ayam terlepas berlawan sabung,
jangan tak duga gelapnya malam,
kalau esok kau yang untung.
gelapnya malam menusuk tulang,
untung sabut tak timbul-timbul,
mencuba nasib di tempat orang,
moga-moga doa termakbul.
tempat orang berhujan emas,
tempat sendiri berhujan batu,
tempat orang berlombong emas,
tempat sendiri kerja tak laku.
tempat orang berlombong emas,
mencari rezeki berbatu-batu,
datang merantau dilayan kemas,
hantu menurut kamus fajar edisi februari 1984 bermaksud si makhluk jahat yang tiada kelihatan pada mata,atau jika kelihatan, ia dikatakan boleh menyerupai perbagai bentuk dan rupa termasuk bentuk manusia; orang halus; roh yang jahat; nama-nama lain bagi orang halus demikian termasuk iblis, jembalang, jin, menjangan, orang bunian, pelesit, pontianak, puaka dll (tidak dinyatakan sama ada hantu berupaya ,melakukan perbuatan atau tidak)
kenapa saya guna edisi 1984?
kerana persepsi hantu bagi 2010 rasanya harus ditukar,
persepsi.bukan makna ya.
ya tukar persepsi anda terhadap orang-orang yang saya label sebagai saudara itu,
seperti.contoh.seorang bapa (pelaku) yang merogol anaknya (perbuatan) layak digelar haruan,sejenis binatang pemangsa namun tetap tidak dapat menukar hakikat dia ialah bapa kepada anak itu
relate kembali.contoh.seorang mahasiswa bergelar sarjana (pelaku) yang membakar bendera negara jiran (perbuatan) tidak boleh bergelar hantu kerana hantu bermaksud si makhluk jahat yang tiada kelihatan pada mata,atau jika kelihatan, ia dikatakan boleh menyerupai perbagai bentuk dan rupa termasuk bentuk manusia; orang halus; roh yang jahat; nama-nama lain bagi orang halus demikian termasuk iblis, jembalang, jin, menjangan, orang bunian, pelesit, pontianak, puaka dll
jadi, mahasiswa bergelar sarjana = hantu = rupa bentuk manusia = orang bunian.
teori terlampau complicated.
cadangan kertas kerja teori tidak diluluskan.
oleh kerana teori penulis adalah salah.rangkap terakhir patun tadi besar kemungkinan harus ditukar menjadi
adu menurut kamus fajar edisi februari 1984 bermaksud tandingkan,bawa dua atau lebih pihak berlawan atau bertanding.
baik ini rasa nya lebih sesuai
tempat orang berlombong emas,
mencari rezeki berbatu-batu,
datang merantau dilayan kemas,
saudara sendiri berperangai adu.(silent domba)
ya.sila tukar persepsi anda pembaca kerana syaitan-syaitan telah di ikat di bulan ramadhan.maka jumlah-jumlah hantu turut berkurangan.melainkan jumlah orang mengata dan mengadu domba.memang banyak (merujuk kepada diri sendiri)
"Barangsiapa meninggalkan pertengkaran,padahal dia salah, maka akan dibangunkan untuknya rumah di sekitar syurga.Dan barangsiapa meninggalkan pertengkaran, padahal dia benar, maka akan dibangun untuknya rumah di lantai tengah syurga.Sedangkan barangsiapa yang memperbaiki akhlaknya, akan dibangun untuknya rumah di tingkat paling atas syurga"
Hadis riwayat Abu Daud,Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi
saya jahil agama.tapi percaya konsep syurga-neraka..
saya..nak masuk syurga..
anda?
renung-renungkan..dan selamat beramal! :)
(eh..perlu ke terang konsep pengadu domba-kanibal-masuk neraka?)
2 comments:
datang merantau dilayan emas,
buat gula jadinya garam,
sopan menyindir berpantun kemas,
tajamnya betul menusuk paham...=)
Salam aidilfitri..
wahh cikgu!
salam aidilfitri jugak :)
Post a Comment