Friday, November 26, 2010

KEBERSIHAN, ZIKIR, SOLAT, SEDEKAH, SABAR, AL-QUR'AN DAN MERDEKA



KEBERSIHAN, ZIKIR, SOLAT, SEDEKAH, SABAR, AL-QUR'AN DAN MERDEKA








by Sallam on Thursday, November 25, 2010 at 10:04pm

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


Kebersihan itu separuh daripada iman.
Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah,
kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Solat itu adalah cahaya.
Sedekah itu adalah bukti.
Sabar itu adalah sinaran.
Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.
Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya;
ada yang memerdekakan dirinya
dan ada pula yang mencelakakan dirinya.


(Hadith Riwayat Muslim)



1. Kebersihan Adalah Separuh Daripada Iman

Menurut Imaam Ibnu Rajab, terdapat beberapa pendapat tentang maksud at-Tuhur dan Syutur. Pendapat pertama adalah 'membersihkan diri daripada dosa' manakala pendapat kedua adalah wudhu'. Ibnu Rajab menyokong pendapat kedua kerana 2 sebab;
-Terdapat hadith lain yang menghubungkan at-Tuhur dengan wudhu',
-Imam Muslim juga telah meriwayatkan hadith ini dalam bab wudhu'.

Syutur pula dari segi literalnya bermaksud separuh. Terdapat perbezaan pandangan tentang Syutur. Ada yang
berpandangan separuh dan ada juga yang berpandangan sebahagian.

Ibnu Rajab merumuskan maksud 'at-Tuhur separuh daripada iman' sebagai perbuatan menyucikan bahagian externa dan menyucikan jiwa (tazkyatun nafs), kedua-duanya adalah sebahagian daripada iman.

Kesimpulannya, iman itu menterjemahkan amal seorang mukmin. Salah satu petunjuk berimannya seseorang adalah dengan kesucian dan kebersihan dirinya dari luaran juga sejauh mana ia berusaha memelihara diri dari kotoran dosa.




2.1. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. 
2.2. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

Bait-bait hadith ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan zikir kepada Allah. Dengan hanya kalimah Tasbih dan
Tahmid, Allah mengurniakan sebesar-besar ganjaran yang tidak ada tandingannya. Tasbih kepada Allah, mengagungkan kebesaran dan kekuasaanNya. Tahmid kepada Allah menandakan rasa syukur tidak terhingga. Petunjuk kepada aqidah
yang sejahtera.



3. Solat itu adalah cahaya

Solat memberikan pancaran cahaya kepada orang mukmin. Allah mengurniakan cahaya dalam hati orang-orang yang bersolat kepadaNya. Rasulullah bersabda lagi dalam hadith yang lain:

The delight and pleasure of my eyes is in the salah"
(HR Ahmad)

"When a servant of Allah preserves and safeguards the salah and performs it perfectly in terms of its ablution, its sujud, and ruku' then the salah will say to him: 'May Allah preserve and safeguard you as you preserved and safeguarded me', and then the salah will be taken by the angels up to the heavens while it has lights until it reaches Allah subhana wa ta'ala and it will do shafa'ah or intercession for the servant of Allah."

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

[AL-HAJJ, 22:77]



4. Sedekah itu adalah bukti

Juga diterjemah sebagai 'sedekah itu adalah saksi'. 'Burhaan' dalam hadith ini secara literal bermaksud pancaran sinaran matahari. Sedekah adalah refleks kepada iman yang kukuh. Mukmin yang bersedekah memperoleh bukti yang bersinar daripada keimanan mereka. Dikala manusia sibuk mengejar harta, orang yang menginfakkan harta membuang kecintaan dunia dari dalam hati mereka. Dikala manusia tamak dan haloba menyimpan kekayaan, orang beriman menghulur kekayaan mereka di jalan kebenaran. Allah membeli mereka dengan syurga.

