Saturday, January 2, 2010

Alvin & The Chipmunks!!!!!



Senyap-senyap je tahun baru dah masuk,,post pertama saya selepas New Year :),,apa pun selamat tahun baru 2010, moga-moga kita mendapat lebih banyak rezeki dan kegembiraan tahun ni.Okay saya tak akan bercerita tentang azam tahun baru yang pastinya telah banyak di perkatakan oleh orang lain.Lagipun saya jugak tak memasang niat atau azam untuk tahun baru ini melainkan mendoakan diri sendiri menjadi lebih berguna..

Tapi saya suka nak berkongsi kisah tahun baru saya yang saya rasa ha..ha.. biasa je…Saya ke Bandar Batu Pahat siang tahun baru tadi kerana hendak men deposit wang sewa rumah ke akaun bakal teman serumah saya bernama Husna,,Husna juga ex-roommate saya semester lepas. (Owh saya terpaksa duduk menyewa kerana tidak mendapat kemudahan penginapan kolej )..kerana akaun bank teman saya ini ialah public bank maka saya terpaksa juga ke Bandar kerana tidak terdapat kemudahan bank Public Bank di pekan koboi Yong Peng ‘kecintaan’ saya.

Saya pergi berdua dengan kakak Zati saya kerana beliau gian hendak berjalan-jalan ke Bandar.ha..ha..jakun kakak saya tu…macam tak pernah jejak Bandar pulak…semua tempat dia nak round…saya pun menurut jela..maklum lah…saya pun kalau pergi ke Bandar selalu nya ada satu tujuan sahaja iaitu pergi ke bus stand menaiki bas samada ke >Shah Alam > Melaka >Parit Ya’ani ku chenta…(destinasi-destinasi keberadaan saya semenjak dua menjak ini.) Selepas mendeposit wang dan terjumpa encik polis trafik handsome tengah saman orang dalam kereta besar (buatan luar negara) kerana menghalang laluan orang ramai... kami pergi makan dekat stesen bas lama batu pahat , saya tak tahu nama jalan tapi dekat dengan Summit Parade..

so sesiapa berkesempatan sila singgah kerana mee rebus dia memang terbaik…(kepada mereka yang tidak allergic dengan gerai-gerai tepi jalan sahaja ya…) juga rojak di situ..(trust me..worth trying)..selepas kenyang gendang gendut tali kecapi maklumlah kakak belanja..yuhuuu kami ke Batu Pahat Mall konon nak meronda lah kan…lagipun semenjak BP Mall tu menjalankan operasinya sejak dua tahun lepas,,,ya,,,boleh di kira dengan jari berapa kali saya menjejak kaki ke situ..10 kali tak sampai tipah! (heh buat malu orang batu pahat saya ni…)

Dalam perjalanan tu, tiba-tiba pulak kannn ada polis buat raid. Haish,,,tak boleh tengok orang bawak motor sikit tahun-tahun baru ni…dia ingat semua orang nak lumba haram gamaknye..ada ke patut..( saya cakap dengan diri sendiri).Sebelum sampai raid polis tu, ada dua orang mamat dekat depan kami ni menaiki motor RXZ buruk zaman bila aku taktau…tiba-tiba buat U-Turn betullll depan kumpulan polis ni..saya pun tergamam sikit sebab motor diorang betul depan motor saya, nasib baik lah kan saya menunggang motor dah lama so tak adalah kelam kabut bila mamat dua ekor tu buat macam tu, nasib baik je saya tak mencarut-carut dekat diorang (jalan tu dah lah one way)..hari dah lah panas cam hape…(waktu itu jam menunjukkan tepat ke angka 12.30 tengahari!).Lepas tu bila dah sampai depan bapak-bapak polis tu saya pun berenti lah motor saya dekat tepi jalan bawah pokok rendang,,,(PANAS….)

lepastu seorang bapak polis tak berpangkat (dia tak pakai uniform jadi saya tak tau pangkat dia sebenarnya :P)ni pun datang lah dekat kami,,saya pun terus bukak seat motor sebab saya letak purse saya dekat situ sebagai kaedah mengelak ragut. saya pun bagi lesen motor P saya tu dekat beliau..then polis tu buat muka macam nak makan saya..saya dah pelik..apehal kan,,lesen saya bukan dah mati pon..pastu beliau dengan kerek cakap “i.c dik” laah cakaplah i.c…jangan lah buat muka macam tu,kang saya bertukar menjadi ‘mighty boo’ baru kau tau..hari dah la panas..(ok..mungkin beliau pun panas..tak terpikir pulak saya tadi..) lepastu beliau mencatat ntah hape kebende dari i.c dan lesen saya dekat buku kecil di tangan nya..saya dah cuak..alamak nak saman ke? Rasa-rasa tak ada pulak saya melanggar lampu merah ke, menunggang laju ke hatta mengurat polis trafik hensem tadi pun saya tak buat…pastu saya dengan ala-ala makcik kepoh pun tanya la.. ”kenapa ni bang?” (ada ke patut..patut cakap enchek kan?kan?ngeng!) pastu kan tiba-tiba dia cakap “taktau tanya…” haih orang tua ni…motif? Sah-sah la saya baru tanya… beliau boleh pulak bilang lagu tu…menyirap lah saya kan saya pun cakap lah kuat-kuat “eh,kan saya baru tanya tadi?” sampai member-member bapak polis ni tengok beliau.Nasib baik la ada kakak saya yang menyelamatkan keadaan dengan bertanya,, “nak buat bancian eh?” then baru dia cakap “hmmm” saya dah buat muka menyampah..lepastu beliau mintak tengok road tax…dan saya pun tunjuk jelah kan…tiba-tiba dia cakap.. “5 jan..4 hari lagi” saya dalam hati ‘oh my god..saya hengat 10 haribulan mati…seb bek ada raid ni..kalau tak tau lah next week dah lah nak bawak motor pergi shah alam’ then tiba-tiba saya punya mood berubah balik ceria…ha..haa..ada ke????? (pstt pak polis tu cakap baik-baik bila kitorang nak gerak ke Bp Mall)

*kira berapa banyak lepastu

Lepas tu kami pun ke BP Mall dan terus tengok wayang,,,kakak saya nak tengok Duhai Si Pari-Pari saya mati-mati tak nak tapi tak ada filem inggeris best pulak.Avatar start pukul 3 sedangkan kami kena balik sebelum asar) Sudah-sudah kami tengok Alvin & The Chipmunks,,,Sebab saya tidak begitu bagus membuat ulasan cerita so saya taknak lahkomen pasal cerita itu ataupun keadaan di panggung..but what I can say is Alvin & The Chipmunks is really good if you are taking a break from babysitting..(Sighed).

No comments: