Wednesday, January 27, 2010

Saka

dimensinya menurut dunia saya yaaa sangat macam mana nak explain ye...
okay saya di besarkan bukan dalam persekitaran yang di penuhi unsur-unsur mistik atau apa namun saya percaya dan yakin akan kewujudan makhluk bernama jin dan syaitan...dan ya...saya pernah menonton live orang yang kerasukan akibat permainan kuda kepang.Namun itu belum mampu atau cukup kuat untuk saya merasakan bahawa hidup saya ada kaitan dengannya.

yaa isu ini sangat sensitif,,,tapi bagaimana?hendak saya tangani persoalan yang berlegar di ruang minda saya?mengurang beban yang terhenyak di pundak saya kira saya tidak menulis sedangkan ini sahaja satu-satu cara saya boleh menghadapi semua yang berlaku dalam hidup saya kini.

mengapa harus begini,,siapa yang harus di tanya.dan macam mana caranya hendak saya hapus masalah ini...sungguh saya tidak mengerti,,,ye...saya sakit memikir permasalahan ini.

hidup mematangkan....Just Like I Am

apa yang paling perlu dalam hidup bila usia menjangkau 22?
kunci kebebasan kah...atau ape?

saya perlu :

1) lesen kereta (cehh kao mengaku lagi sekali!!)

2)steady income,,,siyes rase sakit hati + pathetic hidup tak ada duit SENDIRI.but again...hidup mematangkan meh....

3)sumber ilham (huh sekarang kao memang dah bertukar menjadi orang tua cik izyan..) entah saya sangat terinspirasi melihat orang-orang yang memberi inspirasi...so makin ramai orang beri inspirasi hidup saya lebih terinspirasi untuk merealisasi angan-angan dan impi...heheheh

okay cukup cukup cukup....

hoyeahhh saya sangat suka landon pigg...tolong carikan saya boifren sorang macam dia!!



nah amek Just Like I Am ~~ Landon Pigg

her beauty is blinding,
but she means nothing wrong,
she's looking for love just like i am,
amazing in the sunlight,
a gift for a man,
she's looking for a love just like i am,

just like i am,
like i am,
just like i am,i am,

hey,hey,
all my best intentions are no match for your skin,,,

hey,hey,
how i am supposed to love you if i dont even know you,,,

she walks in the shadow of a beauty so bright,
but she's looking for a love just like i am,,,

an obvious blessing a curse in disguise when you're looking for love,

just like i am,
like i am,
just like i am,i am,

hey,hey,
all my best intentions are no match for your skin,,,

you know i thought i knew what love was but sometimes i get confused,
sometimes i get confused,yeah....
sometimes i get confused,yeah...

hey,hey,
all my best intentions are no match for your skin,,,

and hey,hey,
how i am supposed to know you if i cant even love you,,,

hey,hey,
hey,hey,
hey,hey,

Wednesday, January 20, 2010

Ada Orang Kata Saya Cute!!! awwww (suka!!)


mananye budak perasan cute??cari ya!!!

kaedah-kaedah mendapatkan rupa yang cute (ehhh bia ah nak perasan diri sendiri cute!)

1 : senantiasa senyum selalu..uhh ini macam ape ye...macam mcDonald ah...sebab dia rajin senyum,,dia pun dapat ramai costumer..so kalau kita rajin senyum maka kita pun akan dapat ramai kawan (wtf?).No...bila kita senyum, hati jadi tenang dan orang suka tengok muka kita,,,cuba kau tengok muka victoria beckham? ada orang suka? tak ada...(kau suka? kau memang gila ah suka muka masam macam limau pun muka dia lagi masam victoria hahahaha)



2 : selalu cuci mata tengok orang cantik...haaa ini konsep patut di amalkan ibu-ibu mengandung..biar kenan dekat baby dalam kandungan ah, ye tak? haha tapi saya suka tengok muka orang-orang cantik ni...lagi-lagi yang cantik budi macam puteri diana, angelina jolie (:P) hahaha

3 : selalu mendengar jenaka-jenaka,bila anda dengar jenaka secara tidak langsung anda juga menjadikan diri anda seorang yang mudah ketawa.Saya sangat mudah tertarik dengan orang senang ketawa ni.rasa maca nak tutup mulut diorang supaya berenti ketawa dan buat saya jangan ketawa jugak,bahahaha ada ke?