Mukmin yang menginfakkan harta tidak gusar akan kurangnya kekayaan mereka. Aqidah dan keyakinan mereka meletakkan segala kebergantungan kepada Allah menterjemahkan amal mereka. Masih ingat kisah infaq Abu Bakr dan Umar dalam perang Tabuk?

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna), sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu infaqkan, maka sesungguhnya Allah maha mengetahuinya."
(ali-imran, 3:92)


5. Sabar itu adalah sinaran

Al-Dhiyaa bererti sinaran. Dalam al-Qura'n diletakkan dua perkataan yang hampir sama maksudnya iaitu al-Dhiyaa dan an-Nuur. Al-Dhiyaa dikahwinkan dengan matahari manakala an-Nuur dipasangkan dengan rembulan. Hadith ini menunjukkan keutamaan sabar dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran. Sabar adalah kekuatan seorang mukmin. Sifat ini sangat sukar diperoleh terutama dalam keadaan tertekan dan ditekan. Sungguh ramai manusia yang tewas dengan ujian sabar dan membiarkan penyakit marah, dendam menembusi hati mereka. Mukmin yang dapat mengawal diri adalah mukmin yang mendapat sinaran sabar dalam hati mereka.



6. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu

Al-Qur'an merupakan hujah, panduan, ikutan, perlindungan dan segala. Al-Qur'an menunjukkan kepada orang mukmin bagaimana beramal dengan Islam. Al-Qur'an menceritakan bukti-bukti kekuasaan Allah. Al-Qur'an menyediakan penawar bagi pelbagai penyakit jiwa dan jasad. Al-Qur'an mampu menunjukkan pelbagai keajaiban. Namun yang lebih utama, al Qur'an mengajar manusia menjalani kehidupan sebagai hamba dan khalifah. Al-Qur'an wajib dibaca, difahami, dihayati dan diikuti. Malanglah seorang manusia apabila hanya mendekati al-Qur'an ketika sakit atau sakaratul maut. Itu pun hanya satu surah daripadanya dan dibaca oleh orang lain ketika ajal di hujung waktu.

"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."
 (yunus, 10:57)



7. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya; ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

Inilah intipati hadith ini. Setiap hari manusia berurusan di atas muka bumi. Keluar setiap pagi dan pulang tika dinihari. Dalam kesibukan berurusan, ada yang berjaya memerdekakan dirinya dari ikatan dunia dan nafsu dengan bertunjangkan wahyu. Ada yang mencelakakan dirinya dengan mengikut petunjuk syaitan dan al-hawa. Maka rugilah segolongan manusia yang tidak dapat membebaskan diri dari belenggu kebinasaan. Mereka tidak merdeka dari fana dunia, tidak juga merdeka dari kurungan neraka di akhirat sana.




Konklusi Hadith
 Secara keseluruhan, melalui hadith ini, Rasulullah Sallallahualaih wasallam mengajar kita bagaimana menjalani kehidupan dan menyelamatkan diri dari kecelakaan. Di hujung hadith, Rasulullah menasihati ummatnya menyelamatkan diri dari kecelakaan dengan menjaga perkara-perkara yang disebut pada awal hadith iatu kebersihan jasad dan jiwa, zikir, solat, sedekah, sabar dan beramal dengan Kitabullah.




Wallaahua'lam.


diedit dari: RAJSKEZAHRADY



note.ini saya repost sahaja..sungguh..dalam mengejar dunia.kita sebenarnya perlu oh tidak, wajib bukan mengenang Yang Esa?

i'm muslim and i believe in Allah existence, i honored Muhammad PBUH as the one, ehmm the perfect one.since i believe in my faith i try my best to be a good muslimah. i try though most of the time i fail..

terlampau banyak untuk dikejar.terlampau sedikit yang disyukuri.yes.such ungrateful slave i am...
but please...do believe me
i've seen the light.the thing is, i'm still searching for the 'x-factor'..u know the istiqamah thing.
would u help me out peeps?


oh yea.don't you love this article too?copy paste successfully from HERE
ayuh sama-sama :)

No comments: