hai hati-hati yang sedang kering.
apa khabar anda hari ini?sejukkah disiram hujan tasbih.
atau semakin kontang ditiup hasad dan iri?
hai hati-hati yang sedang kering.
terlupakah janji tentang peri penting hidup dalam iman?
atau larut dalam lakon pentas yang tak pernah berhenti?
hai hati-hati yang sedang kering.
bagaimana janji tentang istiqamah?
atau sudah larut dihasut makhluk merah tak berasal tanah?
hai hati-hati yang sedang kering.
sabarlah hati.
ini,
kupujuk engkau.
sabarlah hati.
jangan diturut rasa muda.
jangan dilupa ayah dan bonda.
sabarlah hati.
nanti ku siramkan engkau dengan manis surat cinta
dari Tuhan.
mau?
=)
::dua tiga hari ni hidup saya dilimpah bahagia.alhamdulillah.no reason.cuma rasa sudah sedikit matang barangkali.ikutkan dulu zaman belajar..haila..kusut je jiwa ni.bak kata orang-orang muda.JIWA KACAU.heheh.tapi sungguh lah.bahagia ni berjangkit agaknya.sebab people around me pun masing-masing tengah bahagia (i guess) ada baru dapat baby...(rasul iman sangat comel! :))) ada nak menikah bulan lima ni.and oh yes..my brother pun sedang merancang pernikahan bulan julai.InsyaAllah..(pray for the best, nak dapat kakak ipar baru.yuhuu.hahaa) ada yang nak sambung belajar usuluddin dan ilmu hadith katanya di UIA.Alhamdulillah..kan bahagia tu?seronok tengok orang gembira.penyakit berjangkit.bahagia tu lekap pulak kat diri sendiri.okay, SANGAT SERONOK sebenarnya untuk mampu bahagia dan tersenyum tanpa sebab.kenapa saya baru discover this ability sekarang? =)
2 comments:
ko bila nak ikut jejak abg kau..huhu
takdop calon la yaya.kau carikan lah.hehee
Post a Comment