4 ; kau...kalau orang lain nak panggil kau cute,cantik,jelita, memang lambat ah..silap-silap pengsan bangun pengsan balik then bangun balik pun belum tentu orang nak panggil kau dengan panggilan-panggilan begitu..so macam tak ada masalah kot nak panggil diri sendiri cantik,cute depan cermin tiap-tiap pagi sebelum mandi dan gosok gigi,eh tak gosok gigi dan mandi..kan...lepas tu baca ah..YA Allah,seperti mana kau perelokkan rupa parasku,kau perelokkan lah juga tingkah lakuku.okay CUTE?

5 : Seriously,,,ape yang kedekut sangat? kenapa susah sangat nak panggil (mengaku) orang lain cantik...haha saya pun susah kot nak puji orang lain cantik..(cehhh kau kepada diri sendiri) tapi tak salah rasanya kalau kita puji orang lain punya penampilan (haruslah tidak di sertakan dengan harapan orang akan memuji kita kembali)
sesungguhnya yang paling cantik itu YAng MAha ESa,,,


okay boleh pinjam mata awak??

6 : Ini sesungguhnya bebelan seorang manusia yang perasan dirinya cute kerana baru baca di facebook ada orang yang kata kakak dia cute macam adiknya.????
(kau tak paham? tak payah paham...bahahaha)



*credit gambar dari internet.saya tau upload je



Sunday, January 17, 2010

Feel The Hatred,FORGIVE.FORGET AND BELIEVE

sometimes we did a very wrong assumption about others,,some other times others make a very wrong assumption about us, so why should we keep it in our heart? let it go right...maybe it was the best way.to forget.but listen here.to me NOW!i happen to read a quote by somebody, "believe me, i forgive but i don't forget.i will revenge."huh....

WHY ? is it so hard to forgive and let go?is it?i don't know about you, but i am quiet sure that i would not revenge whoever i forgive for what they did wrong to me.i believe that a person who always want revenge fill their heart with avenge..and hatred.It is not good you know..at least it wasn't the way i was brought up to.because this feeling will rotten up in your heart and when it does..the space for love will be a tiny spaces which would not able to accommodate an overflowing love from others around you...

yah it sound so cliche, so what? LOVE doesn't matter for you anymore? there's nobody you can trust anymore? not even your mom? your dad?

if so..there's nothing you can hope anymore? not even God promises of heaven and hell?

oh please...do not hurt yourself that way, because in the end..it would be you who suffer

so please..please..try to forgive and forget and believe there must be something good wait for us...if not today,,tomorrow.yeah..tomorrow will come with sunshine fill up our heart.and please...smile now :)

Thursday, January 14, 2010

~~kemaafan adalah dendam yang terindah''''

kehilangan bukan satu perkara asing untuk umat manusia.tiap satu pasti pernah kehilangan sesuatu dalam hidup mereka.terpulang kepada individu untuk mengatasi kehilangan itu.Kehilangan orang tersayang pastinya bukan sesuatu yang menarik apatah lagi menggembirakan namun saya terdetik untuk menulisnya,untuk merawat luka di hati saya akibat pemergian seseorang yang bermakna dalam hidup keluarga saya Allahyarham Anuar Bin Jumain.

pemergian itu sesungguhnya sesuatu yang memedihkan buat saya...dan ahli keluarga,keluarga arwah pak cik apatah lagi. kematian itu PASTI bagi tiap umat manusia.makanya saya juga redha,WAJIB! walaupun terkilan kerana tidak sempat melihat arwah buat kali terakhir.

arwah sepanjang saya mengenali..seorang yang cukup penyayang,sangat sukar untuk menutur tidak. seorang suami ideal dan seorang bapa bertanggungjawab, arwah juga rapat dengan bapa saya abangnya,,tutur katanya lembut,jarang meninggi suara dan pendiam saya kira..makanya apabila seruan Ilahi telah sampai kepadanya dalam usia yang masih muda,belum mencecah 50 tahun..saya sangat terkesan dan sebak.bukan saya hendak menidak janji Allah ke atas semua umat manusia, namun melihat mata-mata kecil sepupu-sepupu saya membuat air mata saya mengalir tanpa di pinta-pinta...

penyakit arwah tidak sempat di kesan,,kerana arwah terlebih dahulu meninggalkan kami..betapa pedih mendengar arwah mungkin terkena buatan orang. Nauzubillah, dalam keredaan saya sungghu-sungguh berharap apa yang saya dengar salah dan apa yang saya lihat khilaf...sesungguhnya kita sesama manusia tidak berhak menilai apatah lagi menghukum.

