hai.AMARAN AWAL ; mungkin akan jadi merapu kosong. berisi. jiwang. dan meremang bulu roma. dinasihatkan agar diabaikan sahaja rapuan kali ini.kerana benar-benar kerapu.
baik.baru sahaja baca registration fees untuk mendaftar ke Sarjana. cita-cita untuk menyambung sekarang memang setinggi gunung.maka, berkobar-kobar hendak kumpul duit kerana berhajat melakukan Sarjana tanpa bantuan PTPTN. sudah terfikir hendak melakukan secara separuh masa jadi dapat mengguna tabungan gaji untuk membayar yuran pengajian.Malangnya =( , separuh masa bukan untuk mode pengajian 'coursework', hendak proceed dengan mode pengajian 'research', belum cukup gigih nampaknya.oh mungkin juga 'Research Paper' tahun akhir boleh di bedah siasat dan di olah untuk mengusul tajuk 'Children's Space Design in Public Area' atau 'Our Children's Secret Society' (okay tipu) sebagai tajuk kertas Sarjana saya.(wah!cita-cita itu perluuuuu......)
Dan ya.baru dimaklumkan.tidak boleh proceed dengan Sarjana selagi belum menduduki MUET.maka harapan Jun mungkin boleh masuk ke dalam bakul sampah.proceed dengan harapan Jun 2012 kerana MUET seterusnya bakal berlangsung Oktober-November 2011.MAKA! di antara bulan, boleh menabung untuk perkahwinan (okay tipu) boleh menabung untuk melangsai hutang pengajian PTPTN.surat baru tiba ke pangkuan tadi (semalam secara tepatnya).oh.jika menurut turutan bayaran.2025 baru sudah melangsai hutang.Ohdikau!(singkatan untuk oh adik kau!) .itu bermakna saya = 37.bermakna saya sudah tua masih berhutang dengan Perbadanan..oh..oh..dah malas nak fikir panjang.bayar sahaja lah yen.yen.(bak kata Mak ; hutang wajib dibayar)
Situasi ; Flashback
Lagu Latar : (Bunyi rewind macam dalam radio), lagu Uptown Girl versi Westlife (yeah.ewww)
Nostalgia syahdu mengenang Emak yang beranak saudarakan doktor. "anak-anak Mak takde sorang pun yang jadi doktor" (zaman sekarang ; air mata meleleh jap.kesian mak.dulu mak mesti harap saya jadi doktor)
"takpelah mak, kalau takde yang jadi doktor..mana lah tau nanti cucu-cucu mak ada yang jadi doktor" (cubaan menyedap hati emak...dalam hati berazam hendak belajar sampai Doktor falsafah dan-dan tu jugak)
tiba-tiba Uptown Girl tak tally dengan situasi,
jika sambungan internet anda laju.Bagus!
jika lambat, Claudia Schiffer sangat berbaloi untuk ditunggu.AWEK MATA BIRU tuuuu :)
(saya suka topi dia!)
Situasi : Karok Uptown Girl seorang diri.
No comments:
Post a Comment