ya...anda boleh kata dulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca sedunia.terima kasih kepada Parameswara.(saya berbangga jadi jangan bantah mengata fakta ini diragui)
tetapi kita juga harus berpijak di bumi nyata,,bahasa perantaraan masa kini ialah Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi.
dan kita jangan jadi sombong dulu berkata kita boleh maju bergantung kepada bahasa kita sahaja..salah...cuba tilik...ilmuwan islam terdahulu juga menterjemah karya Yunani lama untuk dijadi bahan rujukan..ilmuwan barat juga menterjemah karya Ibnu sina,Ibnu Khaldun menjadi rujukan..maka anda yang bijaksana..cuba fikir klise ini..sekiranya orang-orang bijak pandai kita hanya tahu berbicara Melayu sahaja.apa jadi kepada negara bangsa kita?maksud saya...
kita perlukan lebih ramai ilmuwan dan bijak pandai..yang mahir berbahasa asing, contoh Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi.Bahasa Arab,Mandarin,Jepun,Korea,German (Jerman?) dan saya juga tidak rasa itu ialah salah untuk mereka bertutur bahasa-bahasa tersebut untuk mengasah kemahiran berbahasa mereka.eh faham tak?maksudnya.tak salah mereka hendak berbahasa seperti itu asal sahaja mereka mampu menjawab persoalan bahasa Melayu dengan Bahasa Melayu.dan persoalan bahasa asing dengan bahasa asing.
iya..Bahasa jiwa bangsa..tapi jiwa bangsa kita itu sendiri diteras kepada apa?sudah puas kita kaji leluhur bangsa kita?ya..jika kita Islam pasti kita yakin leluhur bangsa kita berasal Adam..kalau terdengar omong buku sejarah kita ada makhluk bergelar homo sapien..eh terlampau kompleks penerangan saya ya..
tapi itulah..saya tidak mengerti mengapa dicanang bahasa jiwa bangsa sedang persidangan Antarabangsa di negara kita masih dijalan mengguna Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi..adakah bahasa kita masih belum cukup antara BANGSA?sehingga kita perlu meneriak-neriak 1 bangsa..oh mungkin kerana satu Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi itu sahaja yang cukup antara BANGSA? oh mungkin kita perlu 1 agama kelak?kompleks?--->mudah
(oh jangan bilang itu sahaja bahasa yang diketahui sejagat.kita punya penterjemah.mereka juga.mungkin ada antara wanita tidak bernombor itu tidak mengerti Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi)
pokok pangkalnya saya kira hati kita..bahasa jiwa bangsa tidak perlu didasar kepada apa-apa...tidak perlu ditekan pelaksanaan nya..seperti mana rakyat sesuatu negara tahu di mana hatinya berpaling.berpijak.
bebicara Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi juga tidak menjadikan seseorang itu kurang kewarganegaraan berbanding orang lain.tetapi juga tidak menjadikan sesorang lebih urban.hip.cool. berbanding warga-warga lain..
percayalah...yang mampu menyatukan kita sebenarnya tidak ada..tetapi dengan masa kita sendiri mengasimilasi (adapt?) diri kita dengan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.
seorang rakyat tahu tempatnya berdiri.berpegang.saya kira itu sudah cukup..oh iya-iya jangan lah berpura-pura lupa dengan lima prinsip utama rukun negara..sedang itu diasak sehari-sehari di zaman sekolah...tidak ada yang kurang.dan tidak ada yang tidak cool tentang mengamalkan prinsip-prinsip itu...iya..mungkin anda punya prinsip lain..tapi saya kira prinsip lain juga kurang cool berbanding yang lima itu.eh sabar..jangan cepat melatah..ini cuma pendapat saya sahaja. :)
sekian.
hari ini ulangtahun teman semenangis saya di Teknik JB..selamat ulangtahun.semoga dipermurah rezeki..dan dipanjangkan umur..(ye saya kurang mahir berucap selamat)
saya mintak anda sedekahkan doa agar Allah S.W.T merahmatinya...terima kasih..itu sahaja yang termampu untuk saya lakukan..
beliau bakal mengajar Bahasa ye anda tau tidak perlu disebut-sebut lagi.adakah itu menjadikan beliau seorang makhluk asing kepada saya?tidak..adakah itu menjadikan beliau seorang sombong kepada saya?tidak..beliau masih beliau..tidak terkurang sedikit pun melayu dan Malaysia kepada saya.
Sekian.Selamat Bulan Bahasa Kebangsaan.
Ziha,mahukah anda sekuntum Bunga Raya sebagai hadiah hari jadi?oh anda boleh mengucap selamat kepadanya di SINI.ya SINI
nak upload gambar tetapi sambungan (connection?) internet sangat mengecewakan :(
2 comments:
haa aku mmg benci kau.
terharu diselit wish utk aku.
hoho.
sayanggg kau!
*jom tgk paramore!
huhu 19 oktober!i kerja sayang :)
u coming?
Post a Comment