Saturday, January 8, 2011

Abah Hot kawan NAK KAHWIN

sudah di Batu Pahat! :)
after 2 weeks of hectic life at Skudai!weh.finally.cium mak.cium abah.magnificient.(eh magnificient??)
hehe.sekarang penat lah kau.tak apa-tak apa.belajar.ngee.tapi balik rumah memang serius seronok.makan heaven.choc cake as breakfast.pizza as lunch.sate as diner.weh!konon-konon diet.KONONNNN!!

oh.suara adik dah pecah.ohemjee.adik gue udah besar!dah lagi tinggi dari gue.

oh.abah cakap "ape benda kat muka kau tu Yan.hitam-hitam"
deh.jerawat lah bah!!!jerawat!!!not used lah tu.mentang-mentang kawan duk rumah abah jaga kawan baik punya jerawat sebiji pun tak hinggap ye Abah!mentang-mentang baru duduk cuaca tercemar JB dua tiga bulan..kerja balik larut-larut pagi.balik rumah duk tayang abah jerawat batu tiga ketul.memang lah marah orang tua tu alahai yen tu pun tatau ke??

hehe my Abah, actually is the only person who will notice any changes at my face and say it out loud with concern.mengalahkan boifren pula (- -') balik rumah je.mesti nak komen.dah cerah lah.makin gelap lah.cengkung lah.besarlah jerawat.adusss.susah jadi anak abah ye.takut takde orang meminang kawan ye Abah?hehe

Semalam tengah makan-makan wif mak n abah..Abah suddenly ask me about my 'konon-konon' nak sambung belajar lagi since everytime people ask me the pop up question when they know i've finally got myself a position at an architect's firm (heh,tak percaya lah tu budak ini mampu mencari kerja.underestimate :P) i'll answer them like.."nanti lah.tak pikir nak kahwin lagi.nak sambung belajar lagi.InsyaAllah.."
oh yes.the pop up question sure must be "dah boleh kahwin lah niii" what else? (- -')

back to stories.actually Abah macam risau.sebab budak ni biar betul?nak sambung belajar lagi??
hoh mesti dalam hati abah berkata "parah lah poket aku, budak kecik ni nak sambung belajar.dahlah spendthrift..." takpun-takpun "parah lah bini aku.budak kecik ni kalau nak sambung belajar mesti tiap-tiap hari call nangis-nangis cakap takleh buat.nak quit.dulu tiap-tiap hari hujung sem call nangis-nangis.parah..parah.."

masa abah tanya tu.."kau betul ke nak sambung belajar balik?bila?"
kawan angguk.sengih-sengih
abah buat mata terbeliak."abah tanya betul-betul ni.bila?"
kawan sengih lah kan. "hujung tahun ni bah, InsyaAllah"
pastu abah terus je buat muka garang dia.Grr.muka askar zaman post pencen.Grr..zaman risau nak tanggung anak makan pakai apa pasni.heheh.
"kau biar betul Yan..dah tu nak sambung belajar pakai apa?PTPTN kau pun belum bayar lagi kan?"
haha.adaaaa dia risau PTPTN kawan rupanya.
pastu kawan jawablah. "ala boleh mintak tangguh bayar tu bah"
pastu Abah tanya lagi. "dah tu nak sambung belajar pakai duit apa?"
"PTPTN lah.hehe"
pastu muka post pencen bertukar menjadi muka post menantu mengandung (eh ada??) haha
"nanti bila nye nak bayar balik pinjaman?"
"dah habis belajar lah bah.dah tu takkan abah nak suruh kita sambung belajar 4 tahun lagi?nanti habis belajar dah tua.nak kahwin lagi" kawan buat muka 'everything's fine abah.dont worry'
pastu teruss je muka post-menantu mengandung kembali ke muka normal.

Abah tanya soalan yang.perghh menikam dada tepat kat jantung macam nak tebeliak kawan gelak.
"kau nak kahwin ke?"

terus kawan tersengih kerang busukkk.jawab kuat-kuat "NAK LA!!!"
boleh pulak abah kawan kata, "Abah ingatkan kau taknak kahwin.yelah macam tomboi-tomboi je."
isk  abah..(- -')

pelakon senyap : Mak
pelakon terel : kawan (saya)
pelakon HOT.(pedas) : Abah.

ish.macam haram entry ini.
k bhai.chaloo

oh btw.skim ujrah tu apa eh?yang PTPTN tu.siapa yang layak dapat?
(hoh.betullah.anak orang kaya je mampu ambik architeture dengan lenang senang.dah lah!taknak ambik senibina.nak ambik seni kaki.ada?)heheh

k,k Assalamualaikum people (=  (this is me Yen)

6 comments:

faRa_diLa said...

yen tak nak apply JPA ke. hehe. PTPTN tu apply je la. mana tau kan. sistem ujrah tu bila dah habis blajar je. faedah 3% tukar jd 1%.

btw, cpt2 sambung blajar. kte pun nk sambung master ni. insyaAllah. btw, bljr arkitek kat UKM best. jom la dtg sini. HAHAHA.

yenyenpreng said...

NAK,tapi nak apply JPA macam susah.heheh.and to top of it,i'm not a top student.kih3.oh...1% je?molek gak tu.ngee

hehe.InsyAllah...semua masih dalam perancangan.mungkin sambung uitm je.since lebih mudah.and 2 tahun je.kalau ke ukm mungkin terpaksa start over dari zero. :)

RajaBersiong said...

PERGH CERITA KAHWIN JUGAK.
PARAH BATCHMATES AKU SEMUA,
SEMUA GATAI NAK KAHWIN.

*menangkup muka, mata terpejam*
*suasana stress*

yenyenpreng said...

man : haha aku pon stress lah dengan keadaan aku sekarang yg sound mcm despo.ergh!!!

RajaBersiong said...

Nasihat pseudo scientific cikgu sains sekolah aku, pregi peluk pokok.

kononnya mengalirkan keluar cas negatif berlebihan badan.

BAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

yenyenpreng said...

pokok ape aku nak peluk weh...satgi bukan mengalirkan keluar cas negatif je.cas2 mental aku pun semua keluar.hahahah