Sunday, August 29, 2010

Entri Merdeka.Jangan Komen.Jangan Baca

Sewaktu saya di tingkatan satu..saya diminati seorang pemuda berbangsa India.Pathiban (mungkin nama sebenar) namanya.Saya masih ingat dengan jelas..yang dia pada suatu hari datang kepada saya tersenyum menampakkan barisan giginya (giginya adalah feature utama mukanya yang masih saya ingat hingga kini akibat kontra dengan warna kulitnya ngee.)

Dia cakap dengan jelas dan terang, “Saya suka awak”.saya lantas kelu.maklum zaman cinta monyet siapa tidak suka di bilang begitu walau pun dia berbangsa India.(ya..gelaklah kau racist!) Pathiban kalau di banding dengan Farid Kamil atau Shah Rukh Khan pasti jatuh ke tempat paling bawah..tapi dia dalam kalangan rakan sebaya berbangsa India saya kira seperti hero filem tamil lah..Kamal Hassan versi kulit Rajnikhant.kerana sejak-sejak dia beritahu dia suka saya kawan-kawan perempuannnya dok pakat jeling saya hari-hari nok!saya pun tak arif sebabnya.(bukannya saya terima cinta Pathiban pon..wakaka)

Satu perkara paling tidak boleh saya lupakan tentang Pathiban dan saya ialah soalan seorang rakan saya kepada dia..waktu itu saya dan rakan di kaki lima bangunan sekolah.Pathiban di hadapan kelasnya mengacau-ngacau,mengusik-usik saya

Rakan saya : kenapa awak suka dia? (merujuk kepada saya)

Pathiban ; senyum-senyum

Rakan saya : Mana boleh suka dia..dia Islam awak Hindu

Pathiban ; x apa nanti saya boleh masuk melayu..

cukup di situ saya gelak.dengan agak kurang sopan.kerana kawan saya kelu.kaku.

see..agak sinonim kan? melayu=islam

sekarang..9 tahun sudah berlalu.saya masih ingat.masih segar akan peristiwa itu.cuma kini saya dah tak mampu ketawa untuk memori itu..

cuba...

jadinya..saya berkahwin dengan dia..pastinya orang keliling mengucap syukur.mengucap tahniah.saya berjaya mengislamkan dia..

cuba..

jadinya..saya mengikut dia..berkahwin dan memeluk hindu (nauzubillah)..pastinya orang keliling menghasut ibu bapa saya..berkata pasti saya telah diguna-guna,diberi samsu india.terlupa hakikat CINTA

see..agak sinonim kan? melayu=islam= superstitious (certain)

cuba...

jadinya..anak-anak saya mengikut rupa dia.pasti kelak anak-anak saya ke sekolah dicaci dihina.anak keling..anak keling..terlupa.dulu nabi menjadikan bilal seorang sahabat dari seorang hamba..

cuba..

jadinya..saya berkahwin dengan Peter Abdullah.dari Amerika..pasti anak-anak kamu,kamu, dan kamu juga berebut nak berkawan dengan dia..Pan-Asian katanya!

see..agak sinonim kan? melayu=islam= superstitious (certain)=apartheid

lihat.sinonim tidak bererti sama.tidak bermaksud definitely.

melayu=islam= superstitious (certain)=apartheid

CUKUP LAH ITU UNTUK 53 YANG DAH LALU.

mari bina Melayu baru!

yang idealnya di mata saya

MELAYU=ISLAM=PERIKEMANUSIAAN=SAMA DI SISI NYA!

selamat tidur.53 lalu.selamat bangkit untuk esok

(moga ada lagi esok untuk aku,kau,dia dan kamu.)