Dalam saya bersedih-sedihan, saya terkenang arwah nenek saya, arwah nenek meninggal kala usia saya menjengah 13 tahun, saya insan yang sangat sedih waktu itu kerana saya sangat rapat dengan nenek,,waktu arwah nenek pergi, seolah-olah ada satu bahagian dalam hati saya telah di tebuk,,meninggalkan satu ruang kosong yang saya ,entahlah tidak dapat menggambarkan.Ya ruang kosong itu semakin mengecil..namun ia tidak pernah penuh-penuh lagi,,,dan saya juga tidak hirau untuk menutupnya kerana kepedihan itu,kekosongan itu,keadaan itu yang mengajar saya untuk jadi manusia tabah untuk berdiri menghadapi hari-hari pedih kehilangan insan di cintai...untuk belajar melupakan wujudnya satu ilmu asing bernama sihir di dalam dunia ini,untuk memaafkan pelakunya , untuk memadamkan dendam yang di bawa bersamanya,,,,untuk meyakini janji Allah bahawa tiap yang hidup pasti mati meninggalkan amalan dan doa anak-anak yang soleh.Yaa saya akan melupakan semua itu dan berdoa dengan cara itu pelaku akan tersedar bahawa Allah akan membalas hatta sekecil zarah amalan seseorang manusia.

Al-Fatihah buat pakcikku, Cik Nu,,
moga-moga kau aman di sana...
titis air mata ku tidak akan sia-sia...
kau lelaki budiman yang akan tersemat di ingatan selagi nyawa di kandung badan.



sometimes when we hope for something better,,,things turn out to be what we hope wouldn't be,,,walk,walk,walk and keep walking..~~kemaafan adalah dendam yang terindah''''

Saturday, January 2, 2010

Alvin & The Chipmunks!!!!!



Senyap-senyap je tahun baru dah masuk,,post pertama saya selepas New Year :),,apa pun selamat tahun baru 2010, moga-moga kita mendapat lebih banyak rezeki dan kegembiraan tahun ni.Okay saya tak akan bercerita tentang azam tahun baru yang pastinya telah banyak di perkatakan oleh orang lain.Lagipun saya jugak tak memasang niat atau azam untuk tahun baru ini melainkan mendoakan diri sendiri menjadi lebih berguna..

Tapi saya suka nak berkongsi kisah tahun baru saya yang saya rasa ha..ha.. biasa je…Saya ke Bandar Batu Pahat siang tahun baru tadi kerana hendak men deposit wang sewa rumah ke akaun bakal teman serumah saya bernama Husna,,Husna juga ex-roommate saya semester lepas. (Owh saya terpaksa duduk menyewa kerana tidak mendapat kemudahan penginapan kolej )..kerana akaun bank teman saya ini ialah public bank maka saya terpaksa juga ke Bandar kerana tidak terdapat kemudahan bank Public Bank di pekan koboi Yong Peng ‘kecintaan’ saya.

Saya pergi berdua dengan kakak Zati saya kerana beliau gian hendak berjalan-jalan ke Bandar.ha..ha..jakun kakak saya tu…macam tak pernah jejak Bandar pulak…semua tempat dia nak round…saya pun menurut jela..maklum lah…saya pun kalau pergi ke Bandar selalu nya ada satu tujuan sahaja iaitu pergi ke bus stand menaiki bas samada ke >Shah Alam > Melaka >Parit Ya’ani ku chenta…(destinasi-destinasi keberadaan saya semenjak dua menjak ini.) Selepas mendeposit wang dan terjumpa encik polis trafik handsome tengah saman orang dalam kereta besar (buatan luar negara) kerana menghalang laluan orang ramai... kami pergi makan dekat stesen bas lama batu pahat , saya tak tahu nama jalan tapi dekat dengan Summit Parade..

