Monday, July 19, 2010

Aku Nebes.Ya..NE.BESS..

Memandangkan esok merupakan hari pertama dalam sejarah seumur hidup 'si kepoh' akan di interview oleh..tak..bukan interview lepas spm di kfc "kak,sini ada keje kosong?" tidak ye..ini interview berul-betul serius keparat-ladi way..mintak keje halal nak bagi duit kat mak abah heheh

ehem2 ya si kepoh akan di interview oleh "bakal bos".( bakal bos sebab mungkin beliau dalam jangka sebulan lagi akan jadi bos saya ..tapi mungkin juga tidak..) jadi kerana tidak mahu pikir banyak2 kerana akan mendatangkan gundah-gulana @ omputih kata nervous.. maka 'si kepoh' tersangatlah suka nak jawab soalan bocor untuk interview cilok dari sini. SINI.

so jawapan-jawapan yang dipikirkan bernas lagi spontan dari si kepoh ialah...

jeng..jeng...jeng..

1) Ed Westwick tak seksi okay!! Mustapha Kamal pun tak.di mata saya..but..weh sorilah kalau ayat ini cliche..tapi sememangnye "beauty lies in the eyes of beholder" sebab walaupun Ed dan Mustapha tak seksi..i rasa Sidi Oraza seksi..haha 'lakonan dia lah..bulu dada dia tidak..' jadi mungkin saya ni orangnya tidak memandang bulu dada sebaliknya mata tajam macam helang..


2)Weh..yang ni soalan ape ni..haha..SAYA TIDAK PERNAH LETAK PROFILE PIC GAMBAR DI DALAM TANDAS hatta itu ialah tandas sultan brunei yang dengar kata sume pon coating emas wehh.. So my answer is NO.It is not our trademark to put 'camwhore pic depan cermin dalam tandas r&r' as our profile pic..

3) Eh semua gadis tak ada diari rahsia kan?hehe..unless anda gadis berusia 12-13 tahun..saya tak pernah ada diari rahsia.tapi conteng belakang buku sekolah lirik lagu cinta "Ku Milikmu by Siti Nurhaliza ditujukan kepada ..crush..bin..bapak crush" pastu kantoi kat cikgu bahasa melayu kena nyanyi depan kelas.haha amek kao..

4) Tak Betul..bocor itu mungkin disebabkan size badan.tidak percaya google lah Libresse yang mempunyai ciri-ciri bodyform yang boleh menjamin keselesaan si pemakai walaupun bersaiz xxl or plus plus..Jenama terbaik di pasaran ialah Kotex, some say Intimate,some say Body Fit.weh..lain padang lain kasut bola..haha

5) Define senggugut - ape la..google it! PMS..PMS..me?migraine satu hari..u boleh wat keje..senyum berak kapur..tapi badan memang sengal2 semacam ah.again..ME lah ye..

6)Tidak berhubung..eh tapi ada sorang masih berhubung..lelaki berhubung dengan ex??tidak kisah as long as..jangan sampai kantoi kat saya.eh maksudnya kisah lah tu kan?hehe but seriously weh..kalo depa pisah cara baik..masih berkawan..why even bother rite?

7) Pergh soalan ni...xpe..hentam la aku..aku nak jawab cliche jugak.."kalau dah jodoh.."

8) Ni tiru jawapan cik anonimes "rebus mee pastuh guna perencah hailam.ish fail ke nih?"

hehe tara..tau konpem fail sesi temuduga sebab soklan no 8 takleh jawab hahaha.tapi ada aku kesah ke..hehe.So memg tak sabar-sabar lah menantikan sesi temuduga berikutnya 'Soalan Untuk Jejaka-Jejaka'. pasti lah nak duduk kerusi penemuduga plak weh..

Haha okey sekian sesi melalut cik yen.mari print portfolio a.k.a tai* utk di bawa ke sesi temuduga esok.Selamat berjaya kepada saya..


Assalamualaikum.

No comments: