Friday, August 20, 2010

Panduan Zakat Fitrah Negeri Johor

Bismillahirrahmanirahim..

haa adik2.. (gaya ustaz Zamri) selain Ibadah berpuasa apakah lagi ibadah yang wajib dilaksanakan pada bulan ramadhan ?? (hingga sebelum sembahyang raya)

iya adik2..ia adalah ibadah zakat.zakat fitrah ye adik2 bukan zakat harta..sekali lagi kakak ingatkan!!!fitrah!!F.I.T.R.A.H

mengapa ia wajib dan apakah kelebihan zakat fitrah adik2?

"Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberikan makanan (juadah) kepada orang-orang miskin. Dan Barangsiapa menunaikannya (zakat fitrah) sebelum sembahyang hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) selepas sembahyang hari raya ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan zakat fitrah)"

hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah

ya adik2..besar bukan hikmah berzakat :) dan rugi bukan sekiranya kita terlepas waktu pembayaran zakat akibat melambat-lambatkan @ melengah-lengahkan waktu pembayaran?

haa nanti dah terlepas..pagi2 raya cari pak amil dekat rumah..sekali anak pak amil sopan santun keluar cakap.."oh..abah dah pergi sembahyang raya.." kan menggelabah pergi masjid..sampai2 masjid tengok pak amil dok tengah baca khutbah sembahyang raya.haa siapa rugi?siapa rugi?? (jawab dalam hati..)

Adik2..bagi membolehkan pembahagian zakat fitrah dilakukan sebelum hari raya dan sebagai peringatan supaya menyegerakan pembayaran zakat fitrah, maka dikehendaki kerjasama kaum muslimin dan muslimat supaya mengeluarkan fitrah lebih awal iaitu mulai awal Ramadhan sebagaimana yang diharuskan oleh syarak

baiklah sekarang sila adik2 (yang perempuan) tepon ayah,abang,suami,waris2 lelaki untuk pergi menge'cek' kadar zakat diri adik2.ataupun adik2 (lelaki) menge'cek' kadar zakat masing2.dengan membuka bekas beras di dapur masing2.

bagi kaum muslimin muslimat yang bermukim di Negeri Johor...panduan berfitrah adalah seperti berikut :


Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan harga fitrah bagi tahun 1413H/2010M bagi umat islam di negeri Johor iaitu dengan kadar dan RM5.00 (Ringgit Malaysia : lima sahaja) dan RM7.50 (Ringgit Malaysia : tujuh dan lima puluh sahaja)

Panduan kadar fitrah bagi setiap individu adalah seperti berikut:

1. Harga Fitrah RM5.00 : Umat Islam di negeri Johor yang makan beras gred / jenis beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram

2. Harga Fitrah RM7.50 : Umat Islam di negeri Johor yang makan beras gred / jenis selain daripada super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)


JADUAL PENGIRAAN

Harga Fitrah : RM5.00

Orang

Harga

Orang

Harga

Orang

Harga

1

RM5.00

6

RM30.00

11

RM55.00

2

RM10.00

7

RM35.00

12

RM60.00

3

RM15.00

8

RM40.00

13

RM65.00

4

RM20.00

9

RM45.00

14

RM70.00

5

RM25.00

10

RM50.00

15

RM75.00



Harga Fitrah : RM7.50

Orang

Harga

Orang

Harga

Orang

Harga

1

RM7.50

6

RM45.00

11

RM82.50

2

RM15.00

7

RM52.50

12

RM90.00

3

RM22.50

8

RM60.00

13

RM97.50

4

RM30.00

9

RM67.50

14

RM105.00

5

RM37.50

10

RM75.00

15

RM112.50




NIAT DAN LAFAZ AKAD FITRAH

Mereka yang berfitrah hendaklah ia berniat seperti berikut:

1. Diri sendiri

"inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ................. yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala"

2.Diri dan tanggungan

"inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ................. yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala"

3.Bagi pihak

"inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ................. yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala"


(tempat kosong *.......... * isi dengan nilai zakat kita mengikut jadual pengiraan)

**nanti jumpa pak amil..bila pak amil suruh kau lafaz akad fitrah jangan pula kau baca "diri sendiri inilah wang......" baca "inilah wang......." je sudah.jangan cakap kau tau..sebab ada je yang buat macam tu..pastu jangan jugak bila pak amil suruh lafaz akad fitrah kau baca akad nikah "aku terima nikahnya nur iz... " (okeh teeet..)

***adik2..entry ini terhasil akibat Pak Amil suruh retype 'Pekeliling Zakat Dan Fitrah Negeri Johor bilangan 1/2010' untuk di print dan tampal di surau kampung.penulis bukan seorang ustazah atau cikgu mengajar mengaji..hanya blogger yang mahu berkongsi.sebarang pertanyaan/pemberitahuan/pembetulan berkenaan entry ini boleh rujuk penulis..atau untuk lebih pasti terus rujuk ke Majlis Agama islam Negeri Johor

ok.bai.Assalamualaiakum.
baik kan =D

4 comments:

Tomato Gurl's Life said...

zakat fitrah terengganu takde ker??hehe

yenyenpreng said...

haha takde...marhaen terengganu makan beras siam!mesti lagi mahal hehe

budakkilang said...

isk..
belum bayor lagi nih..

yenyenpreng said...

haa bayar cepat!heheh