so sesiapa berkesempatan sila singgah kerana mee rebus dia memang terbaik…(kepada mereka yang tidak allergic dengan gerai-gerai tepi jalan sahaja ya…) juga rojak di situ..(trust me..worth trying)..selepas kenyang gendang gendut tali kecapi maklumlah kakak belanja..yuhuuu kami ke Batu Pahat Mall konon nak meronda lah kan…lagipun semenjak BP Mall tu menjalankan operasinya sejak dua tahun lepas,,,ya,,,boleh di kira dengan jari berapa kali saya menjejak kaki ke situ..10 kali tak sampai tipah! (heh buat malu orang batu pahat saya ni…)

Dalam perjalanan tu, tiba-tiba pulak kannn ada polis buat raid. Haish,,,tak boleh tengok orang bawak motor sikit tahun-tahun baru ni…dia ingat semua orang nak lumba haram gamaknye..ada ke patut..( saya cakap dengan diri sendiri).Sebelum sampai raid polis tu, ada dua orang mamat dekat depan kami ni menaiki motor RXZ buruk zaman bila aku taktau…tiba-tiba buat U-Turn betullll depan kumpulan polis ni..saya pun tergamam sikit sebab motor diorang betul depan motor saya, nasib baik lah kan saya menunggang motor dah lama so tak adalah kelam kabut bila mamat dua ekor tu buat macam tu, nasib baik je saya tak mencarut-carut dekat diorang (jalan tu dah lah one way)..hari dah lah panas cam hape…(waktu itu jam menunjukkan tepat ke angka 12.30 tengahari!).Lepas tu bila dah sampai depan bapak-bapak polis tu saya pun berenti lah motor saya dekat tepi jalan bawah pokok rendang,,,(PANAS….)

lepastu seorang bapak polis tak berpangkat (dia tak pakai uniform jadi saya tak tau pangkat dia sebenarnya :P)ni pun datang lah dekat kami,,saya pun terus bukak seat motor sebab saya letak purse saya dekat situ sebagai kaedah mengelak ragut. saya pun bagi lesen motor P saya tu dekat beliau..then polis tu buat muka macam nak makan saya..saya dah pelik..apehal kan,,lesen saya bukan dah mati pon..pastu beliau dengan kerek cakap “i.c dik” laah cakaplah i.c…jangan lah buat muka macam tu,kang saya bertukar menjadi ‘mighty boo’ baru kau tau..hari dah la panas..(ok..mungkin beliau pun panas..tak terpikir pulak saya tadi..) lepastu beliau mencatat ntah hape kebende dari i.c dan lesen saya dekat buku kecil di tangan nya..saya dah cuak..alamak nak saman ke? Rasa-rasa tak ada pulak saya melanggar lampu merah ke, menunggang laju ke hatta mengurat polis trafik hensem tadi pun saya tak buat…pastu saya dengan ala-ala makcik kepoh pun tanya la.. ”kenapa ni bang?” (ada ke patut..patut cakap enchek kan?kan?ngeng!) pastu kan tiba-tiba dia cakap “taktau tanya…” haih orang tua ni…motif? Sah-sah la saya baru tanya… beliau boleh pulak bilang lagu tu…menyirap lah saya kan saya pun cakap lah kuat-kuat “eh,kan saya baru tanya tadi?” sampai member-member bapak polis ni tengok beliau.Nasib baik la ada kakak saya yang menyelamatkan keadaan dengan bertanya,, “nak buat bancian eh?” then baru dia cakap “hmmm” saya dah buat muka menyampah..lepastu beliau mintak tengok road tax…dan saya pun tunjuk jelah kan…tiba-tiba dia cakap.. “5 jan..4 hari lagi” saya dalam hati ‘oh my god..saya hengat 10 haribulan mati…seb bek ada raid ni..kalau tak tau lah next week dah lah nak bawak motor pergi shah alam’ then tiba-tiba saya punya mood berubah balik ceria…ha..haa..ada ke????? (pstt pak polis tu cakap baik-baik bila kitorang nak gerak ke Bp Mall)

*kira berapa banyak lepastu

Lepas tu kami pun ke BP Mall dan terus tengok wayang,,,kakak saya nak tengok Duhai Si Pari-Pari saya mati-mati tak nak tapi tak ada filem inggeris best pulak.Avatar start pukul 3 sedangkan kami kena balik sebelum asar) Sudah-sudah kami tengok Alvin & The Chipmunks,,,Sebab saya tidak begitu bagus membuat ulasan cerita so saya taknak lahkomen pasal cerita itu ataupun keadaan di panggung..but what I can say is Alvin & The Chipmunks is really good if you are taking a break from babysitting..(Sighed).