak kawan, nak kerja.,.

eh penat.
k bye sayang.
xoxo.


eh tiba-tiba rasa benar kata-kataku ini.hehe..tapi memang betul kan, ibu bapa mana tak mahu yang terbaik untuk anak mereka?
Alexander McQueen.slrpppppp ;)

Friday, May 20, 2011

Buku-buku dan manusia ulat

tadi baca entry keretamayat tentang gaji pertama beli apa?beliau suro beli rak buku.
tapi saya gaji pertama...err, tak ingat lah...maksudnya gaji pertama benar-benar kerja..yang sekarang lah kan..ingat bagi kat mak jekot..ambik berkat..kalau nak kira..lepas spm pun pernah kerja..dekat perhentian bas, jadi cashier..dok jumpa 'mat salleh' la...filipinos mintak bergambar sama..haha kenangan tu adalah pasai kerja pertama..pastu duit gaji tu beli harta benda pertama..handphone,,nokia 2600 punya geng.tapi bukan nokia 2600..err tak ingatlah model dia..pastu lama pulak kot handphone tu bertahan...sampai la tamat riwayatnya dalam lubang tandas...nak buat lagu mana.takdir.kena redha..kan?????????tapi kecik-kecik tolong mak noreh..err pertolongan dan bekerja dengan ibu bapa tak boleh dikira sebagai kerja kan?baik-baik tapi gaji pertama memang ada beli buku aih...(takpat rak...buku pun jadilah..ye dak??) ada 3 buah.1 buku, lagi dua novel..maka down to 1 jelah..buku tu Zabrina A.Bakar yang tulih..baguih no..baik korang baca...hehe.apa pun memang la saya sayang semua buku-buku saya...

oh tapi nak cerita pasal buku ni pun...walaupun saya begitu mencintai buku..ada beberapa genre buku yang agak (bukan lah tak boleh) cuma biarlah saya simpulkan sebagai tidak berjodoh.hahaha taktau la kenapa..asal buku architecture je..mesti ada benda akan jadi dekat buku tu..mesti.dan selalunya benda tu berkaitan dengan cecair.hujan, memang gemar benar la dengan buku-buku architecture saya.ada satu tu...siap habis disiram hujan sebab terlupa ambik dari bakul motor.pastu motor parking bawah langit.cun betul la tu hujan turun malam tu.nangih ajela...sebab buku tu baru ambik semalam nya dari tukang distributor nya.time tu dah la final year (cehh padahal baru tahun lepas final year u macam la dah melangut lamaa sangat final year).pastu dok bising kat besfren "dah lah, aku memang tak berjodoh dengan architecture" tudia..pastu sekarang balik-balik kau kerja dengan akitek jugak (sabo ajelah~)

but seriously, macho kot orang membaca nih..(men especially..sebab kalau perhati ramai lelaki tak suka membaca.surat khabar janganlah cerita..) takdelah tin kosong je kan..yelah.kadang-kadang tension jugak bila kita bercakap tentang sesuatu hal, ekonomi contohnya, dia bantai pulak kona cerita motor..ceh..okay, saya tau apa rossi punya nama penuh dan beliau berlumba untuk cc apa.jangan la wow sangat sebab saya yang lebih membaca atau anda yang kurang mengambil tahu..(- -") pengetahuan am kot tu...lagipun..siapa tak kenal rossi rambut meggi afterall?

maka sememangnya seruan kereta mayat untuk menjadikan rak buku berbanding rak mangkuk Arcopal sangat-sangat harus di praktikkan oleh rakyat Malaysia khususnya..as for your reading choices..i'd rather say terpulang dong, tapi ya benar, tak kan mahu letak Tafsir Al-Quran atas meja saja-saja jekot..menunjuk-nunjuk namanya tu..tak elok.cuba bukak dan kaji isinya..mesti nangih-nangih nak jadi orang beriman (okay lempang diri sendiri sekarang)

k.bai

Read, In the Name of your Lord, Who has created (all that exists),
( Surah Al Alaq)



Wednesday, May 11, 2011

si


yan kebayan.(-  -")

dah bai